Ketika kandungan memasukki minggu 30, anda tidak digalakan berjalan jauh. Terutama jika perjalanan itu mengambil masa berjam-jam untuk sampai dan jalan yang digunakan tidak rata. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, maka sebaik-baiknya anda membuat perancangan dan memulakan perjalanan, pastikan anda meneliti beberapa perkara seperti di bawah:
Sakit Belakang
Sakit belakang khususnya pada bahagian pinggang adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada ibu hamil yang memasukki trimester ketiga kehamilan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligamen atau otot yang mengikat tulang dan sendi. Ia turut terjadi akibat posisi yang kurang baik akibat perut yang semakin membesar. Biasanya sakit ini tidak ada ubatnya. Dan masalah ini akan berakhir selepas bersalin.
Panduan mengurangkan rasa sakit belakang.
- Perjalanan menggunakan kereta adalah yang terbaik untuk anda kerana boleh berhenti di mana saja dan pada bila-bila masa. Tidak kira sama ada di tepi jalan atau di kawasan rehat lebuh raya, anda ini perlu berehat dan berjalan seketika supaya darah tidak membeku. Hal ini kerana ibu hamil mempunyai komposisi darah yang berlainan berbanding sewaktu hamil dan boleh mengakibatkan pembekuan darah dalam saluran vena. Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya darah beku ini menyumbat saluran paru-paru dan mengurangkan paras oksigen dalam badan sehingga membahayakan nyawa ibu secara tidak langsung janin dalam kandungan.
- Kenderaan awam seboleh-bolehnya dielakkan, khususnya bas dan kereta api. Hal ini kerana, tempat duduk di dalamnya agak sempit. Jadi, ada tidak boleh bergerak secara bebas. kaki juga sentiasa terjuntai dan tidak dapat diluruskan. Keadaan ini bertambah kurang selesa apabila kebanyakan bas hanya berhenti sekali sahaja dalam sepanjang perjalanan untuk makan dan berehat. Jumlah ini tidak mencukupi untuk ibu hamil khususnya di minggu ke 30. Jadi, jika boleh elakkan menggunakan kenderaan awam untuk sebarang perjalanan.
- Menaiki pesawat ke destinasi pilihan ketika usia kandungan melebihi minggu ke 28 adalah tidak digalakkan. Hal ini disebabkan bayi dalam kandungan di usia ini boleh keluar pada bila-bila masa. Jadi, untuk memastikan anda dan anak selamat, adalah lebih baik tidak menaiki pesawat. Hal ini bukan sahaja disebabkan oleh kemungkinan terjadi kes bersalin dalam pesawat, tetapi disebabkan masalah tekanan udara dalam kabin yang boleh menyebabkan darah dalam saluran vena beku. Oleh yang demikian, setiap kali merancang ingin berjalan jauh, pastikan beberapa perkara yang melibatkan keselamatan dan kesihatan diperhatikan dengan serius. Jika boleh, minta nasihat daripada doktor tentang hasrat anda itu dan cuba cari penyelesaiannya.
Sakit Belakang
Sakit belakang khususnya pada bahagian pinggang adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada ibu hamil yang memasukki trimester ketiga kehamilan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligamen atau otot yang mengikat tulang dan sendi. Ia turut terjadi akibat posisi yang kurang baik akibat perut yang semakin membesar. Biasanya sakit ini tidak ada ubatnya. Dan masalah ini akan berakhir selepas bersalin.
Panduan mengurangkan rasa sakit belakang.
- Jangan berdiri terlalu lama. Jika anda tidak dapat mengelakkan perkara ini, pastikan anda mempunyai masa dan ruang untuk merehatkan kaki buat seketika. Caranya adalah dengan mengangkat sebelah kaki atau kedua-duanya ke tempat yang lebih tinggi seperti 10 - 15sm untuk beberapa saat.
- Elakkan tidur dalam pelbagai posisi. sebaiknya tidur dalam keadaan satu posisi sambil letakkan bantal di bawah kedua-dua lutut. hal ini dapat mengurangkan tekanan pada tulang belakang.
- Jangan mengangkat barang yang berlebihan. Hal ini kerana, cara mengangkat sama ada memutarkan pinggang atau membongkok ke hadapan untuk mengambil sesuatu boleh memburukan lagi masalah sakit pinggang. Jadi mintalah bantuan orang lain untuk mengangkat sesuatu benda.
- Pakai kasut yang bertumit rendah atau langsung tidak bertumit.
- Senaman juga dapat membantu mengurangkan ketegangan pada pinggang. Antara senaman yang digalakkan adalah seperti: 1. Dapatkan posisi seperti mahu merangkak. Pastikan kedudukan kedua belah tangan dan kaki selari. 2. Tundukan kepala dan mula bongkokkan badan untuk beberapa saat. Ulangi langkah ini untuk beberapa kali sehingga sakit belakng mulai reda.
No comments:
Post a Comment