Saluran kencing dalam sistem penapisan tubuh berfungsi untuk mengeluarkan bahan buangan cecair. Disebabkan wanita mempunyai saluran kencing yang pendek, maka mereka lebih mudah mendapat bakteria yang memasuki saluran berkenaan. Apabila bakteria ini merebak, ia akan menyebabkan jangkitan pada bahagian tersebut.
Jangkitan saluran kencing merupakan jangkitan yang boleh berlaku dimana-mana bahagian sekitar saluran kencing. Ia mempunyai pelbagai nama berbeza, bergantung pada bahagian saluran kencing yang dijangkiti.
Jangkitan saluran kencing disebabkan oleh kuman, terutamanya bakteria yang memasuki uretra dan kemudiannya pundi. Keadaan ini membawa kepada jangkitan, terutamanya pada pundi itu sendiri, yang kemudiannya akan merebak ke buah pinggang.
Pada kebanyakan masa, tubuh boleh membuang sendiri bakteria ini. Namum begitu, keadaan tertentu meningkatkan risiko seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing. Mikroorganisma adalah penyebab masalah jangkitan saluran kencing. Untuk menjangkiti saluran kencing, mikroorganisma ini selalunya akan masuk melalui uretra atau (jarang berlaku), melalui aliran darah. Bakteria Escherichia coli (E.coli) adalah bakteria yang biasa menyerang saluran pencernaan. Ia merebak ke uretra daripada dubur.
Mikroorganisma lain seperti Mycoplasma dan Chlamydia, boleh menyebabkan uretritis pada wanita mahupun lelaki. Mikroorganisma ini disebarkan sewaktu melakukan hubungan kelamin. Maka pabila jangkitan ini dikesan, kedua-dua pasangan perlu mendapatkan rawatan bagi mengelakkan pengulangan semula jangkitan.
Golongan Berisiko
Wanita cenderung untuk mengalaminya dengan kerap kerana uretra lebih pendek dan dekat dengan dubur jika dibandingkan dengan lelaki. Disebabkan ini juga, wanita lebih mudah untuk mendapat jangkitan ini selepas melakukan hubugan kelamin atau apabila menggunakan diafragma untuk mencegah kehamilan. Menopaus juga turut meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing.
Peluang untuk mendapat jangkitan saluran kencing juga boleh meningkat jika keadaan seperti berikut berlaku:

- Pundi - Jangkitan dalam pundi dikenali sebagai sistitis atau jangkitan pundi.
- Buah Pinggang - Jangkitan pada salah satu atau kedua-dua buah pinggang dikenali sebagai pielonefritis atau jangkitan buah pinggang.
- Ureter - Tiub yang membawa air kencing daripada setiap buah pinggang ke pundi adalah kawasan yang jarang mendapat jangkitan.
- Ureta - Jangkitan pada tiub yang membawa air kencing daripada pundi ke luar dikenali sebagai uretritis.
Jangkitan saluran kencing disebabkan oleh kuman, terutamanya bakteria yang memasuki uretra dan kemudiannya pundi. Keadaan ini membawa kepada jangkitan, terutamanya pada pundi itu sendiri, yang kemudiannya akan merebak ke buah pinggang.
Pada kebanyakan masa, tubuh boleh membuang sendiri bakteria ini. Namum begitu, keadaan tertentu meningkatkan risiko seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing. Mikroorganisma adalah penyebab masalah jangkitan saluran kencing. Untuk menjangkiti saluran kencing, mikroorganisma ini selalunya akan masuk melalui uretra atau (jarang berlaku), melalui aliran darah. Bakteria Escherichia coli (E.coli) adalah bakteria yang biasa menyerang saluran pencernaan. Ia merebak ke uretra daripada dubur.
Mikroorganisma lain seperti Mycoplasma dan Chlamydia, boleh menyebabkan uretritis pada wanita mahupun lelaki. Mikroorganisma ini disebarkan sewaktu melakukan hubungan kelamin. Maka pabila jangkitan ini dikesan, kedua-dua pasangan perlu mendapatkan rawatan bagi mengelakkan pengulangan semula jangkitan.
Golongan Berisiko
Wanita cenderung untuk mengalaminya dengan kerap kerana uretra lebih pendek dan dekat dengan dubur jika dibandingkan dengan lelaki. Disebabkan ini juga, wanita lebih mudah untuk mendapat jangkitan ini selepas melakukan hubugan kelamin atau apabila menggunakan diafragma untuk mencegah kehamilan. Menopaus juga turut meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing.
Peluang untuk mendapat jangkitan saluran kencing juga boleh meningkat jika keadaan seperti berikut berlaku:
- Diabetes
- Peningkatan usia (terutamanya warga emas).
- Masalah untuk mengosongkan pundi dengan sepenuhnya (penahanan kencing).
- Tiub yang dikenali sebagai katerer urinari dimasukkan kedalam saluran kencing.
- Ketidakbolehan mengawal gerakan usus (bowel).
- Pembesaran prostat, penyempitan uretra, atau sebarang penghalang kepada pengaliran air kencing.
- Batu dalam buah pinggang.
- Terbaring dalam jangka masa lama.
- Kehamilan
- Pembedahan atau sebarang prosedur yang melibatkan saluran kencing.
- Air kencing berdarah atau berwarna gelap, serta mempunyai bau busuk.
- Demam ringan (tidak semua akan mengalami demam).
- Sakit atau rasa panas ketika kencing.
- Tekanan atau kekejangan pada bahagian bawah abdomen (selalunya tengah) atau belakang.
- Desakan ingin kencing yang kuat dan kerap walaupun baru sahaja selesai melakukannya.
- Sejuk dan mengigil atau berpeluh pada waktu malam.
- Kelesuan dan rasa hendak sakit.
- Demam melebihi 101 darjah fahrenheit.
- Sakit pada rusuk, belakang atau kelangkang.
- Perubahan mental atau kekeliruan (terutamanya pada warga emas).
- Loya dan muntah-muntah.
- Sakit teruk pada abdomen.
- Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan.
- Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas buang air.
- Tukar tampon atau tuala wanita dengan kerap semasa datang haid.
- Pergi ke tandas setiap kali anda rasa hendak membuang air.
- Jangan gunakan seluar dalam jenis nilon.
- Jangan gunakan pembersih bahagian kemaluan wanita atau douche kerana produk ini boleh merengsa uretra.
- Minum air kosong dengan banyak.
- Jika anda tidak memiliki masalah dengan batu buah pinggang, bolehlah meminum jus kranberi.
- Jangan minum cecair yang boleh merengsa pundi seperti alkohol dan kafein.
Salam kak engku,
ReplyDeleteSaya berusia 26thn dan masih berpantang(30hari)bersalin anak sulung..
Selepas 2 minggu, saya berasa sakit semasa dan selepas buang air..saya berasa sakit pada bibir kemaluan(rasa berdenyut n sedikit kejang)..Selepas buang air, rasa sakit akan hilang..
Adakah itu kesan semasa bersalin doktor mengeluarkan air kencing atau sbb lain??
Adakah ianya merbahaya?
Terima kasih..