"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 October 2010

Komen Anda

Assalamualaikum, khas untuk pembaca setia blog Kak Engku. Tetiba je terlintas di fikiran nie untuk mengadakan ruangan "komen anda". Sekiranya pembaca blog Kak Engku ingin memberi komen mengenai blog Kak Engku, mutu perkhidmatan dan apa-apa sahaja yang ingin disampaikan kepada Kak Engku, silalah tinggalkan komen anda di ruang ini ye.

Kak Engku harap setiap komen biarlah komen yang membina ye, agar mana yang baik bolehlah diteruskan dan jika terdapat sebarang kekurangan, InsyaAllah Kak Engku akan cuba perbaikinya sebaik mungkin. Jadi marilah kita semua memanfaatkan ruangan ini sebaiknya ye.

Terlebih dahulu Kak Engku minta maaf sekiranya terdapat salah dan silap dari Pembaca Setia Kak Engku, kerana yang baik itu datangnya dari Allah swt, manakala yang kekurangan itu adalah kealpaan dari Kak Engku sendiri, InsyaAllah Kak Engku akan perbaikinya dari masa ke semasa...InsyaAllah.

Akhirkata dari Kak Engku.....Selamat Mengomen ye hehehe....Bye N Jumpe Lagi.

32 comments:

  1. "thanks k.engku,mmg tabik springlah servis akk..pantas&segera.Klu nk bersalin esk hr ni belipn xper hehe"

    ReplyDelete
  2. mekasih kak kerana menyediakan sebuah blog yang sungguh informative kepada ibu hamil seperti saya nie hehehe...moga usaha akak nie mendatangkan kebaikan kepada semua...cai yuk cai yuk

    ReplyDelete
  3. seronok shopping kat sini, murah boleh wat ansuran, akaknye sporting n memang best berurusan ngan akak hehehe....thanks kak

    ReplyDelete
  4. bnyk info tntang prgnancy kt sini.suka baca.at least boleh bantu ibu2 and bakal ibu cam sy..dr bacaan pun kita boleh kutip pengalaman kan??

    ReplyDelete
  5. kak lain kali saya shopping ngan akak lagi ye hehehe

    ReplyDelete
  6. salam Kak Engku, thanks yek bagi "Duit Extra" leh gak buat duit poket hehehe....nanti kite niaga lagi yek

    ReplyDelete
  7. Salam.Tahniah di atas blog yg sangat menarik.akan dipromosi kepada kawan@.two thumbs up utk Kak Engku

    ReplyDelete
  8. Wsalam semua, thanks ye kerana memberi sokongan kat blog Akak, InsyaAllah dengan ilmu yang tak seberapa ini dapat juga kita manfaatkan bersama ye, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. salam kak engku...blog kak engku ni memang bagus sgt2...walaupun saya tak beli barang kat sini, tapi banyak ilmu saya dapat dr sini yg kak engku share..thanks akak....dah hampir khatam blog ni..huhuhuuh

    ReplyDelete
  10. salam..
    kak engku.terima kasih byk ats perkongsian maklumat neh..moga kak engku sukses selalu..

    ReplyDelete
  11. salam..tahniah k.engku...
    1st time saya jumpe website mcm ni..siap ada byrn ansuran n tawar menawar..
    smoga bisnes k.engku terus maju..aminn

    ReplyDelete
  12. salam,
    kak engku saya nk bertanya.


    1 dec yg lepas, sy keguguran (7 minggu) buat kali kedua. Kali pertama bulan mac 2010.tetapi kedua2nya keluar normal tanpa perlu D & C.

    so nak tanya pendapart kak engku bilakah masa yg sesuai untuk saya mengandung semula. Saya telah mempunyai seorg anak lelaki berumur 3 tahun. Teringin sgt nak tambah ahli keluarga.

    ReplyDelete
  13. http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/08/kerap-keguguran.html

    Adalah agak selamat untuk Yana cuba mendapat bayi yang lain secepat yang anda mahu walaupun ada sesetengah doktor mengesyorkan supaya menunggu masa sekurang-kurangnya selepas 3 kitaran haid. Tidak ada sebab Yana tidak akan berjaya melalui kehamilan yang berikutnya, melainkan sebelumnya Yana pernah mengalami keguguran yang berterusan.

    ReplyDelete
  14. salam kak engku...sy baru je jumpa blog ni...blum baca habis lagi...best la blog kak..saya tgh survey set bersalin...xsabar nk baca smua...:-)
    nk tanye set amway brapa harga?ada brape item dlm tu?

    ReplyDelete
  15. salam ummi husna, salam ziarah dan Mekasih sudi ziarah blog akak nie. Nanti baca sampai habis tau...he3 Klau nak set amway nanti isi form kat dalam blog akak dulu ye...

