"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

31 December 2013

Keperluan Pemakanan Bayi Untuk 2 Tahun Pertama

Bayi anda melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan paling pesat dalam dua tahun pertama hayatnya. Sebagai contoh, berat bayi umumnya berganda apabila mencapai usia 4-5 bulan, dan naik empat kali ganda apabila mencecah 2 tahun. Oleh itu, anda hendaklah memastikan si manja mendapat makanan berkhasiat yang secukupnya sepanjang tempoh ini bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan optimum.

Susu Ibu Adalah Makanan Terbaik Untuk Bayi

Memberi susu ibu adalah langkah pertama yang sangat pentng untuk memastikan kesihatan bayi anda. Susu ibu bukan sahaja megandungi segala nutrein, tetapi juga menepati jumlah yang diperlukan oleh si manja. Nutrein daripada susu ibu mudah dihadamkan dan diserap oleh badan bayi. Susu ibu juga mengandungi sebatian imunologi yang penting untuk membantu melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan, termasuk cirit-birit.

Berapa Banyak Susu Yang Bayi Anda Perlukan?

Umur : 0-1 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 8
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : Lebih Kurang 60ml

Umur : 1-2 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 7
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : 90ml

Umur : 2-4 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 6
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : 120ml

Umur : 4-6 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 6
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : 150ml


Makanan Pelengkap

Apabila bayi anda bertambah besar dan menjadi lebih aktif, keperluan tenaga dan pemakanannya juga bertambah. Susu ibu sahaja tidak lagi dapat memenuhi keperluannya apabila si manja mencapai usia 6 bulan. Pada usia ini, bayi anda memerlukan makanan tambahan (makanan pelengkap) selain daripada susu ibu untuk membantu membekalkan tenaga dan nutrein lain yang diperlukan seperti zat besi, zink dan vitamin A.

Makanan pelengkap membekalkan satu pertiga (32%) daripada tenaga yang diperlukan oleh bayi anda apabila mencapai usia 6-8 bulan dan meningkat hingga hampir separuh (44%) apabila usianya 9-12 bulan. Keperluan ini meningkat lagi kepada lebih 60% apabila bayi anda berusia lebih setahun. Pada masa yang sama, sumbangan tenaga daripada susu yang diberikan setiap berkurangan apabila bayi anda semakin membesar.

Tenaga

~ Untuk mengekalkan fungsi badan dan membolehkan si manja terus aktif sepanjang hari.

~ Sumber : Bijirin, seperti beras, gandum, dan ubi seperti kentang dan keledek.

Zat Besi

~ Komponen hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan.

~ Sumber : Hati, daging, bijirin bayi yang diperkaya.

Zink

~ Penting untuk tumbesaran dan fungsi sistem imun.

~ Sumber : Hati, daging, ayam, ititk, ikan, kuning telur.

Vitamin A

~ Membantu mengekalkan kesihatan kulit dan selaput lendir, penting untuk fungsi mata.

~ Sumber : Susu ibu, hati, kuning telur, buah-buahan dan sayuran berwarna oren (mangga, lobak merah, labu) sayuran berwarna hijau tua (bayam, kangkung, brokoli).

No comments:

Post a Comment