"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

22 June 2011

Risiko Kematian Ibu Ketika Bersalin

Hasil daripada perkembangan teknologi perubatan dan pengetahuan tentang pentingnya menjaga kesihatan semasa hamil, kes kematian semasa bersalin semakin berkurangan. Namun, untuk memastikan kejayaan tersebut berterusan, kerjasama semua pihak sangat penting terutamanya daripada ibu hamil itu sendiri.

Untuk pengetahuan, ada banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kematian semasa bersalin. Salah satu dariadanya ialah kurangnya kesedaran tentang pentingnya penjagaan diri semasa hamil. Sikap suka melengah-lengahkan pemeriksaan antenatal ketika awal kehamilan sebenarnya mengundang pelbagai risiko bukan sahaja pada ibu tetapi juga pada bayi yang dikandungi.

Ibu hamil perlu sedar bahawa mereka merupakan golongan yang terdedah kepada bermacam-macam komplikasi kesihatan. Oleh yang demikian, pemeriksaan awal dan rawatan susulan perlu dilakukan untuk memantau tahap kesihatan mereka sepanjang kehamilan bagi mengelakkan risiko kematian ibu ataupun bayi semasa proses kelahiran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati, berjuta-juta bayi mati pada peringkat akhir kehamilan, kelahiran dan pada minggu pertama dilahirkan. Menyedari hakikat ini, WHO menggariskan empat komponen utama berhubung keibuan yang selamat iaitu amalan perancangan keluarga, penjagaan antenatal, kelahiran yang selamat serta bersih dan penyediaan penjagaan obstetrik asas.

Melalui perancangan keluarga, pasangan suami isteri akan dibekalkan dengan pengetahuan tentang cara untuk menjarakkan anak, bilangan anak yang dicadangkan dan masa yang sesuai untuk hamil. Semasa hamil pula, ibu-ibu akan diberikan penjagaan rapi sepanjang kehamilan agar sebarang risiko penyakit dapat dikesan dan dirawat segera. Faktor kelahiran yang bersih dan selamat pula bergantung pada pengetahuan dan kemahiran pembantu kelahiran selain daripada amalan penggunaan peralatan yang telah dibasmi kuman. Manakala, penyediaan penjagaan obstetrik asas amat penting untuk dinikmati oleh semua wanita yang memerlukan. Matlamat yang ingin dicapai di sini ialah setiap ibu hamil dapat melahirkan anak dengan selamat dan kedua-duanya sihat.


Tumpah Darah Penyebab Utama Kematian

Di Malaysia, penyebab utama kematian ibu semasa bersalin ialah pendarahan berlebihan atau tumpah darah selepas bersalin iaitu sekitar 23 peratus. Tumpah darah ini berlaku akibat kekenduran otot-otot rahim terutamanya di kalangan wanita yang terlalu kerap mengandung dan bersalin. Begitu juga dengan wanita yang telah lanjut usia ketika melahirkan anak. Jika tumpah darah berlaku di kalangan wanita yang mengalami masalah kurang darah, sudah tentulah ketahanan badannya menjadi lemah. Keadaan ini boleh membawa maut.

Ada banyak perkara yang menjadi punca kepada masalah kurang darah di kalangan wanita. Antaranya ialah pemakanan tidak seimbang yang menyebabkan kekurangan kandungan vitamin dan zat khususnya besi. Masalah ini juga mungkin berlaku disebabkan oleh kehamilan dan kelahiran yang terlalu kerap dan tidak diatur dengan betul.

Untuk membina darah, seseorang itu perlukan sumber makanan yang kaya protein dan zat besi seperti hati, daging, ayam, ikan, limpa dan sayur. Sebaiknya sebelum hamil seseorang wanita mesti menentukan tahap darahnya menerusi ujian menyukat paras hemoglobin.


Embolisme Paru-Paru Akut Boleh Membawa Maut

Di Malaysia, masalah embolisme paru-paru akut menjadi cabaran getir bagi para pengamal perubatan yang mengendalikan wanita hamil dan baru bersalin. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 15 peratus kes kematian ibu hamil dan baru bersalin berpunca daripada masalah embolisme paru-paru akut disebabkan oleh dua punca.

