"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 April 2011

Rawatan Mandi Wap, Bertangas Dan Ukup Wangi

Mandi wap ialah rawatan yang terkenal dan digemari oleh pelbagai bangsa, lelaki serta perempuan. Rawatan tersebut dilaksanakan dengan pelbagai cara, menggunakan bermacam-macam ramuan pula. Mengikut petua Melayu, wanita bersalin atau selepas setiap kedatangan haid dimestikan merawat alat sulit dengan mandi wap yang dikenali sebagai bertangas. Tujuan mandi wap adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan detoksifikasi (mengenyahkan racun di dalam badan). Bagi ibu bersalin, selain proses detosifikasi, rawatan bertangas juga membantu proses penyembuhan serta pengecutan saluran sulit dan peranakan.

Ketika pantang, amalan bertangas disyorkan selepas 30 hari bersalin, iaitu apabila darah nifas mulai mengering. Demikian juga disyorkan pada hari yang keenam haid, dan dilakukan selama tiga hingga tujuh hari berturutan. Mengikut ilmu perbidanan Melayu, rawatan ini jika diamalkan dapat menghindari pelbagai penyakit puan, seperti keputihan, longgar saluran sulit serta berair, rahim rendah, inkontinansi dan prolaps.


Rawatan Mandi Wap Atau Bertangas


Rawatan ini dilakukan dengan tujuan untuk mengeluarkan darah cair atau darah bayam yang berwarna kuning kehijauan dan berbau tersangat busuk, seperti bau sayur yang busuk atau ikan yang hanyir.

Rawatan bertangas herba yang juga dikenali sebagai bertangas kering, menggunakan ramuan duri semalu bagi membantu mempercapatkan keluaran sisa toksik dan merawat luka-luka pada batu merian dan pangkal merian. Rawatan ini dapat memperkemaskan kedudukan merian dan memantapkan kesihatan batu merian dan pangkal merian.

Aturcara Bertangas

Bertangas dilakukan pada hari ke 31 pantang, selama 3 hari berturut-turut. lazimnya dimulakan dengan penyediaan sepokok suri semalu yang ditumbuk pecah dan digaul dengan segenggam jintan hitam serta air kapur.

Sediakan batu sungai atau batu tanah liat. Bakarlah sehingga betul-betul panas dan masukkan ke dalam periuk tanah. Tuang ramuan pohon semalu di atas batu tersebut. Letakkan periuk tanah di dalam tong tangas atau bangku yang berlubang di tengah. Duduklah di atas bangku berlubang itu sambil membungkus badan dengan kain atau selimut dari paras leher ke lantai bagi mendapatkan wap tangas.

Pada hari ke 34, bahan-bahan ditukar dengan baharu, iaitu ibu kunyit yang dilumatkan dicampurkan jintan hitam dan perahan air limau nipis.

Rawatan ini sebaik-baiknya menggunakan bara api di bawah periuk tanah supaya wapnya dapat bertahan lebih lama. Lakukan selama 7 hari berturut-turut bagi membantu mengeringkan saluran sulit serta batu merian daripada kudis, luka dan air busuk.

Semasa melaksanakan rawatan ini, ibu disyorkan melakukan senaman tarik nafas atau senaman kemutan otot penyokong rahim.


Rawatan Ukup Wangi


Rawatan bertangas wangi atau ukup wangi dipraktikkan pada hari ke 40 dalam pantang bersalin. Mengikut kefahaman ilmu perbidanan Melayu, pada masa ini rahim atau batu merain sudah balik ke sarang dan mengeram di rumahnya di sekitar tulang sulbi.

Lazimnya ukup wangi diteruskan oleh ibu bersalin hingga hari yang ke 100. Rawatan ini akan menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan ibu selepas rawatan bertangas dan mandi wap pada peringkat awal bersalin. Rumusannya yang mengandungi bunga melur, bunga mawar, limau purut dan air mawar dapat menggalakan keluaran peluh yang beraroma harum dan menyegarkan. Amalan ini menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap dan kejap di sekitar bahagian alat sulit.

Rawatan ukup wangi turut diamalkan oleh wanita Melayu pada setiap kali selepas haid, iaitu selepas menjalani rawatan bertangas herba. Apabila diamalkan, aromanya kekal ke seluruh tubuh hingga ke umbi rambut. Ia juga dapat mengelakan kelesuan kulit, bau badan seperti di ketiak, lapisan payudara, tengkuk, rambut, celah paha, tongkeng, pusat dan faraj. Setiap bahagian yang disebutkan ini sangatlah sensitif bagi wanita yang bersuami. Bagi ibu bersalin yang penuh prihatin, ukup wangi perlu diberi tumpuan utama dalam proses menamatkan rawatan pantang bersalin.


