"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

13 July 2013

Darah Nifas Berlarutan

Selepas melahirkan anak, wanita akan mengalami masalah turun darah yang keadaannya hampir sama dengan darah haid. Cuma bezanya, purata hari yang diambil lebih panjang, sekitar lebih kurang 2 minggu. Jika masalah nifas berlarutan melebihi tempoh tersebut, gangguan atau penyakit dalam rahim mungkin berlaku.

Tumpah darah selepas bersalin (post-partum hemorrhage) biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak, sama ada selepas atau sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat di dalam rahim. Keadaan tumpah darah begini amat merbahaya kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Malah, pendarahannya juga sangat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu. Pendarahan normal semasa bersalin (nifas).

Pendarahan normal semasa bersalin (nifas)

Selepas bayi selamat dilahirkan, uri akan dibebaskan. Proses pembebasan uri menyebabkan pendarahan minimum sekitar 200 hingga 300 ml. Penggunaan ubat seperti Syntormetrine membolehkan masalah kehilangan darah berkurangan kepada 90 hingga 150 ml sahaja.

Darah yang keluar bersama-sama uri dipanggil lochia. Lochia (nifas) terbahagi kepada 3 jenis:
  • Lochia Vera (Merah) - keluar dalam tempoh 1 hingga 7 hari.
  • Lochia Rubra (Kuning) - bermula dari hari ketujuh hingga ke 14.
  • Lochia Albicam (Putih) - keluar selepas tempoh 14 hari.
Selepas uri terbebas, rahim akan mengecut sehingga saiznya kembali seperti sediakala (selepas 14 hari). Jika berlaku pendarahan melebihi 600 ml, situasi itu dianggap serius dan boleh mengancam nyawa.

Pendarahan serius berlaku apabila uri tidak tanggal secara sebagaimana sepatutnya. Sebaliknya, uri tertanam dan melekat kuat pada rahim. Jadi, uri terpaksa ditanggal secara manual. Doktor perlu menyeluk ke dalam rahim dan mencari uri, sebelum ia ditarik keluar dengan penuh hati-hati.

Kadangkala uri melekat terlalu kuat. Keadaan ini dipanggil Plasentra Accrete. Demi menyelamatkan nyawa ibu, seluruh rahim terpaksa dibuang. Jika tidak, pendarahan akan meragut nyawanya.

Pendarahan turut disebabkan oleh luka semasa bersalin. Lazimnya luka terhasil akibat trauma, posisi bayi yang tidak betul atau saiz bayi yang terlalu besar. Cara terbaik menghentikan pendarahan ialah dengan menjahit kawasan luka dengan benang yang diperbuat daripada protein.

Sekiranya ibu mengalami masalah darah seperti anemia, talasemia atau leukemia, doktor akan berjaga-jaga dan mungkin melakukan transformasi darah. Andainya rahim gagal mengecut, ubat-ubat seperti Sintocinon / Oxytocin akan diberikan. Urutan rahim (emanagel) secara perlahan-lahan juga boleh membantu pengecutan rahim. Caranya, tangan diletakkan di pusat kemudian urut perlahan-lahan ke bawah.

Cebisan uri turut menyebabkan pendarahan yang banyak dan ia boleh dikesan melalui ujian ultrabunyi. Jika cebisan uri tidak berjaya dikeluarkan secara manual, D&C (Dilatation & Curetage) terpaksa dilakukan.

Tumpah darah selepas bersalin mungkin boleh berlaku dalam seminggu atau bila-bila masa selepas bersalin. Jika tumpah darah berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kucupan rahim tidak begitu kuat atau sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal di dalam rahim.

Pendarahan juga mungkin disebabkan jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor. Jika berlaku pendarahan yang banyak, pesakit perlu dibawa segera ke hospital sebelum ia mengancam nyawa ibu.

Rawatan
  • Ibu hendaklah memastikan pengambilan vitamin bagi memastikan kandungan darahnya mencukupi.
  • Sekiranya pendarahan nifas terlalu lama (lochia merah) lakukan ultrbunyi bagi memastikan tiada uri yang tertinggal.
  • Jangan abaikan PNC (post natal check up)
  • Jauhkan daripada sakit bersalin yang panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ia menjadi salah satu faktor tumpah darah berlaku. Jika kesakitan bersalin melebihi hadnya, bayi perlu dilahirkan secara forsep atau pembedahan.

