"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

24 August 2010

Kenali Plasenta

Plasenta atau uri merupakan unit penting yang menghubungkan sistem ibu dengan bayi dalam kandungan. Dalam perubatan ia lebih dikenali sebagai Feto Placenta Unit. Plasenta terbentuk daripada proses persenyawaan yang berlaku pada telur dan sperma. Sebahagiannya membentuk janin dan sebahagian lagi membentuk unit plasenta. Ia bertanggungjawab membekalkan nutrien penting bagi bayi, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen - karbon dioksida, vitamin, glukosa dalam darah dan hormon-hormon yang diperlukan oleh bayi semasa dalam kandungan.

Plasenta boleh menyalurkan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh ibu seperti HIV, siflis, hepatitis dan jangkitan kuman semasa pemindahan kepada bayi. Dengan kata lain, peranan plasenta ialah mengambil alih fungsi sistem organ bayi sebelum ia mencapai kematangan. Bagaimanapun selepas bayi matang (37 minggu) plasenta sudah tidak diperlukan lagi kerana sisitem badan bayi sudah boleh berfungsi sendiri tetapi jika melebihi tarikh bersalin iaitu 10 hari, uri masih boleh berfungsi untuk bayi.

Posisi Plasenta

Pada peringkat awal kehamilan, 90% plasenta berada di segmen bawah rahim dan selepas 7 bulan, 90% plasenta akan berpindah ke segmen atas rahim. Dianggarkan beratnya adalah 1/6 daripada berat bayi semasa dilahirkan ataupun lebih kurang 500 gram.

Bagaimana Plasenta Dikeluarkan?

Plasenta akan dikeluarkan selepas bayi selamat dilahirkan. Biasanya dalam masa 1/2 jam selepas kelahiran bayi, plasenta dapat dikeluarkan, jika tidak, bermakna plasenta mengalami masalah. Terdapat 2 cara plasenta dikeluarkan apabila bersalin normal.

1. Kaedah Pasif

Plasenta dibiarkan lekang secara semulajadi dan keluar sendiri tetapi pakar perubatan jarang menggunakan cara ini kerana ia lambat, senang melekat, boleh menyebabkan pendarahan dan rahim lambat mengecut.


2. Kaedah Aktif

Doktor akan menarik tali pusat dan menolak rahim daripada atas perut serta menarik keluar plasenta secara terkawal, CCT (Control Cord Transaction).

Tanda-Tanda Plasenta Sudah Lekang
  • Berlaku pendarahan secara tiba-tiba tetapi sekejap.
  • Tali pusat bayi semakin panjang.
  • Ibu akan berasa seperti kontraksi sekali lagi.
  • Bonjolan rahim / batu meriyam akan ketara.
Apabila doktor mendapat tanda-tanda tersebut telah ada ia akan bertindak mengeluarkan plasenta dengan segera.

Bersalin secara pembedahan caesarean, doktor akan menggunakan cara MRP (manual remover of plasenta) yakni tangan digunakan untuk mengeluarkan plasenta daripada perut yang telah dibedah.


Plasenta Tidak Normal

Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang boleh mengundang bahaya kepada ibu iaitu:

1. Uri Melekat (Retained Placenta)

Tanda dan Risiko.
  • Ketiadaan tanda-tanda plasenta sudah lekang selepas 30 minit menunggu.
  • Pengalaman lepas, ibu pernah mengalami masalah plasenta melekat.
  • Pernah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini.
  • Pernah menjalani D&C.
  • Mempunyai anak ramai.
  • Kandungan kembar.
  • Kehamilan lewat usia.
Cara Menangani

Ibu perlu dibius. Seterusnya doktor akan cuba membuat MRP dengan memasukkan seluruh tapak tangan ke dalam rahim dan hujungnya akan digunakan untuk mengikis permukaan uri yang melekat di dinding rahim. Doktor akan mengeluarkan plasenta sepenuhnya atau sedikit demi sedikit (serpihan). Bagaimanapun terdapat risiko dengan cara ini iaitu:
  • Uri tidak dapat dikeluarkan sebab tertanam di dalam lapisan otot dinding rahim. Ia dikenali sebagai acretal / percreta. Boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Doktor akan memberikan ubat methtrexate untuk mengecutkan sel-sel plasenta supaya ia keluar sendiri melalui pembedahan histeraktomi (buang rahim) terutama kepada pesakit yang sudah cukup bilangan anak atau lewat usia.
  • Serpihan uri tidak lengkap. Mungkin doktor akan melakukan D&C untuk mencuci hingga rahim bersih.
  • Berlakunya jangkitan.
  • Luka pada dinding rahim (perfoction) tetapi jarang berlaku.

2. Uri Di Bawah (placenta previa)

Lokasi plasenta di bawah ini boleh disahkan selepas usia kandungan 8 bulan melalui pemeriksaan ultrasound. Tanda-tanda masalah ini ialah:
  • Pendarahan yang tidak sakit pada trimester pertama kehamilan.
  • Kedudukan bayi yang tidak normal seperti melintang atau menyongsang.
Jenis-Jenis Plasenta Previa

a. Minor

Tidak menutupi keseluruhan rahim. Wanita ini mempunyai peluang untuk bersalin normal. Tetapi jika berlaku pendarahan, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

b. Major

Uri menutupi keseluruhan rahim. Pembedahan caesarean perlu dilakukan. Antara risikonya termasuk pendarahn yang banyak, kelahiran kecemasan dan kelahiran pramatang.