Pertama ialah gumpalan darah beku atau deep vein thrombosis yang terbentuk pada betis atau pinggul ibu hamil. Gumpalan darah beku ini terjadi akibat pengaliran darah pada bahagian tersebut tidak lancar disebabkan oleh tekanan kandungan. Risiko ibu hamil mengalami masalah ini empat kali ganda berbanding wanita biasa.

Punca keduanya pula ialah air ketuban yang memasuki saluran darah ibu ketika bersalin atau amniotic fluid embolisme. Keadaan ini tidak menyebabkan salur darah tersumbat secara mutlak sebaliknya reaksi anafilaksis (tindak balas abnormal terhadap antigen tertentu) yang menjadi saluran paru-paru menyempit dan akhirnya tertutup. Kadar kematian akibat masalah ini sangat tinggi dan sehingga kini cara terbaik merawatnya belum dapat dikenal pasti.

Kedua-dua punca di atas menyebabkan ibu hamil yang mengalaminya sesak nafas, tekanan darah menurun, kadar nadi meningkat secara drastik, pucat, tidak bermaya dan tidak sedarkan diri. Atas alasan ini, individu atau suami yang mengiringi ibu hamil semasa bersalin perlu prihatin dan memantau keadaannya semasa dan selepas bersalin.

Jika hal ini berlaku, segeralah dimaklumkan kepada jururawat dan doktor yang bertugas agar rawatan segera dapat diberikan. Akan tetapi, sekiranya masalah ini berlaku di rumah, pastikan ibu tersebut diberikan bantuan pernafasan sementara menunggu bantuan dari hospital tiba.

Bagi ibu hamil, faktor seperti umur, bilangan kehamilan yang banyak, kandungan kembar dan kehadiran penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko. Kaedah merawat penyakit ini bergantung pada puncanya. Jika disebabkan oleh gumpalan darah beku, maka rawatan yang akan diberikan ialah dengan cara fibrinolysis iaitu menghancurkan gumpalan darah beku tersebut. Tahap kejayaan penggunaan kaedah ini amat tinggi tetapi perlu disusuli dengan ubat untuk mencairkan darah bagi mengelakkan masalah berulang. Sekiranya disebabkan air ketuban, ibu tersebut akan diberikan bantuan pernafasan ventilasi dan ubat untuk menyokong tekanan darah optimum.


Info

Berdasarkan Laporan Tabung kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada tahun 2009, kira-kira 500,000 wanita di seluruh dunia maut akibat komplikasi mengandung dan melahirkan anak setiap tahun. Di Malaysia, risiko kematian ibu ialah satu dalam 560. Angka ini nyata lebih baik berbanding kebanyakan negara Asia Tenggara yang lain. Misalnya di Indonesia, kematian ibu adalah datu dalam 97, di Filipina, satu dalam 140 manakala di Thailand, satu dalam 500. Semua ini hasil kemudahan kesihatan negara ini yang semaikn baik dari masa ke semasa.

14 comments:

  1. saya ada masalah kurang darah dan tekanan darah rendah..saya jaga pemakanan..pengambilan sayur dan buah juga saya tak abaikan..jadi saya agak takut untuk hamil sebab risau terjadi perkara2 seperti dalam artikel..ada cara lain tak untuk bantu masalah saya..?

    ReplyDelete
  2. nurul: takyah la takut lak nak hamil, yg penting sentiasa jaga kesihatan, buat pemeriksaan ikut waktunya dan yg penting bykkan berdoa agar dimudahkan kehamilan tersebut ye.

    ReplyDelete
  3. salam k.engku..saya mgidap masalah kurang darah..juga tekanan darah rendah..semasa pemeriksaan saya dnasihatkan cara pemakanan yg betul..saya ikut..namun masih tiada perubahan..bbrapa hari ni saya kerap mgalami sesak nafas...mgkin ke ini kesan dari masalah darah yg saya alami??
    saya agak ttkan dgan risiko2 yg bakal saya hadapi..lebih2 lagi maut...

