"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

05 August 2012

Memberi Ubat

Ada dua cabaran yang bakal anda hadapi sekiranya anak sakit. Pertama, cabaran menjaga kerenahnya yang terlebih cerewet daripada biasa, disamping anda sendiri sentiasa bimbang akan kesihatannya. Cabaran kedua ialah sewaktu memberinya makan ubat... suatu pergelutan yang menuntut kesabaran anda!

Bagi memudahkan anda memberi ubat kepada anak-anak, gunakankah peralatan yang sesuai dengan usia anak dan keupayaannya untuk menelan ubat antaranya:

~ Penitis berukuran - untuk bayi dan kanak-kanak kecil
~ Picagari - kanak-kanak kecil
~ Sudu dos - kanak-kanak yang belum boleh minum dengan cawan.
~ Cawan ubat - kanak-kanak yang boleh minum dengan cawan.

Ubat untuk bayi dan kanak-kanak biasanya diberikan dalam persediaan cecair. Ada masanya ubat kunyah diberikan untuk kanak-kanak yang berusia lebih setahun.


Cara Memberi Ubat

Bayi Yang Baru Lahir Hingga Usia 1 Tahun
Jenis Ubat : Persediaan Cecair

1. Kenal pasti ubat dan dosnya. Gunakan peralatan yang sesuai (penitis atau picagari) untuk mengambil dos yang diperlukan.

2. Ampu kepala bayi dan dongakkan sedikit kepalanya anggaran 45 darjah.

3. Pegang sedikit rahang bayi dan picit ubat itu perlahan-lahan ke dalam mulut bayi dengan menghalakannya ke bawah lidah. Jangan halakan ubat itu terus ke tekak (bayi mungkin tersedak) atau atas lidah (bayi mungkin meluahkan ubat itu keluar).

4. Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau botol jus.


Kanak-Kanak 1 Tahun Hingga Pra-Sekolah
Jenis Ubat : Persediaan Cecair, Ubat Kunyah Atau Tablet Yang Boleh Dipecahkan / Dihancurkan.

1. Gunakan sudu dos untuk memberikan ubat cecair. Bagi ubat tablet, campurkan ubat yang telah dipecahkan / dihancurkan itu dengan puding atau sedikit air.

2. Berikan minuman kegemaran anak anda selepas dia mengambil ubat.

3. Jangan marah atau mendenda anak anda jika dia mengeluarkan semula ubat itu.

4. Puji dan peluk anak anda selepas dia makan ubat.

Jika anak anda memuntahkan ubat itu:

1. Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama - ulang pemberian ubat dengan dos yang sama.

2. Berulang kali - berhenti dan hubungi doktor.


Cara Menghancurkan Ubat Tablet

Bila ubat diperlukan untuk jangka masa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas. Bila anak anda perlu makan ubat dalam jangka masa yang panjang, anda boleh membeli alat pemecah ubat.

4 comments:

  1. salam kak engku. nak tanya kak engku ada tak jual produk jamu seri bonda? jamu ni macam jamu mak dara. lagi satu boleh ke kalau saya nak makan set produk bersalin + jamu seri bonda ni atau jamu mak dara. ke tak boleh campur?
    *ika*

    ReplyDelete
  2. Wsalam Ika, Jamu Seri Bonda akak takde jual huhuhu. Akak tak sarankan Ika ambil dua jamu berbeza sekali gus, sebabnye kita tak tahu isi kandungannya, takut terlebih dos lak nanti. Klu nak ambik gak cuba abiskan satu satu jamu tu dulu ye. Tq.

    ReplyDelete
  3. salam kak engku. terima kasih atas penjelasan. ok saya faham dah. cuma lagi satu contoh saya ambil jamu mak dara slps bersalin boleh ke saya ambil juga set bersalin complete yang lain? maksudnya saya ambil jamu mak dara dan juga complete set bersalin sendayu tinggi dalam masa yang sama? *ika*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ika,
      Sama2. Klau ambil produk luaran mak dara dan dlman set bersalin st ok boleh je. Jgn ambil 2 produk dlman dlm satu masa je. Tq

      Delete