Bagi mengetahui berat badan semasa, anda
dinasihatkan agar kerap menimbang berat badan dari masa ke semasa bagi tujuan
pemantauan. Selain itu, sewaktu pemeriksaan antenatal berat badan ibu hamil
akan ditimbang untuk mencatatkan peningkatan atau penurunan sepanjang
kehamilan. Turun naik berat badan akan memberi petunjuk kepada kesihatan yang
sedang dialami oleh ibu hamil. Jika terdapat sebarang perkara yang
berkemungkinan dikesan melalui turun atau naik berat badan, rawatan yang
selanjutnya akan diberikan. Ibu hamil seharusnya menyedari bahawa mengekalkan
berat badan ideal sepanjang kehamilan adalah langkah bijak bagi memastikan
kelancaran sepanjang kehamilan di samping mengelakkan berlakunya sebarang
risiko terhadap diri dan juga kandungan.
Risiko
Berat Berlebihan
Secara teorinya ibu hami lyang mengalami berat badan
berlebihan masih mampu melalui tempoh kehamilan dan kelahiran bayi tanpa
sebarang komplikasi. Namun, berat badan berlebihan ini ada risikonya
tersendiri. Antara risiko yang akan dialami seperti:
Mudah menghidap kencing manis (diabetes) atau darah tinggi semasa hamil.
Sukar mendengar degupan jantung bayi serta menentukan saiz uterus·
Sukar bersalin secara normal, berkemungkinan mendapat bayi besar.
Sukar untuk menurunkan berat badan selepas bersalin.
Sakit belakang
Urat timbul dan bengkak kaki
Mudah letih atau semput
Oleh itu, Ibu hamil yang tergolong dalam kategori ini perlu mendapatkan penjagaan yang khusus sepanjang kehamilan bagi mengurangkan risiko komplikasi. Doktor mungkin menyarankan diet yang bersesuaian serta melakukan beberapa ujian seperti ujian imbasan (ultrasound) bagi menentukan saiz janin, ujian ketahanan glukosa (untuk mengesan kencing manis) serta lain-lain ujian yang bersesuaian bagi memantau tumbesaran bayi dalam kandungan.

No comments:
Post a Comment