    ReplyDelete
  16. Siti Baizura binti Ahmad AnasJanuary 21, 2011 at 9:34 AM

    "alhamdulillah..cpt sungguh brg sampai.sehari je =D tq kak"

    ReplyDelete
  17. Salam, kak engku. Terima kasih kerana menyediakan blog yg byk ttg info yg byk mmberi ilmu manfaat kpd kite semua.
    Cume sy nk tanya, sy pernah dtg pendarahan sedikt sahaja kemudian tiada lg pd 4 hari waktu biasanya dtg haid.(maknanya pd hari ke 32,biase pusingan 28 hari). Adakah ini tanda hamil? kenapa ade pendarahan? normal kah?
    Thanks..

    ReplyDelete
  18. Pn: wsalam, thanks ye sudi singgah blog akak, pn klu ada masa boleh tak call kat akak, hehehe nanti akak explain tau, bye n jumpe lagi ye

    ReplyDelete
  19. barang yg diorder cpt sampai n sgt senang shopping ngan kak engku..n bnyk info2 yang saya dapat bca kt blog akak..dpt guide saya mlalui 1st pregnancy ni..smoga akak sukses slalu!;}amin

    ReplyDelete
  20. elly: alhamdulillah, barang akak jual ye. Mekasih shopping dgn akak n mekasih jugak bagi sokongan usaha murni akak nie moga akan menjadi panduan untuk semua pembaca blog akak. Amin

    ReplyDelete
  21. Salam, kak engku. Sy nak tanye betul ke salah satu tanda kehamilan ade kuar darah sikt sahaja? Jika hamil, sy ingin mencuba produk salindah dan ramai kata mudah bersalin dgn izin Allah. Apa pandangan kak engku?
    TQ

    ReplyDelete
  22. wsalam, tak semua org yg mengalami tanda yang sama ketika hamil, perkara nie susah utk dijelaskan, tapi utk kepastian yg lebih baik, cuba buat pregnancy test, insyaAllah keputusan yg diperolehi boleh dipercayai. Manakala cadangan mengambil produk tersebut ketika hamil, akak nasihatkan cuba puan dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu kerana semasa kehamilan kita tidak boleh mengambil sebarang ubat atau supllemen tanpa arahan dari doktor.

    ReplyDelete
  23. Kak Engku saya akan besalain pada hujung bulan 8 2011..saya bercadang ingin membeli salah satu dari set bersalin yang ada..bila saya perlu buat pembelian tersebut sekiranya membuat bayaran secara ansuran

    ReplyDelete
  24. ansuran nie, klu ngan akak, tak kisah sgt, sebabnye ikut keselesaan budget sendiri, nak bayar berapa kali dan berapa bykpun akak tak kisah, so akak harap puan dapatlah merancang berpandukan kepada keselesaan budget puan. Dan selalunya ibu hamil membeli set bersalin ketika kandungan berusia 8 bulan (sebelum melahirkan) supaya tidak kelam kabut untuk membeli.

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum kak engku..boleh tak kalau beli bengkung Ibu Halimah sahaja..kalau bersalin secara pembedahan bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan bengkung

    ReplyDelete
  26. wsalam, boleh harga bengkung nie rm50.00, akak caj rm5.00 utk kos pos ye. selalunye klu bersalin operate dinasihatkan pakai selepas 2 bulan dan jangan pakai ketat ketat ye.tq n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  27. slm akak...nk tnye ttg kongenital hipotiroid...kalau dh disahkan, konfem kne mkn L-tyroxine seumur hdp ke? ade x yg akak dgr yg sembuh...

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum..
    saya nak tanye berkenaan isteri saya yang mengandung 34 minggu..
    doktor ada saspek isteri saya, kadar gulanya agak tinggi..
    so bagaimana ye?

    ReplyDelete
  29. salam kak,harap kak reply komen sha ni ye,blh x kak teranq scara detail set bersalin oranq kampunq n sha akn brpntanq sndri klau blh kak teranq kan cara2 brpantanq n cara mndi n jqa baby ty kak

    ReplyDelete
  30. salam,nak tanya.bahagian bawah perut saya sakit.dan asyik kerap kencing.adakah itu peranakkan turun?saya ni baru lepas bersalin secara pembedahan.tp da 5bulan.dan macam mana nak hilangkan angin meroyan?saya harap akak dapat membantu.

    ReplyDelete
  31. salam,nak tanya kak.kak ada jual bengkung tali mia nona roguy x?kalau ada berapa harga bengkung tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam nurul, nona roguy takde jual bengkung. Dan bengkng tali mia akak tak jual....uhuhu

      Delete