85 comments:

  1. kak engku nak tnya sket bleh....swaktu bersalin uri saya lekat...selepas bersalin nifas saya keluar slama 2minggu kmudian smakin kurang dan habis.5 hari slpas itu,darah turun smula seperti hari ertama haid.slpas seminggu darah itu kering.4 hari kemudian darah saya turun skali lg seperti sblumnya..skrg sya dah 52 hari.saya confuse.

    ReplyDelete
  2. Pn: Akak rasa lebih baik Pn. pergi buat pemeriksaan di hospital, supaya doktor boleh scan dan ketahui perkara yang sebenar.

    ReplyDelete
  3. kak engku saya nak tanya, selepas bersalin nifas saya keluar selama 2 minggu kemudia berhenti beberapa hari dan selepas itu, darah keluar lagi dlm kuantiti yg byk selama beberapa minggu kemudian berhenti dlm 2 hari, dan keluar darah lagi lebih dari 2 minggu. dan sekarang ni saya dah 2 bulan selepas bersalin tp darah masih byk klr?

    ReplyDelete
  4. Salam anonymous,
    Tempoh berpantang ada yg 44hari, ada yg 60 hari. Biasanya dlm tempoh berpantang. Darah nifas mmg akan keluar. Kuantiti bergantung pd bagaimana cara orang tu berpantang. Jika pandai jg mkn, berurut n bertungku, serta berbengkung. Insyaallah semua akan ok.

    ReplyDelete
  5. darah masih keluar pada hari ke 88. tapi berwarna coklat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Darah warna coklat darah yg lama. Jgn risau ye. Pantang betul2 & teruskan bertungku. Tq

      Delete
  6. salam..
    kak,saya bersalin secara caesaerean..pada hari ke-33,darah sudah tiada...pada hari ke-36,darah keluar semula seperti darah haid dengan kuantiti yang seperti apabila haid..saya tidak menyusu badan anak..mohon nasihat kak engku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Dalam tempoh pantang darah nifas mmg akan keluar camtu. Jgn risau ye. Tq

      Delete
  7. salam..
    kak..saya dah 65 hari...darah nifas merah 3 minggu dah habis diikuti ngan warna coklat lebih kurang 2 minggu lepas tu warna putih sehingga ke 57 hari..bila hari ke 58 keluar darah semula..kini dah seminggu..saye risaula kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam suriya,
      Darah yg dialami mungkin darah period. Jangan risau ye. Tq

      Delete
  8. Salam, kak engku nak tanya, sebelum ni darah nifas saya dah hampir kering dan berwarna coklat, tapi semalam hari ke 38 darah tiba-tiba keluar banyak dan cair. Hari ni darah makin banyak. Darah ni darah apa akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam nailah,
      Masih darah nifas memandang tempoh berpantang masih belum habis.

      Delete
  9. salam kak engku.. hari ni genap 36hari sy bpantng.. pd hari ke 20 bpantang darah dh xkuar, tp slpas darah xkuar ade ccair coklat yg kuar dlm kuantiti yg sdikit.. ttp pd hari ke 32 bpantang darah mula keluar balik hingga ke hari ini.. darah keluar dgn banyak sampai stiap 3-4jam sy perlu ganti pad kerana xselesa.. agak ye situasi sy ni kenapa ye.. ( sy tidak mgamalkan berbengkong dan bertungku cuma pantang makan dan hanya mengurut perut dan mengamalkan makan ubat yg diberi doktr shj )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mama,
      Bertungku adalah langkah terbaik untuk bantu kecutkan rahim dgn cepat. Menyusukan bb dgn susu ibu n mkn jamu juga mmbantu rahim kecut dgn cepat. Berpantang mkn n berurut sahaja tidak lengkap cara puan berpantang. Jd nasihat akak rajin2 lah bertungku, berbengkung n mkn jamu. Insyaallah darah akan cepat kering. Tq

