"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 August 2012

Mendidik Anak Menjaga Kebersihan

Apabila anak anda sudah pandai ke tandas, seharusnya dia sudah memiliki tabiat menjaga kebersihan. Menjaga kebersihan bukan sahaja penting untuk penjaga, malah kepada kanak-kanak itu sendiri. Badan yang bersih boleh mengelakkan kita daripada terkena jangkitan.


Membasuh Tangan

Didik anak anda untuk sentiasa membasuh tangannya sebelum makan atau semasa menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas bermain, selepas menyentuh haiwan atau benda yang kotor. Dia juga harus segera membasuh tangannya apabila terbersin atau terbatuk bagi mengelakkan jangkitan.


Penjagaan Diri


1. Badan

Masa untuk mandi menjelang malam boleh menjadi rutin waktu tidur yang menyeronokkan buat anak anda. Berikan dia mainan semasa mandi, tapi anda perlulah sentiasa berada bersamanya. Jangan sesekali membiarkan anak anda mandi bersendirian. Ajar anak anda cara untuk membersihkan kemaluannya sendiri, sebagaimana dia menjaga kebersihan badannya.


2. Rambut

Syampu rambut bila perlu dan sikat rambut selepas mandi. Jaga kebersihan rambut bagi mengelakkan masalah kutu.


3. Pakaian

Pastikan anak anda menukar pakaiannya setiap hari, terutamanya pakaian dalam dan stokingnya.


4. Kasut

Peluh boleh menyerap ke dalam kasut. Oleh itu, pastikan kasut yang dipakai dianginkan dahulu dan telah kering sebelum menyimpannya. Ini bagi membunuh bakteria dan mengurangkan bau.


5. Mengelap

Selepas mandi, lapkan badan anak dengan tuala yang bersih. Pastikan bahagian yan berlipat seperti ketiak, kemaluan, kelangkang dan punggung, dilap kering sebelum memakai pakaian.


6. Gigi

Amalkan memberus gigi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Selain dapat mencegah kerosakan gigi, ia juga dapat mengelakkan masalah nafas berbau.

No comments:

Post a Comment