Petua Senaman Kemutan Otot Rahim

Semasa rawatan bertangas dan ukup wangi, ibu dinasihatkan melakukan senaman pada otot rahim. Difahamkan oleh pakar senaman tradisional Melayu, senaman tersebut dilaksanakan dengan aturcara tarik nafas dari bahagian ari-ari, naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti sedang menahan kencing dan kemutkan dubur seperti manahan kentut atau najis.

Senaman ini membolehkan wap herba disedut masuk ke saluran faraj. Dengan cara sedemikian, pergerakan otot-otot dalaman membantu mempercepat keluaran sisa toksik dan mempermaskan kesihatan serta kedudukan merian. Batu merian akan kembali normal, iaitu kuncup, mencerut dan mengecil.


Rawatan Berdiang

Selain bertangas, wanita pada zaman silam dimestikan rawatan berdiang semasa dalam pantang bersalin. Mengikut kaedah perbidanan Melayu, selepas bersalin, ibu mesti berdiang bagi mengelakkan sakit pinggang, bisa urat asaraf serta otot badan dan mempercepatkan pengecutan merian. Berdiang masih lagi diamalkan oleh wanita Melayu yang patuh kepada petua nenek moyang, terutama dalam kalangan mereka yang tinggal di desa-desa. Telah terbukti bahawa rawatan ini dapat membantu ibu sentiasa awet muda, memiliki tubuh badan yang tegap, mantap, langsing dan gagah ototnya. Berdiang merupakan satu daripada rawatan dalam pantang yang masih diamalkan oleh wanita di Thailand, Burma dan Kemboja.

Bagaimanapun, hari ini rawatan berdiang kurang mendapat sambutan dan digantikan dengan rawatan bertangas atau mandi wap.


Cara Berdiang


Ibu perlu mengiring dengan membelakangkan bara api. Bahagian belakang ibu, dari paras leher ke pinggul, akan disapu minyak berubat oleh pembantu atau bidan setiap kali ibu terasa panas akibat bahang bara. Minyak berubat itu dicampurkan kunyit serta garam. Setiap sejam, ibu akan diberi minum air rebusan halia dengan sukatan suku cawan. Rawatan ini dilakukan setiap hari (sehari suntuk) dalam tempoh pantang iaitu dalam jangka masa 30 - 40 hari.

Variasi bagi rawatan ini turut diamalkan oleh wanita Melayu ialah bersalai. Dalam aturcara bersalai, ibu bersalin akan berbaring di atas pangkin atau ranjang buluh, dan bara diletakkan di bawah ranjang tersebut. Rawatan ini dilaksanakan seawal waktu subuh.

Prosedur ini menghangatkan tubuh dan menyebabkan ibu kehausan. Bagaimanapun, ibu tidak dibenarkan mengambil minuman selain air rebusan halia, dengan jumlah yang terhad mengikut sela waktu yang ditetapkan.


11 comments:

  1. salam...mmcm mna pokok suri semalu tu?

    ReplyDelete
  2. bersalin secara czer blh buat rawatan bertangas lepas 30hari? Boleh tak guna bahan2 lain yang mudah dapat di dapur, macam halba sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Boleh tp pastikan luka bedah dah sembuh. Klau bertangas guna halba sahaja boleh tu mmg boleh tp tak lengkap. Tq

      Delete
  3. pertama kali saya dengar bertangas ukup wangi, boleh terangkan dengan terperinci aturcara bertangas ukup wangi? Macam menarik dan bagus untuk diamalkan.

    ReplyDelete
  4. waktu yang sesuai untuk bertangas, waktu pagi, tengahari atau petang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      bergantung pada keadaan ibu. Seelok2nya waktu pagi n petang. Tq

      Delete
  5. bertangas seelok2 nyer hr ke barapa slps bersalin?

    ReplyDelete
  6. salam..nk tanye klu lelaki bleh ke bertangas mcm perempuan lps bersalin tu...ade masalah x?tq

    ReplyDelete
  7. Bersauna dan bertangas adalah perkara yg sama? sy ada buat bersauna cara tradisional gan menggunakn tikar dan kain.ibu sy yg suruh bersauna bg mengeluarkn peluh.mbuang toksin dlm badan.sy bersauna ketika sy masih dtg haid lps bsalin s'mggu.boleh kah bersauna ketika masih haid?

    ReplyDelete
  8. Saya mengandung 5 bulan dan jalan terbuka dengan sendirinya.rahim sy lemah ke?

    ReplyDelete