    ReplyDelete
  4. wsalam puan, ketika kehamilan memang pelbagai masalah kesihatan yang akan kita alami. So nasihat akak, patuh arahan doktor, makan ubat yang diberikan, banyakkan rehat serta sentiasa peka dan pantau kesihatan diri sendiri. Sekiranya rasa tidak selesa ngan keadaan kesihatan, cuba dapatkan rawatan segera. InsyaAllah segalanya akan ok. Tq

    ReplyDelete
  5. salam Kak Engku,saya mendapat DVT selepas melahirkan anak pertama (2010) dan kini saya hamil lagi. Untuk makluman saya bersalin normal. Adakah saya berisiko untuk mendapat DVT semula dan ape langkah pencegahan yang boleh saya ambil. Apa makanan yang perlu saya elakan untuk menghalang pembekuan darah tersebut. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Mungkin blh berulang. Dapatkan pemeriksaan awal di klinik agar doktor blh merujuk ke hospital lbh awal jika bermasalah. Tq

      Delete
  6. as'mlkm kak engku saya ada masalah bleeding ketika kandungan mencecah 12minggu dan saya ditahan di wad, setelah makan ubat saya kembali seperti biasa, tetapi baru2 ini usia kandungan 16minggu saya telah keluar air bercampur darah dan ini amat membimbangkan saya. selain itu saya juga disahkan mengalami uri kebawah.apa yang perlu saya lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam anonymous,
      Akak nasihatkan buat regular check up. Jgn miss follow up. Jika doc di klinik rujuk ke hospital follow je ye. Insyaallah jika ada sebarang masalah rawatan dpt diberikan dgn lbh cepat. Amin.

      Delete
  7. salam kak engku..saya ada masalah varicose vein yang agak teruk di kaki kiri dan naik shingga ke deliver area.ada jururawat yang bimbang ianya akan pecah semasa saya meneran nanti.buat makluman sekarang sy sudah masuk 38minggu..benarkh ianya boleh pecah dan mnimbulkan kesukaran smasa bersalin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Vericose vein pecah akak tak pernah dengar. Paling takut varicose vein di bhg kemaluan @ vulva. Takut tergunting masa proses bersalin n blh bleeding je. Sblum bersalin doktor akan periksa dulu. Jgn takut ye. Tq

      Delete
  8. Salam k.engku..
    Sy ada masalah besar ni. Sy pregnant 10 mgu tp swntiasa keluar darah yg sgt byk. Bila scan ddapati ada ketulan darah beku yg beesaiz 10cm sblah kantung baby. Ape cara yg sy bleh wat utk hilangkn darah beku trswbut. Doc cume sruh bedrest jwk. Tlg sgt2 anak 1st slps 5thn. Terlalu berhrp kandungn ni bleh slmt.tolong kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam shida,
      Akak bersimpati atas apa yg shida alami. Moga shida tabah hadapi ujian dariNya. Maaf ini di luar bidang kuasa akak. Akak nasihatkan patuh nasihat doktor ye. Bykkan rehat. Moga semua selamat. Amin.

      Delete
  9. kak engku sy nie anak dah 7 bulan...p ngandung lagi sekarang baby dalam perut 9 minggu...bila saya g wat check up tuk baby dalam perut asik kena marah je..kata kenapa xrancang..bahaya sangat ke kalau close pregnancy ni...sblm nie mengandung sy wat check up kat klinik swasta...byk bnda yg tak didedahkan...tapi kali nie wat check up kat kerajaan..mcm2 info..tp tu la..bising gak nurse2 nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah untuk kehamilan ke2. Kehamilan yang kerap kurang setahun mmg ada banyak masalah kesihatan. Sbb tu dinasihatkan rehat dan jarak sekurang-kuranrnya 2 tahun. Nurse2 yang bising tu mungkin dia nak bgtau kehamilan kerap nie risiko tinggi spt anaemia, tumpah darah dll. Apa yang penting, pemeriksaan yg regular di klinik kena patuh. Insyaallah jika ada masalah boleh rujuk awal.

      Delete