Diet yang
sihat dan seimbang seharusnya menjadi amalan ibu hamil di sepanjang tempoh
kehamilan. Ini adalah kerana setiap makanan yang diambil oleh ibu juga
merupakan makanan untuk tumbesaran dan perkembangan bayi dalam kandungan. Pada trimester
kedua, perkembangan janin akan semakin cepat membesar, ini membuatkan ibu hamil
perlu membekalkan gizi yang seimbang bagi menampung perkembangan tersebut.
Ibu hamil
yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat selalunya akan berdepan dengan
pelbagai masalah kesihatan. Ia juga akan melibatkan bayi anda secara langsung.
Bagi ibu, anda mungkin mengalami anemia serta kurang khasiat makanan. Manakala
kandungan anda pula, mungkin akan mengalami masalah kurang berat badan, lahir
sebelum masa (pramatang) dan lebih serius lagi berkemungkinan berlakunya
keguguran.
Ibu hamil
seharusnya mengerti bahawa bayi bergantung pada ibunya untuk menerima pelbagai
nutrien penting bagi menjamin perkembangan yang sihat. Janin akan menyerap
setiap khasiat yang diperlukannya melalui apa yang ibunya makan. Oleh itu,
pengamalan diet yang sihat dan seimbang serta lengkap adalah penting. Amalan
pemakanan sebegini mampu memberi perkembangan bayi yang sihat serta mempunyai
berat badan yang normal.
Kekurangan nutrien, zat dan mineral yang diperlukan oleh bayi sepanjang berada dalam kandungan ibu boleh menjejaskan tumbersarannya. Untuk melengkapkan pemakanan yang seimbang ibu hamil seharusnya mengambil aneka jenis diet yang lengkap seperti karbohidrat, lemak, mineral vitamin, kalsium, protein, dan sebagainya.
Di
samping itu, beberapa perkara yang boleh diamalkan adalah:
· Tambah
pengambilan kalori harian. Disarankan antara 200 - 300 kalori.
· Makan
sedikit tetapi makan lebih kerap (5 - 6 kali sehari).
· Makan
makanan dari sumber protein dan karbohidrat.
· Amalkan
pengambilan vitamin dan mineral seperti zat besi.
No comments:
Post a Comment