3. Uri Lekang (abraptio plasenta)

Plasenta lekang daripada tempatnya sebelum bayi dilahirkan. Biasanya berlaku semasa trimester ketiga kehamilan atau sewaktu kontraksi. Antara tanda-tandanya:
  • Pendarahan yang banyak berbanding darah biasa diiringi dengan kesakitan.
  • Denyutan nadi anak semakin menurun kerana dia cemas.
  • Kes-kes ekstrem, degupan jantung anak tidak dapat dikesan menyebabkan dia lemas.
Kadangkala masalah ini berlaku pada ibu yang mempunyai darah tinggi, bersalin kembar, kembar air (air ketuban banyak) dan ibu yang mengamalkan urutan untuk membetulkan kedudukan plasenta atau bayi.

Jika doktor mendapati bayi masih hidup dan pintu rahim masih terbuka, pembedahan caesarean akan dijalankan. Jika pintu rahim sudah terbuka dan bayi masih stabil, doktor akan membenarkan ibu bersalin normal. Kalau bayi sudah meninggal pun, ibu tetap perlu bersalin normal.


4. Serpihan Plasenta Tertinggal (retained placenta tissue)

Boleh berlaku sejurus kelahiran bayi atau selepas ibu pulang ke rumah. Antara tanda-tandanya:
  • Darah nifas yang banyak dan tidak berkurangan, diiringi dengan ketulan darah yang banyak.
  • Rengat yang berterusan dan teramat sakit.
  • darah nifas yang berbau menunjukkan jangkitan sudah berlaku.
Doktor akan mengesahkan terdapat serpihan plasenta tertinggal melalui pemeriksaan ultrasound. D&C akan dijalankan bagi membersihkan rahim dan kikisan serpihan plasenta akan dihantar ke makmal untuk mengesahkannya.

Apakah semua kes serpihan plasenta perlu menjalani D&C?

Hal ini bergantung pada serpihan yang tinggal. Jika tidak banyak pendarahan, doktor akan memberi antibiotik dan serpihan akan keluar bersama darah nifas.

Apakah masalah serpihan plasenta tertinggal boleh dielakkan?

Hal ini merupakan satu kontroversi di kalangan pakar perubatan. Doktor dapat mengeluarkan plasenta sepenuhnya tetapi masalah selaput plasenta masih tertinggal masih boleh berlaku.

Masalah plasenta succencuriate lobe yakni tertinggal serpihan daging tambahan plasenta yang tidak diketahui oleh doktor boleh membawa kepada pendarahan yang banyak selepas pulang ke rumah. Bagaimanapun masalah ini jarang berlaku.

3 comments:

  1. Kak Engku..if Mak kandung ade sejarah uri lekat utk kesemua anak2 dia..keberangkalian anak dia akan alami situasi yg sama jugak ke..

    ReplyDelete
  2. siti: isk tak semestinye hehehe, kes nie bukannye keturunan

    ReplyDelete
  3. sy pernah hamil..apa risiko keguguran dua kali dan tidak pernah cuci rahim kat klinik atau hospital?sebenarnya saya x tau sy keguguran dua kali atau skali saja...sbb ptama kali sy keguguran keluar satu benda yg kental seperti hati ayam.tp sy tak ada pula cuci rahim..mungkin bg sy masa tu benda ni tak penting....selepas sebulan,saya ingatkan saya hamil lagi,kemudian saya mengalami pendarahan yang sy sangka sy skali lg keguguran..tp x ada pulak benda keluar mcm hati ayam tu..sakitnya sm spt sakit pd kali pertama sy keguguran..pd pendapat kak engku,adakah sy mengalami keguguran sbnyak dua kali?
    kemudian saya mengalami keputihan yang luarbiasa...bendalir keluar dr kemaluan saya berwarna hijau dan berbau busuk...lepas tu timbul kerisauan d hati sy lalu sy rujuk kat hospital,doktor tu bt apoiment ngan saya selepas pemeriksaan pertama dia tak jalankan proses cuci rahim kat saya,sy sndiri tak tahu kenapa...dan bila kita da buat apoinment tu saya pulak da berpindah kat tempat yang jauh dr hospital tu...so,sy batalkan hasrat sy utk buat pemeriksaan..sehingga skg...ia dr 2008 lg..lepas tu kawan suggest sy guna sejenis pantyliner mengandungi herba iaitu bio sanitary pad produk keluaran avail utk d pakai hari2 dan saya try je la...skg bendalir hijau tu dah tak ada cuma keputihan.sy cuma nak tahu apa risiko yang akan saya hadapi nanti...dan berapakah peratusan saya untuk dapat hamil lg...ataupun tak dpt hamil sama skali....bantu sy..dan pd pendapat kak engku,apa langkah2 yng perlu sy buat agar saya dpt hamil lg?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.