Meluangkan masa bersama kanak-kanak merupakan suatu perkara yang menghiburkan disamping dapat merangsang tumbesarannya. Ada sesuatu yang mengembirakan dalam setiap senyuman dan tawa kanak-kanak. Para ibubapa boleh berkongsi permainan dan aktiviti yang mereka main bersama-sama bayi mereka. Bermain bersama bayi merupakan pengalaman belajar yang berharga dan dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan bayi.
Kajian otak terbaharu telah membuktikan kepentingan merangsang bayi untuk membantu perkembangan hubungan sel-sel otak untuk pembelajaran bayi pada masa hadapan. Permainan-permainan yang diajarkan kepada bayi dapat membantu menghubungkan sel-sel otak bayi. Selain itu, permainan-permaianan juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan bahasa, menambahkan rasa ingin tahu, kepekaan tentang tubuh badan serta membantu bayi membina sifat lucu. Setiap permainan menjelaskan perkara yang bakal dipelajari oleh bayi.
Perhatian dengan teliti ketika bayi berinteraksi dengan persekitaran dan ketika bermain permainan-permaianan ini. Anda sebenarnya telah membina persekitaran yang sihat dan mencabar untuk perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi bayi apabila anda memberi respons terhadap minat dan kebolehan mereka. Anda juga perlu ingat bahawa bayi memerlukan masa untuk bersendirian. Kadangkala mereka tidak mahu didukung atau bermain bersama-sama anda, melalui pengamatan yang lebih terperinci anda mungkin akan boleh membezakannya. Mainlah permainan bersama bayi anda, dekatilah bayi anda, dukung, tepuk, sentuh, cium dan bergembiralah bersama bayi anda setiap saat.
Panduan Tumbesaran Bayi
Kemahiran Motor, Auditori Dan Visual

- Menyentuh kepala sendiri
- Menggengam alat mainan
- Berpusing daripada telentang kepada mengiring
- Duduk dengan sokongan tangan
- Mengangkat badan ke posisi duduk sambil memegang jari orang dewasa
- Mengikut objek bergerak dengan mata
- Memfokuskan matanya kepada objek-objek kecil
- Mula mengapai objek
- Mengangkat mainan blok
- Mengalih objek dari tangan ke tangan yang sebelah lagi
- Respons kepada bunyi-bunyi bising
- Mengalihkan kepala ke arah bunyi loceng
- Mengalihkan kepala ke arah bunyi suara
- Memebri respons terhadap suara yang didengar
- Membuat bunyi dan mengajuk
- Gelak ketika melihat orang
- Membuat bunyi ringkas seperti "aah" dah "ooh".
- Menyebut satu bunyi berulang-ulang
- Senyum, gelak dan ketawa
- Cuba membuat bunyi apabila dilayan
- Senyum apabila diberi perhatian
- Menunjukkan keterujaan dengan membuat bunyi
- Marah apabila mainannya dialihkan
- Respons yang berbeza apabila didukung
- Memberi reaksi apabila ternampak mainan
- Menunjukkan kepekaan rutin yang berubah-ubah
- Cuba mengulangi pergerakan
- Memberi reaksi kepada orang yang tidak dikenali
- Memeriksa tangan sendiri
- Membawa barang-barang ke mulut
- Memfokuskan mata kepada pergerakan tangannya
- Senyum ke arah imej dalam cermin
- Menunggu masa makan
- Bermain berseorangan selama 10 minit atau lebih
- Mengangkat sudu
- Makan biskut sendiri
- Memegang botol susu buat seketika
- Mengangkat cawan melalui pemegang
- Melihat tepat ke arah muka seseorang
- Mengenali ibubapa dan orang yang biasa dilihatnya.
- Menuju ke arah orang yang dikenali
- Memberi respons kepada "peek-a-boo!" atau "Cak!".
- Senyum sebagai respons kepada ekspresi-ekspresi muka.
No comments:
Post a Comment