Risiko kematian bayi dalam kandungan tinggi sekiranya jangkitan toxoplasmosis berlaku dalam tempoh tiga bulan pertma kehamilan.
Toxoplasmosis terjadi disebabkan oleh sejenis parasit protozoa satu sel yang menghabiskan separuh daripada kitaran hidupnya dalam haiwan dan separuh lagi dalam manusia. Organisma seni ini dikenali sebagai toxoplasma gondii. Perumah utama bagi parasit ini ialah kucing. Dan parasit ini kemudiannya dikeluarkan daripada tubuh kucing menerusi najisnya. Selain kucing, toxoplasma gondii boleh disebarkan menerusi haiwan ternakan seperti ayam, kambing dan lembu.
Bagi kebanyakan orang, jangkitan ini tidak membahayakan. Akan tetapi jika jangkitan berlaku ketika hamil, kesannya sangat buruk. Berdasarkan kajian terbaru, semua ibu hamil dan bayi baru lahir diperlukan menjalani ujian toxoplasmosis. Untuk pengetahuan, ibu hamil berisiko untuk menyebarkan penyakit ini kepada bayi dalam kandungan sehingga 40 peratus. Dan sememangnya bayi dalam kandungan tidak mampu melindungi diri mereka daripada jangkitan toxoplasmosis.
Ketahuilah bahawa parasit ini boleh menjangkiti bayi sehingga tempoh dua bulan selepas seseorang ibu itu dijangkiti. Pun begitu, hanya lebih kurang 10 peratus sahaja yang mengalami jangkitan serius akan menunjukkan tanda-tanda serangan toxoplasmosis ketika lahir. Hal ini adalah kerana kebanyakan daripada mereka hanya akan menunjukkan gejalanya beberapa bulan ataupun beberapa tahun selepas itu.
Kebanyakan ibu hamil yang dijangkiti masalah ini tidak menunjukkan sebarang tanda. Ini bermakna anda sukar untuk mengetahui adakah anda sudah dijangkiti ataupun tidak.
Pun begitu, ada sesetengah mereka akan mengalami simptom biasa seperti selesema, sakit kepala, sakit tekak, sakit otot, kelesuan, pembengkakan kelenjar limfa dan berkemungkinan timbul ruam selepas kira-kira satu hingga tiga minggu dijangkiti. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan itu, segeralah berjuma doktor.
Ibu hamil yang terkena jangkitan akan disarankan agar mengambil antibiotik untuk mengelakkan bayi daripada dijangkiti. Risiko untuk bayi turut sama dijangkiti semakin tinggi sekiranya ibu hamil tersebut dijangkiti ketika kandungan masih diperingkat awal. Jangkitan awal boleh menyebabkan bayi mengalami kerosakan pada mata dan otak, pembengkakan hati, kecacatan mental dan jaundis. Selain itu, bayi juga mungkin akan buta atau mengalami sawan. Sekiranya bayi terkena jangkitan semasa proses kelahiran, lazimnya mereka akan diberikan antibiotik untuk tempoh satu tahun. Cara ini dipercayai mampu mengurangkan risiko penyakit kronik.
Dalam pada itu, kajian mendapati jangkitan toxoplasmosis semasa hamil hanya akan berlaku sekali. Hal ini adalah kerana setelah dijangkiti, tubuh wanita tersebut sudah mempunyai sistem ketahanan terhadap toxoplasma gondii.
Nota
Toxoplasmosis berlaku sekiranya seseorang ibu hamil itu terdedah pada toxoplasma gondii yang terdapat dalam:
Najis Kucing
Toxoplasma gondii sangat mudah disebarkan dalam bentuk telur dan telur ini hanya boleh hidup dalam usus kucing. Dan apabila telur-telur ini dikumuhkan, ia boleh berjangkit selepas satu hingga lima hari.
Daging Yang Tidak Dimasak Dengan Sempurna
Ketahuilah bahawa anda boleh terkena jangkitan sekiranya menyentuh mulut, hidung atau mata dengan tangan selepas mengendalikan peralatan masakan yang tercemar turut memudaratkan.
Tanah Kebun
Memakan sayuran yang tidak dicuci dengan bersih boleh menyebabkan jangkitan terutamanya jika tanah tersebut mengandungi najis kucing.
Toxoplasmosis Boleh Dielakkan Dengan:

- Makan hanya makanan yang telah dimasak dengan sempurna.
- Minum susu yang sudah dipasteur.
- Tidak mengambil daging kering.
- Menjauhkan diri dari najis kucing.
- Gunakan sarung tangan semasa berkebun dan basuh tangan dengan sempurna.
- Tidak makan telur mentah.
- Membasuh bersih-bersih buahan dan sayuran yang ingin dimakan secara segar.
- Membersihkan tangan dan peralatan yang digunakan selepas mengendalikan makanan mentah seperti daging, hasil tenusu, makanan laut, buahan dan juga sayuran.
- Menutup makanan.
- Tidak bermain dengan kucing ketika hamil.
sekiranya ibu mengandung, ada membela kucing, adakah dia dikategorikan berisiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan penyakit ini?
ReplyDeletePn: Risiko tu memang ada, seeloknya jauhkan diri dari kucing tersebut, tapi sekiranya tidak boleh, cuba amalkan tip yang diberikan, bye n jumpe lagi.
ReplyDeletesalam kenal.saya suka blog akak nie.banyak sgt info yang penting2 n berguna untuk ibu cam saya
ReplyDeleteWan Nurul: Wsalam, mekasih, selalu selalulah singgah sini ye hehehe
ReplyDeleteassalamualaikum kak engku.sy yus,n hamil hmpir 6bln.sy ada termakan ayam yg di masak stgh msk,adakah ini akn bg ksn buruk pd bayi dlm kndungan sy?utk pengetahuan kak engku,sy tlh wt ultrasound ms kndungn 20mgu dn resultnya bayi sy shat alhamdulillah,adakah slps ini ia akn mpengaruhi pkmbangan bayi sy?hrp akk dpt huraikn.tq.
ReplyDeleteWaalaikumsalam yus,
DeleteTerima kasih sudi tanya akak. Insyaallah tidak mmberi kesan pd bayi dalam kandungan. Tq