"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 June 2011

Tingkatkan Penghasilan Susu

Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu sematkan 2B dalam minda iaitu payudara (breast) dan bayi (Baby). Gabungan kedua-duanya sedikit sebanyak membolehkan anda memastikan bekalan susu ibu meningkat dan terus berkekalan sepanjang tempoh berpantang.

Rahsianya mudah sahaja. Sudah semestinya anda memerlukan payudara dan paling penting bayi untuk disusukan. Seperti yang umum sedia maklum, payudara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan.


1. Kerapkan Menyusu

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.


2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


3. Menyusu Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.


4. Penyusuan Dua Kali

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susu dia semula. Cara ini turut merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu.


5. Bogelkan Bayi

Sewaktu menyusu, bogelkan bayi bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukkan pula, selimutkan dia ketika menyusu.


6. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


7. Penyusuan Baby Sling

Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.


8. Fikir Bayi Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.


9. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com


10. Minum Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


Info

Susukan bayi sekerap mungkin iaitu 10 -12 kali dalam temph 24 jam.

Mula perah dari hari ke 4 selepas kelahiran. Namun, hal ini bergantung kepada penghasilan susu matang.

Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.

Tidak sesekali memberi bayi, susu perahan menggunakan botol. Sebaliknya hanya susukan terus daripada payudara.

Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan.

Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

Pastikan bayi disusukan sejam pertama selepas kelahiran. Saat ini amat penting untuk memastikan penghasilan susu seterusnya.

Pengambilan suplemen dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya moringay (daun kelo).

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.

Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.

17 comments:

  1. ikin guna teknik marmet je kak...xde kesan pape kan?sbb takut jugak kalo memudaratkan payudara bila selalu sgt dipicit ketika memerah susu tuh....ermmm...

    ReplyDelete
  2. thanks kak engku..info yg berguna ni

    ReplyDelete
  3. thanxs kak engku info ini sangat2 berguna untuk saya dan baby... saya mohon untuk share info akak nie di blog saya yer..

    ReplyDelete
  4. Salam kak,info sangat berguna,boleh mariam share di blog..

    ReplyDelete
  5. jive & siti: boleh hehehe

    ReplyDelete
  6. Akak, tq for the tips. Saya share di blog sy boleh kan? tq

    ReplyDelete
  7. Kasih kita: boleh hehehe

    ReplyDelete
  8. terima kasih kak...info yg sangat berguna untuk saya yg bakal menjadi ibu insyAllah bln 12 ni..doakan ye...

    ReplyDelete
  9. salam kak engku, sgt2 berguna info kak engku bagi ni..saya dulu smp hampir give up ingat susu takde..tapi bantuan supplement, dan tips2 mcm kak engku highlight td, Alhamdulillah smp sekarang anak sy masih bf..saya nak share dengan sesiapa yang ada masalah susu kurang ni boleh? superdooper booster/penggalak susu/rahsia penawar susu merudum/milkbooster yang selamat

    ReplyDelete
  10. salam kak engku..
    apa suplement yang terbaik boleh bantu banyakkan susu..syukran..:)

    ReplyDelete
  11. wsalam, ramai customer akak yang guna pil asi

    ReplyDelete
  12. salam kak engku..teknik Marmet 2 mcm mana

    ReplyDelete
  13. salam..
    saya bersalin dua org anak susu lambat keluar sampaikan anak terpaksa diberi FM ketika di hospital.Lepas diurut barulah susu keluar. Sekarang sedang mengandung anak ke 3 30 minggu.Ada apa-apa petua untuk stimulate pengeluaran susu sebelum bersalin tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kejora,
      Semasa mengandung 7 bulan susu ibu telah pun dihasilkan. Selepas kelahiran apa yang penting adalah rangsangan hisapan bb direct pada payudara. Lebih kerap puan bagi, lagi bagus. Penyusuan adalah psikologi, jika kita fikir susu tu ada dan cukup. Insyaallah ia mmg ada dan cukup untuk baby. Jadi bagilah bb hisap sekerap yang mungkin ye. Untuk makluman pil asi boleh mmbantu banyakkan susu ibu. Insyaallah boleh bantu puan selepas puan bersalin nanti. Tq

      Delete
  14. Assalamualaikum, saya nak tumpang tanya ada apa2 problem ke kala masa menyusu baby dia keluarkan bunyi yg kuat masa menyedut susu..seperti nak tercekek.adakah kerana cara baby menyusu yg menyedut dengan laju?namun terlalu kerap berbunyi agak merisaukan..saya..baby baru 2minggu..thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Terima kasih sudi tanya akak. Dalam keadaan yang normal, bb yg menyusu ibu mmg kita boleh dengar bb menghisap dan menelan. Tapi jika bb ada tanda2 tercekek, bb mungkin akak tersedak susu dan penyusuan akan berhenti dgn tiba2. Jika puan risau dgn keadaan bb sms menyusu, puan boleh bawak bb ke mana2 klinik berdekatan untuk pemeriksaan ye. Tq

      Delete
  15. Salam kak engku. Saya pun nak share sikit. Saya biasa mengepam di office since saya bekerja dan bila balik rumah nak uruskan rumah pula. Alhamdulillah flow susu semasa mengepam cantik je. Saya banyakkan makan kismis dan kurma serta air. Boleh juga try infused water sbb saya air kosong je susah sikit.. hihi

    ReplyDelete