"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

27 December 2012

Masalah Yang Sering Timbul Dalam Pantang Bersalin

Semasa dalam pantang, ibu terdedah kepada pelbagai masalah, terutamanya apabila penjagaan diri tidak dilaksanakan dengan betul, khususnya yang melibatkan perut, payudara dan merian. Setiap masalah ini harus ditangani dengan teliti agar derita ibu yang menghidapinya tidak berlarutan sehingga tidak dapat dirawat lagi.

Masalah Bentan Urat

Mengikut kefahaman Melayu, bentan urat merujuk kepada keadaan badan yang terasa lemah seperti demam, serta bisa urat dan sendi. Bentan urat mudah menyerang sesiapa yang terlebih bersenam atau menggunakan tenaga secara berlebihan sehingga jatuh sakit atau demam.

Dalam pantang bersalin, demam bentan urat berlaku apabila ibu tiba-tiba berasa seram sejuk, naik suhu badan atau mengiggil. Lazimnya bentan urat berlaku apabila seluruh urat sendi serta otot badan tegang dan kekejangan. Bentan urat lazimnya berkait rapat dengan masalah bentan urat peranak dan bentan urat besar.

Dalam keadaan ini, pakar urut perbidanan tidak akan mengurut pesakit kerana rawatan tersebut akan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, rawatan yang dilakukan ialah bertangas wap herba dan mandian minyak urat. Pesakit akan dilumurkan dengan minyak urat ke seluruh badan sebelum diberi rawatan bertuam batu panas sehingga badan dapat memecahkan peluh.

Bentan Urat Peranak

Masalah bentan yang paling biasa dihadapi oleh ibu bersalin adalah pada urat peranak atau urat buluh peranak yang datangnya dari urat besar pembuluh jantung. Urat besar ini menghala ke bahagian ari-ari dan cawan paha sehingga ke ibu jari kaki. Oleh sebab itulah petua Melayu melarang ibu bersalin bergerak kasar kerana bimbang terjadi perkara tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranak dan berlaku turun darah.

Apabila keadaan ini berlaku, ibu dinasihatkan berbaring dengan secepat mungkin di atas lantai tanpa bantal di kepala dan alas punggung dengan dua biji bantal. Satu cara lagi, ibu tersebut juga boleh menyandarkan kedua-dua kakinya pada dinding kerana posisi ini dapat mengurangkan pengaliran keluar darah.

Bentan Urat Besar

Urat besar ialah urat buluh peranak yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Setiap kali selepas bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan, ketegangan urat besar akan dirasai, yang mana permulaannya ibu akan terasa lenguh atau sakit di bahagian cawan muka. Jika dibiarkan, urat yang tegang itu akan mengganggu cara ibu berjalan dengan betul kerana sakitnya akan terasa ke tumit sehingga jika keadaannya teruk menyentap urat. Apabila tersentap urat, seseorang itu akan berjalan capik seumur hidup. Masalah ini sukar dipulihkan, malahan sekiranya dilakukan pembedahan sekalipun, hasilnya tidak terjamin.


Masalah Payudara

Bengkak Susu


Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara. Untuk melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihatkan melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. Bagi melancarkan dan memperbanyakkan air susu, ibu disyorkan mengamalkan minuman khas.


Bengkak Payudara Yang Sakit Berdenyut Dan Berbisa

Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara.

Barah Susu

Payudara yang mengalami masalah bengkak, merah dan sakit dikenali sebagai barah susu. Ilmu perbidanan Melayu mengesyorkan beberapa kaedah rawatan untuk masalah ini.
  • Selut laut, bedak mentah belut dan bunga cempaka (dilumatkan) digaul sebati seperti bedak sejuk. Sapukan ke atas payudara, kecuali di bahagian puting.
  • Ubi jaga (digiling atau dilumatkan) dan digaul sebati dengan bedak mentah belut. Sapukan ke atas payudara, kecuali bahagian puting.
Puting Merekah Dan Berdarah

Keadaan merekah dan berdarah sering terjadi di bahagian leher atau pangkal puting ibu yang menyusukan bayi. Keadaan ini berpunca daripada cara penyusuan yang tidak betul, iaitu bayi hanya menghisap di bahagian puting sahaja tanpa memasukkan sekeliling kelopak ke dalam mulut. Sebab yang lain, bayi menghisap terlalu kuat apabila susu berkurangan dan mengakibatkan puting dan lehernya melecet. Beberapa rawatan yang disyorkan antaranya:
  • Rebus daun sirih, biarkan suam. Rendam kapas dan gunakannya untuk mencuci perlahan-lahan di bahagian puing yang sakit. Lap kering.
  • Asah kunyit, manjakani dan biji pala (boleh juga gunakan serbuk). Gaul sebati dengan minyak kelapa. Pupuk atau sapu rata di bahagian puting.

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak Engku...
    Saya sudah 63 hari bersalin normal . Tapi terkena bentan urat seminggu sebelum habis berpantang 40 hari . Soalan saya berapa lama keadaan ini akan berterusan ? Sudah lebih sebulan kaki dan tangan sy masih sakit2 dan lemah . Saya akan memulakan kerja pada Februari 2015. Ini amat merunsingkan saya,kerana sy perlu bawa kereta dan menghantar anak kepada pengasuh. Urat2 jari dan tgn sy jadi tegang menyebabkan sy tidak boleh bergerak dan kekejangan ini sangat kritikal di waktu pagi. Bantu saya kak Engku .terima kasih.

    ReplyDelete