"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 June 2013

Hindari Anak Cacat




Setiap pasangan ibu bapa sememangnya mahu dikurniakan cahayamata yang sihat, cerdas, dan pintar. Bayi yang sihat ini paling tidak memberi satu kepuasan bagi setiap pasangan dan ia juga memberi kebahagian yang tiada taranya. Malah sememangnya itulah yang menjadi impian setiap ibu bapa.

Namun kemungkinan mendapat anak yang cacat juga menjadi satu perkara yang membimbangkan para ibu bapa. Kecacatan yang berlaku pada bayi boleh dielakkan. Kecacatan bayi adalah atas pelbagai faktor. Antaranya genetik, pengambilan ubat yang tidak sesuai oleh ibu semasa mengandung dan ibu yang sentiasa sakit.

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga seharusnya diteliti terlebih dahulu latar belakang pasangan yang ingin dikahwini. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya salah fahm antara kedua-dua pihak dan supaya tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari. Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, setiap lelaki perlu mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan benih mereka agar lahir zurait yang baik.

Selain itu, ibu bapa juga seharusnya sedar pelbagai kemungkinan boleh menyebabkan kecacatan. Antaranya jika ibu yang mengandung itu mengalami demamyang berpanjangan, tersilap ambil ubat dan ibu yang mengalami diabetes. Pemeriksaan ke atas ibu yang mempunyai risiko penyakit amat perlu sebaik sahaja mereka disahkan hamil.

Pemeriksaan dari semasa ke semasa boleh menentukan tahapkesihatan ibu dan bayi. Selain itu ujian ultrasound biasanya akan dapat memastikan samada bayi yang dikandung itu cacat atau tidak. Nasihat kepada bakal ibu, terlebih dahulu periksa tahap kesihatan jikamerancang untuk mengandung. Tahap umur yang terlalu lewat juga kurang sesuai kerana kejadian kecacatan disebabkan oleh umur ibu serta kualiti telur yang dihasilkan.

Biasanya bayi yang lahir mengalami sindrom down. Oleh itu yang perlu dielakkan perlu dielakkan. Selain itu, sewaktu mengandung perlulah mengambil makanan yang berkhasiat dan lebihkan protein, sayuran dan buahan.

Faktor lain yang menyebabkan kecacatan bayi ialah infection seperti rubela dan ibu diserang demam sewaktu mengandung. Jangkitan dalaman seperti herpes virus juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Selain itu, penyebab lain yang boleh menyebabkan kecacatan ialah parasit seperti yang terdapat pada kucing iaitu toxoplasma.

Bakteria juga berperanan menyebabkan kecacatan iaitu penyakit sifilis. Semasa melahirkan anak, ibu yang membawa bakteria itu menyebabkan anaknya turut dijangkiti dan lebih serius lagi kerana tahap ketahanan bayi amat kurang berbanding orang dewasa.

Bagi mereka yang ingin mengelakkan kecacatan pada bayi bolehlah berjumpa dengan pakar kaunseling genetik. Ini juga termasuk bagi para ibu yang sudah berumur yang mahu menimang cahaya mata lagi. Setelah itu, berjumpalah doktor yang boleh menentukan sama ada bayi yang dikandung itu mengalami kecacatan ataupun tidak.

Jika kandungan itu boleh memudaratkan ibu adalah lebih baik untuk menggugurkannya. Namun sebaik-baiknya perlu meminta nasihat doktor terlebih dahulu. Namun jika masih dikurnikan anak cacat, ibu bapa perlulah mencari jalan bagaimana untuk mendidik anak ini dan berusaha membimbingnya.

No comments:

Post a Comment