"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

21 June 2013

Masalah Pendengaran



Pekak atau kurang daya mendengar memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Namun, bukan mudah bagi ibu bapa mengesan masalah ini pada bayi yang masih kecil. Amat mustahak keadaan ini dikesan pada peringkat awal supaya rawatan dan kaedah sesuai untuk pemulihan dapat dilakukan secepat mungkin. Tindakan yang pantas pasti membuahkan hasil positif dan memberi makna cukup besar kepada anak-anak. Ini kerana waktu kecil merupakan tempoh pembelajaran yang paling penting dalam hidup mereka. Tindakan yang lambat diambil merugikan anak dan menyebabkannya ketinggalan untuk menerima segala ilmu yang sepatutnya diberikan kepadanya.





Jenis-Jenis Pekak



Jenis Konduktif – masalah pada telinga luar dan telinga tengah. Bermakna masalah meliputi rongga telinga luar, gegendang telinga dan osikel telinga. Pekak jenis ini selalunya disebabkan oleh halangan atau ada benda asing yang menyekat saluran pendengaran.



Sensori Neural – masalah pada telinga dalam iaitu labyrinth, saraf ke lapan. Ia merupakan jenis kecacatan yang dialami sejak lahir disebabkan pembentukan struktur telinga yang tidak sempurna.



Kedua-duanya sekali – mampu mendengar bunyi atau suara yang tidak melebihi 60db. Mampu bertutur dengan baik. Bercakap dengan suara perlahan.





Tanda-Tanda Pekak Sensori Neural



·           Sangat sukar untuk mendengar bunyi yang melebihi 60db.

·           Tidak mampu bertutur dengan baik

·           Akan menjerit dengan kuat ketika bercakap.





Rawatan – bagi jenis konduktif rawatan dibuat berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti. Biasanya doktor membersihkan telinga dan memberi antibiotik jika terdapat infeksi pada telinga tengah. Penggunaan alat bantuan pendengaran (hearing aid) boleh diberi jika bersesuaian. Rawatan masalah pekak jenis konduktif bukan mudah kerana ia melibatkan penyakit serius seperti sifilis atau kencing manis. Vasodilater, vitamin B1, B6 dan B12 boleh diambil. Manakala vitamin A, C dan E pula digunakan sebagai antisklerotik.



Aplikasi alat bantuan pendengaran juga boleh membantu. Alat ini dipasang di tepi telinga dan berfungsi meningkatkan magnitud bunyi atau bertindak sebagai amlifier.





Bagaimana Bercakap Dengan Anak Yang Pekak.



Sebut perkataan dengan perlahan dan sebutan yang terang satu persatu. Pandang wajahnya dan gerakkan bibir dengan jelas.



Berikan semangat padanya. Apabila dia berjaya memahami apa yang anda katakan, tunujkkan wajah yang gembira.





Mengesan Anak Yang Pekak



Masalah psikologi dilihat menjadi salah satu masalah utama kenapa anak kurang bercakap. Apabila anak tidak berupaya mendengar dengan baik, pastinya pertuturan dan kefahamannya kurang. Tidak terkecuali kebolehannya menguasai perbendaharaan kata.



Jika masalah ini tidak dikesan, anak tentu ketinggalan dalam pelajaran atau dianggap pelajar yang lemah. Anak yang mengalami kepekakan gemar bersendirian dan menjadi seorang individu anti sosial. Guru-guru sepatutnya peka dengan masalah ini dan berbincang dengan ibu bapa supaya pemeriksaan lanjut oleh pakar telinga dilaksanakan secepat mungkin.



Anak yang mengalami masalah pendengaran juga sentiasa meninggikan suara sewaktu bercakap dan kedengaran seperti menjerit. Jika anak anda berkelakuan sedemikian, bawalah dia bertemu pakar telinga.



Ujian mengesan masalah telinga dipanggil audiometric. Audiometric mengesan permasalahan telinga dan tahap pendengaran. Doktor juga mungkin melakukan conductivity studies bagi mengesan masalah berkaitan urat saraf telinga.



Kini, pusat bersalin cenderung menjalankan pemeriksaan telinga ke atas bayi yang baru lahir bagi membolehkan masalah pendengaran dikesan lebih awal. Pemeriksaan susulan diadakan sehinggalah pakar berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi. Ujian susulan itu terus dilakukan sehingga bayi mencapai usia dua tahun.



Anak yang pekak tidak bermakna mereka tidak pandai. Malah tahap IQ mereka mungkin lebih tinggi dan jauh lebih bijak berbanding individu normal. Hanya corak pendidikan perlu diubah, selain diberi ruang untuk mereka meneruskan pembelajaran menggunakan teknologi yang sesuai.

No comments:

Post a Comment