      Delete
  10. salam k.engku, hari ni hari ke 54 selepas saya keguguran 3 bulan.incomplete miscarriage.saya x buat d&c.berpantang dan amalkan rawatan tradisional je.semasa 44 hari, darah dah hampir kering.tapi 3,4 hari ni darah mcm heavy peod/haid plus 1 ketul darah beku tiap sehari.dan hari ni keluar banyak sangat ketul2 darah besar2 2 jari dan sakit mcm senggugut(duk dlm econd kot).belom habis pagi, pad overnite dah 4x salin.3,4 hari ni jugak saya banyak berjalan n dah redah hujan pun..ingatkan dah ok..dah lepas 44 hari kan..ingat lepas 60 hari baru nak gi scan balik.kenapa tu ya kak engku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Akak nasihatkan segera ke klinik untuk repeat scan ye. Jgn tunggu lps 60 hari baru nak rpeat scan. Mungkin sisa tak habis kluar sbb tu bleeding berpanjangan. Tq

      Delete
  11. Salam kak engku..saya nak tanya..saya sekarang dah dalam 12 hari berpantang..tp nifas saya kering masa hari ke 9 lagi..cuma keluar lendir putih yg kecoklatan n kekuningan sikit kadang2..tp malam td masa tidur tiba2 ade darah keluar..warna merah gelam kehitaman n bau hanyir..tu still darah nifas ke or saya ni bentan ea kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam hidayatul husn,
      Tempoh berpantang adalah 44 hari. Jadi dlm tempoh nie darah yg kluar adalah darah nifas. Jgn risau n bykkan rehat ye. Tq

      Delete
  12. salam.kak engku, saya baru bersalin dengan cara caesarean.baru baru nie, darah dah mula kering.tapi yang merisaukan saya, hari ke 49, keluar warna coklat n hari 50 darah keluar dengan banyak macam period mula2...saya terpaksa pakai pad semula dan hari ni masuk hari ke 51 dan masih banyak darah...darah apa tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tahniah dah dpt bb. Darah yang keluar adalah darah haid. Puan jangan risau ye. Tq

      Delete
  13. Salam kak engku, lia sekarang sedang berpantang hari ke 19. lia bersalin secara ceasarean.
    bermula hari ke 12, darah nifas lia dah bertukar menjadi coklat tp hari ini tiba-tiba darah merah pekat keluar. lia agak risau kerana lia byk bergerak kerana bb n lia baru je kuar dr wad nicu. bb lia jaundice. adakah darah yg kuar ni darah nifas? lia tidak rasa sakit di bahagian luar jahitan pd perut malah tidak juga rasa sakit di mana2 bahagian rahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mama Iqah,
      Tahniah lia dah dapat baby. Sepanjang tempoh berpantang pengeluaran darah nifas mmg camtu. Kejap ada, kejap takde dan warna pun bertukar2. Lia tak perlu risau, jaga diri, teruskab bf dgn kerap tanpa kira jam ye. Insyaallah kuning bb akan cepat hilang. Tq

      Delete
  14. salam kak engku.
    saya nak tanya. skrg saya dah 56 hari tapi darah masih keluar sikit-sikit.
    masa dalam tempoh pantang, darah dah nak kering pada hari ke 29. kemudian hari ke 30 darah jadi banyak semula sampai hari ke 33. kemudian hari ke 36 darah dah kering sehari saja. hari ke 37 berdarah semula tapi sikit-sikit. mula warna coklat kemudian tukar jadi warna merah gelap.
    semasa saya check up hari ke 31, nurse bgtau saya darah period. darah period atau nifas? sbb darah masih belum kering sehingga hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam azza,
      Tempoh darah nifas bergantung pd hormon dlm bdn seseorang. Ada cepat n ada lambat. Dlm tempoh berpantang, kena pantang, jg mkn, bertungku dgn cara yg betul, urut n mkn jamu....insyaallah blh bantu darah nifas cepat kering. Klau perlu puan blh ke mana2 klinik untuk pemeriksaan ye. Tq

      Delete
  15. Salam Kak Engku, saya dah 40hari berpantang. Darah mmg x kering lg, sekejap sikit sekejap byk, nak kata byk tak, sikit pun x..sederhana..adakah sbb x berpantang betul2? Saya menyusu anak sepenuhnya sbb tu tak berani nak mkn apa2 jamu atau ubat. Boleh tak Kak Engku suggest jamu/ubat yg sesuai utk ibu menyusu anak sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Untuk pastikan darah nifas cepat kering, puan perlu bertungku dgn betul, menyapu minyak @ krim pada perut slps urut n berbengkung serta menyusukan bb dgn susu ibu. Klau puan tak berani nak mkn apa2 jamu. Akak suggest ambillah set berpantang shaklee, instaallah byk mmbantu. Amin...

