Pemberian makanan pelengkap biasanya boleh dimulakan apabila bayi anda
berusia 6 bulan, kerana pada usia ini sistem penghadamannya sudah cukup
matang untuk menghadamkan makanan pepejal dan separa pepejal yang
berlainan jenis. Si manja juga akan menunjukkan tanda kesediaan untuk
menerima makanan pelengkap (iaitu makanan selain susu ibu). Anda akan
mendapati si manja :
~ Boleh duduk dengan sedikit sokongan atau tanpa sokongan dan dapat mengawal kepalanya.
~ Cepat lapar, meminta susu walaupun selepas diberikan susu ibu atau kerap menyusu.
~ Boleh mengawal lidahnya dengan lebih baik.
~ Mula mengunyah atau mengerakkan mulutnya ke atas ke bawah seperti mengunyah.
~ Gemar memasukkan benda ke dalam mulutnya.
~ Menunjukkan minat kepada makanan yang anda makan, seperti cuba merampas makanan, membuka muutnya.
Bagaimana Untuk Memberi Si Manja Makan?
Mengetahui
cara untuk memulakan pemberian makanan pelengkap adalah penting, kerana
anda bukan sahaja dapat memastikan si manja mendapat segala nutrein
yang diperlukan, tetapi juga membantu memupuk tabiat makan yang baik
sejak dari kecil.
Sekerap Mana Anda Patut Memberi Makanan Pelengkap?
~
6-8 bulan : Makanan utama 2-3 kali sehari dan pastikan susu ibu diberi
5-6 kali sehari. Makanan snek umumnya tidak perlu diberikan, tetapi
boleh diberi jika dapat diterima oleh bayi.
~ 9-11 bulan : Makanan utama 3-4 kali sehari + 1-2 snek berkhasiat.
~ 1-2 tahun : Makanan utama 4-5 kali sehari + 1-2 snek berkhasiat.
Apa Yang Boleh Anda Lakukan
~
Perkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan
dengan bubur nasi. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya,
perkenalkan makanan kedua daripada satu lagi kumpulan makanan.
~
Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru, ini akan
membantu menentukan sama ada si manja gemarkan makanan yang baru
diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4
hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika
ada.
~ Mulakan dengan kuantiti yang sedikit. Tambah sedikit demi sedikit apabila usia bayi meningkat.
~
Setelah si manja dapat membiasakan diri dengan pelbagai jenis makanan,
anda bolehlah mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan,
seperti bubur nasi dengan daging cincang dan puri sayur.
~ Pastikan rasa dan tekstur makanan sesuai dengan tahap perkembangan si manja.
~ Suap makanan sebaik sahaja si manja lapar, sebaik-baiknya sebelum anak anda meragam atau hilang selera makan.
~ Bergantung pada keupayaan si manja, beri makanan yang boleh diambil sendiri atau air dalam cawan yang boleh dipegang.
~
Elakkan benda yang boleh mengalihkan perhatian, seperti tv dan mainan,
semasa makan supaya si manja boleh memberi tumpuan penuh dan menikmati
makanannya.
~ Makan bersama si manja. Anda boleh menggalakkan si manja untuk makan atau belajar menyuapkan makanan sendiri.
Apa Yang TIDAK Boleh Anda Lakukan
# Mencampurkan makanan yang berlainan jenis dalam satu masakan apabila mula memperkenalkan makanan pelengkap.
# Memberi makanan yang boleh menyebabkan si manja tercekik seperti kacang dan bijian.
#
Memaksa bayi makan atau memberikan makanan secara berlebihan. Hentikan
pemberian makanan apabila si manja memalingkan muka atau menunjukkan
tanda tidak berminat, dia mungkin sudah kenyang.
No comments:
Post a Comment