"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 June 2013

Mengapa Anak Anda Cacat



Anak adalah anugerah Allah yang tidak terhingga buat pasangan suami isteri. Ia bagaikan suatu rahmat yang menyinari keluarga dan penguat ikatan kasih sayang yang telah terjalin sekian lama. Namun Qada dan Qadar juga terangkum dalam ketentuan Ilahi dan kita sebagai manusia tidak mampu untuk mengelakkannya. Memang suatu kenangan yang cukup pahit jika cahaya mata yang diidamkan dan ditunggu-tunggu selami ini tidak sempurna fizikal mahupun mentalnya atau lbih tepat cacat. Namun jika direnung daripada perspekitif Islam, ibu bapa seharusnya reda dengan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Allah. Ini mungkin suatu ujian malah mungkin juga suatu rahmat.

Jangan diratapi dan kecewa apalagi menghina kerana dari situlah tahap keimanan seseorang Islam akan teruji. Kita sebagai ibubapa mesti menerima kejadian yang telah ditetapkan oleh Allah dan anggaplah anak yang dilahirkan sebagai rahmat.

Terimalah anak itu dengan hati yang terbuka. Ada juga ibu bapa yang kecewa dan terhina apabila melihat anak yang dilahirkan itu cacat. Tetapi ibu bapa juga perlu ingat kerana ini adalah suatu ujian yang benar-benar menguji tahap keimanan ibu bapa tersebut. Ingatlah bahawa anak itu amanah Allah walau apa jua kecacatan yang dialami.

Bagaimanapun, anak yang dilahirkan cacat fizikal belum tetntu cacat mental. Ibu bapa perlu berlaku adil agar anak cacat ini tidak berasa diketepikan dan tidak dihiraukan  oleh ibu bapa mereka. Mereka juga seperti insan lain yang ingin dimanja dan disayangi.

Ibu bapa juga wajib memberikan pendidikan yang baik agar menjadi insan yang berguna di masa hadapan walaupun pada hakikatnya mereka tidak sempurna seperti insan lain. Namun kita sebagai manusia biasa dituntut berikthtiar bagiu menghindarkan diri daripada anak cacat.

Ibu perlu mengamalkan rutin hidup yang sihat seperti banyakkan beramal dengan unsur atau benda yang baik. Banyakkan sembahyang sunat, bertasbih dan membaca Al-Quran. Amalan ini sebenarnya bukan hanya ketika mengandung tetapi juga berterusan dan menjadi amalan hidup sehari-hari.

Selain itu, apa yang penting sumber makanan ibu yang mengandung perlu halal. Jika makanan yang diambil itu daripada sumber yang tidak halal, ini akan memberi kesan yang tidak elok kepada anak-anak. Selain peranan isteri, pihak suami juga seharusnya memikul tanggungjawab bersama-sama membantu isteri yang sarat mengandung. Janganlah sakiti hati isteri. Ini pasti akan memberikan kesan yang tidak kepada pertumbuhan mental dan emosi anak.

Kestabilan emosi anak juga mempunyai perkaitan rapat dengan sikap ibu bapa. Contohnya dari segi percakapan dan tingkah laku seharian ibu dan bapa tersebut. Apabila memperkatakan mengenai penerimaan masyarakat terhadap ibu bapa yag dianugerahkan anak cacat ini, sudah pasti ada pro dan juga kontranya.

Tetapi rata-rata masyarakat akan memberikan suatu pandangan atau gambaran yangnegatif seperti menghina, mencemuh, mengumpat dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan manusia atau masyarakat akan menghina ibu bapa yang dikurniakan anak yang cacat dengan pelbagai persepsi negatif.

Tetapi sebagai umat islam yang dituntut agar bersabar seharusnya reda dan menyemai kesabaran yang cukup tinggi agar segala tomahan yang dilemparkan itu dianggap sebagai cabaran. Cabaran yang dimaksudkan ialah terus gigih dan bersemangat untuk mendidik anak yang cacat itu.

Kelahiran anak cacat ini juga boleh menimbulkan rasa keinsafan kepada kebesaran dan kejadian Ilahi yang Maha Hakiki. Tiada suatu kuasapun yang mampu menghalang kekuasaan-Nya.

No comments:

Post a Comment