Kebanyakan bayi dilahirkan dengan kongenital yang
sederhana iaitu tidak serius dan hanya sebilangan kecil yang dilahirkan dengan
gangguan atau kecacatan kongenital yang serius. Gangguan atau kecacatan yang
sederhana seperti sumbing bibir, jari-jari yang diselaputi oleh kulit seperti
kaki itik, dan mempunyai jari tambahan.
Gangguan ini diwarisi oleh bayi daripada ibu bapa.
Kecacatan kongenital yang serius yang boleh terdapa t pada bayi adalah seperti
:
·
Kecacatan pada jantung yang boleh membawa maut
·
Kecacatan pada kulit abdomen
·
Kecacatan pada sistem urat saraf
·
Kecacatan kromosom
·
Kecacatan pada tengkorak bayi
·
Sindrom down
Kecacatan anencephaly ialah serius dan adalah
kecacatan kongenital fizikal. Bayi yang menghidap anencephaly mempunyai
gangguan pada pembentukan tengkoraknya. Bentuk tengkoraknya tidak sempurnadan
menyebabkan oataknya terdedah. Kecacatan ini adalah serius dan bayi akan mati
selepas dilahirkan.
Spina bifida – berlaku kerana kulit tulang belakang
tidak terbentuk dengan sempurna dan menyebabkan tulang itu terdedah. Pemakanan
yang tidak sempurna boleh menyebabkan terjadinya masalah spina bifida.
Punca Bayi Cacat
Antara punca yang dikenal pasti ialah faktor genetik
atau warisan, dimana benih yang disenyawakan itu mengalami kerosakan. Pemakanan
yang kurang seimbang boleh menyebabkan pembentukan tengkorak bayi dan tulang
belakang bayi.
Fakta Umur Semasa Hamil
Hamil terlalu muda atau usia lanjut sering dikaitkan
dengan gangguan kromosom seperti sindrom down atau mongol baby. Bayi yang
mengalami sindrom down mengalami masalah terencat akal, gangguan pada jantung
dan sistem pencernaan down sindrom sering berlaku dikalangan wanita yang
berumur 40 tahun ke atas.
Ubat-Ubat Dan Jangkitan
Sesuatu yang merosakkan seperti ubat-ubatan dan
jangkitan, janin di dalam rahim diperingkat awal perkembangannya boleh
menyebabkan kecacatan bayi. Ubat seperti pil thalidomide yang diberikan kepada
ibu yang hamil akan membantutkan perkembangan tangan dan kaki bayi.
Bayi tersebut dilahirkan tanpa tangan dan kaki yang
sempurna. Penyakit rubela boleh menyebabkan kecacatan bai seperti kerosakan
pada jantung, otak, buta dan pekak. Jika si ibu menghidap penyakit ini dalam
tempoh tiga bulan pertama.
Menjauhi Masalah Kecacatan Bayi
Kebanyakkan kecacatan bayi dalam rahim dapat diatasi
dengan tingkatkan taraf pemakanan. Masalah kecacatan pada urat saraf spina
bifida dan anencephaly dapat dielakkan dengan meningkatkan pengambilan zat
vitamin A, D dan C. Vitamin tersebut seelok-eloknya diambil satu biji tiga kali
sehari bermula satu bulan sebelum hamil sehingga tiga bulan kehamilan.
Umur Yang Sesuai Untuk Hamil
Kecacatan bayi terutamanya sindrom down dapat
dielakkan apabila ibu berkenaan hamil pada umur yang sesuai iaitu di antara 20
hingga 35 tahun.
Jangan Ambil Sebarang Ubat-Ubatan
Tabiat mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat
doktor semasa hamil tidak digalakkan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
sebelum menggunakan sebarang ubat-ubatan.
Dapakan Pencegahan Rubela
Penyakit rubela yang menyebabkan kecacatan bayi dapat dicegah dengan menerima
pencegahan pelalian rubela sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mula hamil.
No comments:
Post a Comment