Apakah Hipertensi Semasa Hamil?
Hipertensi semasa hamil merupakan keadaan di mana tekanan darah wanita hamil meningkat melebihi paras normal.
Siapakah Yang Berisiko Mendapat Hipertensi Semasa Hamil?
~ Pertama kali hamil
~ Berumur kurang dari 20 tahun atau lebih dari 35 tahun.
~ Kandungan kembar
~ Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti sebelum hamil
~ Wanita yang menghidap hipertensi dan diabetes.
~ Sakit kepala yang teruk / kerap.
~ Penglihatan kabur
~ Rasa tidak sihat.
~ Sakit ulu hati
~ Loya dan muntah
~ Bengkak seluruh badan (muk sembab, tangan dan kaki bengkak)
~ Sesak nafas
Jika anda mengalami tanda-tanda amaran ini, segera dapatkan pemeriksaan di klinik untuk mendapatkan kepastian mengenai:
~ Tekanan darah
~ Berat badan
~ Air kencing
Jika anda disahkan menghidap hipertensi semasa hamil:
~ Ikut nasihat doktor
~ Makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan
~ Dapatkan rehat yang secukupnya
~ Kurangkan penggunaan garam dalam makanan
Apakah yang terjadi sekiranya hipertensi tidak dirawat?
Kesan kepada ibu
~ Sawan
~ Strok
~ Tekanan darah semakin meningkat dan tidak terkawal
~ Sesak nafas
~ Fungsi buah pinggang dan hati terjejas menyebabkan protein terdapat di dalam air kencing (air kencing kelihatan kotor)
~ Uri terpisah dari rahim (mengakibatkan bayi mati dalam kandungan)
~ Darah gagal membeku
Kesan kepada bayi
~ Mati dalam kandungan
~ Kurang berat lahir
~ Kelahiran tidak cukup bulan
Berbincanglah dengan anggota kesihatan jika bercadang untuk hamil, sekiranya anda:
~ Penghidap hipertensi
~ Mempunyai sejarah hipertensi semasa hamil
~ Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap hipertensi semasa hamil.
No comments:
Post a Comment