      Delete
  16. salam kak engku..
    sy dah 55 ari bersalin tp darah masih keluar..ari tu dah hbs just tgal coklat2 je..bru2 nie darah byk blek sampai penuh gak pentiliner yg sy pakai tu...sy bertunku mase awl2 bersalin dlu je..jamu pun sy x ambik coz ank sy kna dmm kuning teruk ari tu..just ambik shaklee...normal ke camtu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Dah nifas berlarutan mungkin period. Jgn risau ia adalah normal. Klau blh teruskan bertungku walau dah habis pantang. Tq

      Delete
  17. salam kak engku,

    saya dah 60 hari bersalin dan darah nifas sudah kering ketika hari ke 50. tetapi setelah bersama dgn suami baru2 ni, tiba2 darah keluar bewarna merah dan berlendir.itu dikira nifas lg ke kak?or ada complication?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Untuk kepastian, akak nasihatkan rekod dulu jumlah hari darah yg kluar. .....mungkin period. Atau untuk kepastian blh jumpa doktor untuk pemeriksaan. Tq

      Delete
  18. salam kak engku.
    hari hari ke 43 sy bersalin. masih keluar cecair coklat yg kdg sikit sgt dan cair. mmg darah nifas waktu hujung2 berbau busuk ke? kalau lebih 5-6 jam x tukar pantyliner sy akan terbau klu duduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kebiasaannya drh nifas dipenghujung mmg ada bau. Akak nasihatkan tukar padsetiap 4 jam sekali @ basah. Jgn tunggu pad basah @ 5-6 jam baru tukar. Tq

      Delete
  19. Salam kak nk tnyq normal ke sy isnin ni ( 10.12) ni genap 60 hari. Tp masih ada kuning2 kat pad sy. Normal ke kak? Pagi tdi sy buang air tgk ada mcm keputihan putih coklat2 sikit mcm masa nk kne priod. Normal ke kak ya?risau sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Ini adalah perkara biasa n normal. Tak perlu risau, teruskan penjagaan kebersihan diri. Kekadang habis berpantang, ada yg sambung dgn period. Teruskan pantau n rekod bilangan hari jika drh keluar ye. Tq

      Delete
    2. salam kak mohom jawapan...
      sy dah 33 hr brpntang..drah sekejap coklat,skejap merah hitam,skejap cair,tapi x sakit apa2.ia berlaku semenjak kebelakangan ini,adkh itu tanda2 drah dh nak kering?
      please.....

      Delete
    3. Salam,
      Biasanya klau dah 30 hari ke atas drh dah nak kering. Teruskan berpantang, bertungku ye. Insyaallah drh cepat kering.

      Delete
  20. salam kak mohon jawapan..
    sy dh 33 hr brpntang..drah skejap coklat,skejap cair,skejap mrah hitam,tp xsakit apa2.ia blaku smenjak kbelakangan ini,adakh itu tnda2 drah dh nk kering?
    reply please..

    ReplyDelete
  21. Assalam, sy nak tnye, sy da hari ke-10,darah masih merah.dan sy baru lepas berurut smlm,arini bertungku sdri.tp byk tungku di tapak kaki kerana kaki saya sengal sebelah kanan. Selepas itu byk darah beku keluar sebesar separuh tapak tgn. Adakah normal? Perut rase kempis sedikit,tapi saya takot tumoah darah or sakit lain pulak. Ini kelahiran ke-2 saya, secara normal,yg pertama c-sec.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tahniah dah dpt bb. Bertungku mmg bagus n blh bantu rahim kecut dgn cepat. Nornal klau ada drh beku yg kluar. Tak perlu takut n risau ye. Teruskan bertungku. Klau ada blreding byk yg luar biasa segera ke spital ye.

      Delete
  22. salam,hari ni saya dah 42 hari bersalin.kenapa darah nifas saya sekejap berwarna coklat pekat,sekejap merah,kdg2 keluar seperti lendir warna coklat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam gabungan sejahtera,
      Ini tandanya drh nifas dah nak kering. Jgn risau ye.

