- Salah satu cara bayi belajar tentang perhubungan adalah melaui sentuhan. Pada tahap umur ini, sentuhan lembut dapat membantu bayi membina naluri kepercayaannya.
- Rapatkan bayi pada anda dan bisikan di telinganya bahawa anda sangat menyayanginya.
- Usap wajah bayi perlahan-lahan sambil membisikkan kata-kata yang indah.
- Sentiasa menyebut namanya dalam perbualan anda dengannya. Hal ini penting untuk memberikan identiti kepada bayi anda.
- Setiap kali anda dukung dan bercakap dengan bayi, kekalkan nada suara yang sama. Bayi akan menganggap bahawa suara anda dapat mententeramkan dirinya.
Nota: Aktiviti ini dapat membina kepercayaannya.
No comments:
Post a Comment