Kebanyakkan ibubapa akan tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk mereka mendapatkan anak kedua dan seterusnya. Tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal bagi seseorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Hal ini berikutan tempoh berkenaan memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan sebagainya.
Perlu anda maklum, kehamilan sebelum tempoh dua tahun memungkinkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi. Hal ini bakal terjadi kerana tubuh belum bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi kandungan.
Malah, anak pertama mungkin masih kecil dan atau menyusu susu ibu. Apabila hamil lagi, anda perlu menguruskan dia. Pada masa yang sama perlu membahagikan kudrat yang ada untuk tanggung jawab terhadap suami, rumahtangga, kerjaya dan lain-lain hal. Ini termasuklah menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, anak itu berusia 2 tahun ke atas, sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi, bebanan yang anda perlu tanggung tidak begitu erat jika hamil lagi.
Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan anda hamil awal daripada tempoh yang disarankan, langkah penting untuk anda lakukan ialah memastikan paras Hb mencukupi. Sama juga halnya dengan kalsium. Antara lain, lakukan pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat mustahak untuk diteliti agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin boleh terjadi semasa hamil.
Bagi yang pernah hamil secara caesarean, usah bimbang. Anda sudah mula boleh memikirkan soal kehamilan kedua selepas dua tahun kelahiran anak pertama. Selepas tempoh dua tahun tempat jahitan pembedahan diyakini sudah sembuh.
Anda juga boleh menimbang untuk cuba bersalin secara normal. Namun, keputusan yang bakal diputuskan oleh doktor perlu bergantung kepda faktor komplikasi sewaktu proses pelahiran yang dihadapi sebelum ini. Lazimnya, masalah yang biasa dihadapi ialah komplikasi bayi besar. Jika ini penyebabnya, perlu anda tahu bahawa bayi kedua mungkin bersaiz besar lalu memungkinkan anda untuk bersalin secara caesarean sekali lagi.
Sebelum Hamil
Selepas Hamil

- Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.
- Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.
- Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.
- Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.
- Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada insulin.
- Sekiranya tiriod, ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.
- Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.
- Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.
Selepas Hamil
- Lakukan pap smear selepas 2 bulan kelahiran. Pastikan ketika itu anda tidak haid. Seterusnya ujian yang sama perlu disusuli 1 atau 2 tahun kemudiannya untuk memastikan pangkal rahim kekal sihat.
- Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai. Kaedah yang bakal dipilih perlu digunapakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.
salam k.engku...mintak izin utk copy panduan ni ke blog sy yer..
ReplyDeleteibudhira: wsalam, boleh hehehe akak izinkan
ReplyDeleteakk reen mintak copy ye...TQ
ReplyDeletenoreen: ok hehehe
ReplyDelete