      Delete
  23. Salam kak engku, ada tak petua untuk menghilangkan bau hanyir darah nifas? Saya baru melahirkan anak kedua 8 hari yg lepas dan saya perasan yang bau sarah saya busuk semacam sampaikan kalau saya tukar pad atau nak ke tandas jika pintu tak tutup rapat, suami pun boleh bau busuk tu. Saya dah check luka jahitan dengan cermin, semua nampak ok. Saya sgt stress bila bau darah mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Melina,
      Nanti akak cuba tengok petua2 yg blh digunapakai ye. Boleh bg email address nanti akak email. Tq

      Delete
  24. Salam kak engku..skrg sy dh 2 bln lbh bersalin ank 1st..darah nifas sy abis slps 2 mggu bersalin..kmudian lepas 1mggu ade kuar warne coklat dn darah dlm seminggu la..then avis tempoh pantang 44 ari kuar darah yg sy kira drh period(mse tu dh ari ke50 lps bersalin) selama 9 ari..then pas dh stop skang dh 2 bulan lbh tetibe ade kuar lendir putih bercampur darah xbyk pon..adakah normal jd cmtu?

    ReplyDelete
  25. Salam kak engku..sy nk tanya..sekrg ni sy da 61 hari bersalin.masalahnya sekrg darah sy msih keluar lagi..wrnanya kejp coklat kejp wrna merah jmbu..saya agk risau gak cz hanya 2 hari darah sy stop n datng semula dgn warna merah jmbu n coklat.sy kompius sama ada ini darah period atau nifas?

    ReplyDelete
  26. Salam kak engku darah nifas saya habis dalam 60 hari betul2 kering.lepas tu selang seminggu saya dah uzur mcm byk jugak kot 1 pad sampai petang.darah campur cair and macam period.saya risau sebab saya pernah tumpah darah teruk masa hari ke 47 masuk hospital 2 hari pastu doc check semua ok alhamdulillah..lepas hari ke 50 semua sikit2 warna coklat pastu kuning keputihan.nie baru dua hari semalam cam x berapa banyak tp hari nie smpai ptg penuh..adakah tu darah period..saya ada amalkan makjun gamat baru 2 minggu..saya risau sgt2..

    ReplyDelete
  27. Salam kak engku. Baby saya dah berumur 3 bulan. Darah nifas dah kering sepenuhnya selepas 3 minggu bersalin, tapi sampai sekarang masih keluar lendiran kuning. Apa yang perlu saya buat? Terima kasih kak..

    ReplyDelete
  28. salam akak engku.. normal ke kalo drh nifas saya abis dlm 2 minggu? ini kelahiran kedua saya.. yg kelahiran pertama pn drh saya habis dlm 2 minggu jgk..dan lps tu terus abis..xda pn selang2 dtg mcm org lain. normal ke saya nie? tq akak.

    ReplyDelete
  29. Salam.kak engku saya dah habis berpantang selama 44 hari..(kini saya sudah 50 hari pada masa soalan ini ditanya)mengapakah darah saya masih belum kering lg kerana sblm ini (pengalaman yg lepas2
    x )40 hari darah saya dah kering.darah yg keluar berwarna merah kecoklatan)saya menyusukan bayi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Mungkin ada kaitan dgn cara berpantang.....teruskan bertungku n teruskan bf ye.

      Delete
  30. salam kak engku. sy br lepas keguguran beberapa minggu lalu. hari ke-10 berpantang darah sudah menjadi coklat2 tp masih pekat. tp pd hari 12 darah kembali byk dan hari ke-16 keluar ketulan darah yg agak besar. sy risau dgn keadaan ini. apa pendapat kak engku? adakah situasi ini normal atau serius? kemaluan sy juga rasa berdenyut2 dan kdg2 sakit di perut bhgian kanan.

    ReplyDelete
  31. salam kak engku... ari ni saya dah 2 bln 10 ari gtu lpas bersalin... ari ni saya tgk ada keluar darah dlm cecair putih.. normal ke tu??? darah nifas saya dah kering sblm 40 ari lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Drh yg keluar adalah drh period. Tak perlu risau.

