"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

21 April 2012

Pelalian BCG

Jika Tiada Kesan Parut Dapatkan Semula Suntikan. Pelalian BCG dapat melindungi anak anda daripada penyakit tibi.

Pembentukan Parut Pelalian BCG
Pelalian BCG diberikan kepada bayi baru lahir. Pelalian yang berkesan akan meninggalkan parut di tempat suntikan BCG.

Proses Pembentukan Parut
~ Sejurus selepas suntikan akan timbul kesan kemerahan / keradangan.
~ Dalam jangka masa 3 hingga 6 minggu, satu bintat (papule) kecil kemerahan akan kelihatan.
~ Akhirnya parut kecil akan terbentuk pada tempat suntikan.

Sekiranya tiada parut selepas 3 bulan suntikan diberi, segera bawa bayi ke klinik / hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan dapatkan suntikan BCG semula.

Imunisasi BCG
~ Satu proses pemberian vaksin melalui suntikan di bawah kulit kepada bayi yang baru lahir.
~ Bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit tibi.
~ Merupakan cara yang paling berkesan untuk menguatkan daya ketahanan tubuh dalam mencegah penyakit tibi.

Kenapa perlu pelalian BCG
~ Mengurangkan risiko tibi paru-paru.
~ Mencegah kejadian tibi yang teruk seperti tibi otak dan tibi miliari.
~ Mencegah kematian akibat tibi.

oleh itu, pastikan bayi anda mendapat pelalian tibi.

11 comments:

  1. Kak engku...baby dah sebulan kat bhg cucuk BCG tu bernanah lepas tu pecah dan berlubang (nanah dah x de dah)....normal ke tidak or kena bwak balik gi klinik? yg bhg berlubang tu nak buat mcmana ada ckp suruh tuam ngan tuala suam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam en eddie,
      Normal slps cucuk BCG mmg akan bernanah & berlubang dan akan tinggalkan parut. Jangan sapu apa2 ubst atau tuam. Biarkan sahaja. Nanti ia akan kering dan tinggalkan parut. Tq

      Delete
  2. salam kak engku

    ank sy dh b'umur 2bln. tp bcg nya tdk pecah hga skrg.hnya mmbgkak sbesar kacang tanah.apa y harus sy lakukn kak engku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ummu muadz,
      Akak nasihatkan ke klinik untuk pemeriksaan ye. Tq

      Delete
  3. salam kak engku..

    ank sy berumur 4 bln lebih, tp xde parut bcg.. sptutnye umur berape ye kene bagi suntikan bcg 2 semula?? sy confuse skrg da leh suntik semula or kene tunggu umo 6 bln?

    ~fidri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fidri,
      Bb masa bawak ke klinik nurse akak check parut bcg. Jika tiada parut suntikan semula akan di beri. Bawak bb ke klinik n berurusan dgn nurse @ doktor di klinik berkenaan ye. Mungkin pelalian bcg boleh terus di beri. Tq

      Delete
    2. ok..thanks k.engku :-)

      ~ fidri

      Delete
  4. salam kak engku...baby saya berusia 30hari..bcg da bernanah,disamping tu baby saya mengalami demam..adakah itu normal?

    ReplyDelete
  5. Kak engku..ank sy hanya mdpt suntikn pertama shj sejurus lahir. Tp tiada bekas parut bcg. Di sbbkn hidup susah..sy tdk dpt mbawa ank utk suntikn seterusnya sehingga skrg ank dh umur 2 thn.. Apakh yg perlu sy lakukn. Sy pernh mbawa ke klinik tp doktor tk berani inject memandgkn tiada rekod suntikn dahulu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.