Diabetes adalah keadaan di mana badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah.
Apakah Jenis Diabetes?
~ Diabetes Jenis 1
~ Diabetes Jenis 2
~ Gestational Diabetes (Diabetes Semasa Hamil)
Siapa Yang Berisiko Mendapat Diabetes?
~ Terdapat kandungan gula dalam air kencing semasa pemeriksaan kehamilan.
~ Berlebihan berat badan.
~ Mempunyai ibubapa yang menghidap diabetes.
~ Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4 kg.
~ Berumur 35 tahun.
~ Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat.
~ Pernah menghidap diabetes semasa kehamilan lalu.
~ Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air ketuban berlebihan) pada kandungan kali ini.
~ Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan.
Apakah Kesan Diabetes Kepada Ibu Dan Bayi Jika Tidak Dirawat?
Kesan Kepada Ibu
~ Hyper / Hypoglycaemia (kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah).
~ Jangkitan kuman di vagina yang kerap.
~ Keguguran
~ Polihydrmnios (air ketuban berlebihan)
~ Pre-eklampsia (hipertensi teruk)
~ Komplikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang.
Kesan Kepada Bayi
~ Berat bayi melebehi daripada 4 kg.
~ Mati dalam kandungan (IUD)
~ Hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah)
~ Lemas semasa lahir.
~ Kecederaan pada saraf di bahagian bahu.
Semua Ibu Hamil Akan Menjalani Ujian Darah (MGTT) Sekiranya Mempunyai Salah Satu Atau Lebih Faktor Risiko
Apakah tanda diabetes semasa hamil?
Tiada tanda diabetes pada peringlat awal kehamilan. Walau baaimanapun, semua ibu hamil yang mempunyai faktor risikoaka. menjalani ujian darah (MGTT) untuk mengesahkan penyakit diabetes.
Apakah Yang Perlu Dilakukan?
Jika puan menghidap diabetes sebelum hamil, puan perlu:
~ Dapatkan kaunseling pra kehamilan. Berbincanglah dengan anggota kesihatan untuk merancang kehamilan.
~ Mengawal dan memastikan glukos dalam darah berada pada tahap normal.
~ Memberitahu doktor dengan segera jik hamil dan mendapat pemeriksaan awal kehamilan.
Semasa hamil, puan perlu:
~ Mendapat jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan.
~ Mematuhi temujanji dan rawatan yang telah ditetapkan.
~ Amalkan kebersihan diri.
~ Ambil pemakanan yang disarankan untuk pesakit diabetes.
~ Pemeriksaan paras glukos berkala di rumah.
Penjagaan Selepas Bersalin, puan perlu:
~ Mengamalkan kaeah perancang keluarga yang efektif.
~ Menyusu bayi dengan susu ibu.
~ Melakukan ujian darah (MGTT) 6 minggu selepas bersalin.
~ Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
~ Mematuhi temujanji dan rawatan yang telah ditetapkan.
~ Meneruskan suntikan insulin jika perlu.
No comments:
Post a Comment