      Delete
  32. salam kak engku...ari ni saya dah 54 ari lepas bersalin...ari ke 38 darah saya dah berhenti...tiba2 ari ke 45 darah saya keluar balik sampai sekarang.. tp saya x rasa sakit.. normal ke tu @ saya perlu pergi hospital buat pemeriksaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Darah yg kluar adalah drh haid. Takperlu risau n tak perlu ke hospital dulu. Cuba observe n klau drh kluar byk baru ke spital ye. Tq

      Delete
  33. Salam kak engku,
    Hari ini sudah 13hari berpantang....saya risau sebsb darah nifas saya masih brwarna merah..saya juga masih mrasa sakit di bahagian ari2 dan pinggang....adakah normal perkara ini?@saya dah bentan@peranakan sya jatuh?saya sangat risau....

    ReplyDelete
  34. Salam...kak engku,
    Hari ini hari ke 44 sy berpantang...pg td sy dh mandi hadas nifas...ingat nk solat zuhur td.sblum tu buang air kecil...nampak ada darah kat seluar dalam...sikit je...darah nifas ke tu...risau plak...

    ReplyDelete
  35. Salam.. Kak engku...
    Sy dh nk msuk 3 bln pd 17 mrch ni.. Sy operate. Mslh sy skrg ni darah kuar sperti tompok kecil dan wrnanya sperti merah coklat kekuningan.. Adakah drh tu darah nifas lg? Tmpat yg sy operate tu selalu rsa sakit, pedih dan ngilu.. Adakh normal?

    ReplyDelete
  36. Salam,Kak Engku..
    Hari ni sy dh 43 hari pantang,tp smpai hr nie darah ketul yg besar tu masih blm keluar, utk 2 kelahiran sy sblm ni darah tu keluar dlm masa 40 hari lg,kalau x keluar darah tu ada apa2 masalah x nanti,tqvm.

    ReplyDelete
  37. salam kak engku

    hari ni 39hari dah berpantang. dan 2-3 hari yg lepas ada darah keluar, tapi hari ni, darah yg keluar berketul2. saya risau lah. apa yg perlu saya buat?

    ReplyDelete
  38. salam kak engku,
    sy bru abes berpantang.. darah nifas abes lmbt dlm tempoh 40 hri n then kuar coklat2 sehingga lendir putih shja.. tp pada hari 64 drah merah hitam kuar n hari seterusnya keluar drah merah yg bnyak d penuh pad.. normal ke n itu darah period ke?
    Tq

    ReplyDelete
  39. Salam kak engku. saya dh bersalin hari ke 25 hari ni.darah saya dh kering ,tp tiba2 keluar pulak darah berwarna merah pd hari ke 23 sampai sekarang.saya sangat risau.apa yg perlu saya buat?

    ReplyDelete
  40. salam kak engku,
    isteri saya baru lepas keguguran sekarang sudah masuk 26 hari tapi masih keluar darah sedikit2..saya confuse selalaunya tempoh darah keluar selepas gugur berapa lama yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, selalunye dalam dua minggu darah dah kering. Akak rasa lebih baik pergi repeat scan. Takut masih ada sisa yang masih tertinggal. Tu salah satu punca pendarahan masih berlaku.

      Delete
  41. Salam Kak Engku,
    sy da abes tempoh berpantang selama 60 ari..arini da ari yg ke 67..tp darah nifas masih ada..sy pon x pasti adakah itu masih dikira sebagai darah nifas..aritu da kering, lps tu dtg balik..musykil ni..berkemungkinan tak darah haid keluar sejurus abes pantang? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita....hari ni hari ke 68 masih ada... tp secalit je...sebelum ni ada 2 hari... pastu xda...sat ada sat xda... camtu la... bila bersama suami darah merah keluar lbih kurang separuh tapak tangan... mmg dah mandi wajib....sebab lepas 60 ari wajib solat... sekarang tengah risau....sbb lepas bersama tu darah cair keluar lps drh merah tu tp ckit je...

      Delete
    2. Sy pon ada mslh cmni. Tp sy xbersama suami. Lps 60 hari masih ada secalit dan brwarna coklat. Tiba2 hari ke 61 keluar darah merah cair. Kenapa ya. Sy sgt risau skrg.

      Delete
    3. alhamdullillah skrg dah ok... darah ckit2 tu berakhir hari ke 78...anak dah nak msk 5 bulan...

      Delete
    4. Sy pon same skrg hari ke 61 masih ade drah kdang merah kdang coklat tp xbyk...ckit2 jer...rsau pon ade nie..

      Delete
    5. Sama la...sy pon skrg dh 61 hari tp masih ade drah ckit2 kdang merah kdang coklat...huhu

      Delete
  42. Salam..sy nk tahu,sy skrg dlm pntg 40hari..darah da berhenti mase hari 35..tp hari ni,keluar darah lg..tp ada ketulan bercampur darah..mcm isi perut ikan..adakah tu darah kotor y xabis keluar lg?sy nk tahu,yni darah period or masih darah nifas lg?sebb perut sy rs tak selesa mcm dtg period..

    ReplyDelete
  43. salam kak engku . saya pn nak tanya. darah nifas saya dah warna kuning keputihan menjelang hari 30-40 .. tp bila nak mandi wajib , tengok ada darah banyak plak warna merah kehitaman... adakah ini masih darah nifas atau darah period ? saya pening..

    ReplyDelete
  44. Salam Kak Engku,

    Saya nak bertanya..pada 17hb Jan 2014 yang lepas, sy telah selamat melahirkan seorg bayi perempuan dan darah nifas saya keluar seperti biasa. Genap baby saya berumur sebulan, doktor buat appointment utk cucuk pencegah kehamilan untuk tempoh 3bulan (suntikan depho). Selepas mengambil suntikan tersebut darah nifas saya juga keluar seperti biasa tetapi dalam kuantiti yang lebih banyak dari biasa. Selepas habis tempoh darah nifas selama 60 hari, darah saya masih keluar sehingga sekarang iaitu 23 May 2014. Tempoh ini terlampau lama atau ianya normal untuk yang ambil suntikan depho ni?sebab saya sangat risau dengan keadaan diri saya yang masih tidak berhenti darah. saya jga confius sama ada darah tersbut adalah darah nifas, haid atau darah sakit?minta beri pendapat ye.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga alami benda yang sama. Boleh saya tahu berapa lama pendarahan itu berlanjutan? mohon share apa yang dilalui kerna saya juga mpunyai kgusaran yang sama.

      Delete
    2. Nur Amirah, saya juga alami benda yang sama. ( Suntikan depo 3 bulan + pendarahan berpanjangan ). saya nak tahu berapa lama pendarahan tersebut berlansung. Mohon share, kerna cuma kita yang mengalami saja tahu kerisauan yang dirasa.

      Delete
  45. Salam sy maliza sy nk tnye sy br pas bersalin.Hari yg ke 37 vagina sy mengeluarkan cecair berwarna hijau dan ada bau masam ckt..apakah itu normal??

    ReplyDelete
  46. Salan kak..isteri selamat bersalin normal pada 7/3/15... Pada 9/3/15.. Pagi tu dia ada berurut..bila petang nya semasa hendak mandi.. Dia kencing dan keluar ketulan darah sebesar tangan baby... Apakah yabg ptt sy lakukan.. Risau yng teramat sgt.

    ReplyDelete
  47. Assalamulaikum akak, saya sudah 15 hari melahirkan tetapi darah saya masih tak kering juga. Dalam masa yang sama, saya mengalami sakit perut yg teramat sangat. Sakitnya seperti senggugut dan rasa denyutan dalam perut. Apa yg patut saya buat? Apa punca masalah saya alami?

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum.saya nk tanya mcm mana nk bezakan darah nifas akhir yg kuning putih tu dgn keputihan ye kak

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum kak sy nk tny sy DnC slps 14hr darah dh kering so sy mandi nifas dan solat spt biasa tp hr ke16 ada lendir putih keluar adakah sy kene mandi wajib semula dan adakah sy masih lg bernifas...terima kasih.

    ReplyDelete
  50. Assalam kak saya baru pas berdalin 15 hari.hari ke 14 darah saya dah ok..lps harinke 15 darah byk plk klr cam baru pas berdaljn.normal ke?

    ReplyDelete
  51. Salam kak..lps saye brsalin,darah kluar slme 2 mggu lbih dan stop lps tu..ni dh hari ke 40 tiba2 drh kluar blk kuantiti macam period,tmbh dgn rse mcm sakit bwh perut mcm senggugut tu..prlu ke saye rsau?mgkinkah tu mmg btul darah period?

    ReplyDelete
  52. Assalam kak engku saya br 2 hr keguguran tp darah dah x keluar.....waktu kencing saja baru ada darah.....normal ke tu

    ReplyDelete