"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

03 August 2010

Cara Penyusuan Yang Betul

Menyusukan bayi tidak semudah yang kita sangkakan. Malah kita tidak akan berjaya hanya dengan sekali melakukannya. Jadi jangan mudah putus asa selepas anda mempelajari teknik penyusuan yang betul.

Sebelum Menyusukan Bayi


Lembutkan payudara dengan meletakkan kain tuala yang hanya pada payudara selama beberapa minit atau berdiri di bawah air pancuran (suam).

Urut Payudara

Dengan perlahan menggunakan tangan. Cuba picit keluar sedikit susu untuk mengurangkan bengkak. Gerakkan jari anda ke bawah ke arah aerola.

Mencari Puting

Bagi menyusukan bayi baru pastikan anda duduk selesa dan letakkan bayi pada kedudukan yang betul. Bayi akan mempunyai refleks naluri yang menyebabkannya mencari puting payudara untuk memperoleh makanan. Ini merupakan refleks berakar. Hingga kira-kira hari ke 10 hidupnya, rangsanglah refleks ini dengan mengusap pipinya. Bayi akan berpaling ke arah payudara dan mencari puting anda.

Melekap

Sebaik sahaja melekap pada payudara, bayi menghisap payudara dengan menggunakan rahangnya dengan cara menekan takungan susu pada dasar aerola. Sekiranya bayi hanya menghisap puting, anda akan berasa sakit dan dia pula tidak memperoleh susu.

Selepas Bayi Sendawa Atau Tidur

Dia mungkin cukup lapar hingga mengeringkan susu dari payudara pertama. Bila bayi telah kenyang, dia mungkin akan tertidur dan puting akan keluar dari mulutnya. Untuk giliran menyusu seterusnya, tawarkannya payudara yang satu lagi.

Memicit Keluar Susu Dengan Tangan

Sokong payudara dengan sebelah tangan dan mula mengurut ke bawah dari bahagian atas payudara. Gunakan seluruh tangan anda untuk mengurut payudara. Urutkan semua kawasan di sekeliling payudara termasuk di sebelah bawah.

Lengkapkan sekurang-kurang 10 putaran. Ini membantu pengaliran susu melaui saluran. Tekan ibu jari dan jari telunjuk bersama-sama dan pada masa yang sama tekan ke belakang. Susu sepatutnya terpancut keluar melalui puting. Lakukan selama 2 minit.

Memerah Susu Menggunakan Pam

Sterilkan semua peralatan dan cuci tangan anda. Pasang pam dengan lengkap. Lembutkan payudara dengan air suam dan urutnya sama seperti urutan apabila anda hendak memerah susu menggunakan tangan. pastikan anda memasang pam dengan betul dan mula mengepam susu daripada payudara. Tutup susu yang telah diperah dengan ketat dan masukkan ke dalam peti ais atau sejukkan dan didinginbekukan sehingga diperlukan.

Menyimpan Susu

Tuang susu ke dalam botol dengan menggunakan satu corong. Anda boleh mendapat kira-kira 60ml susu pada minggu awal. Pastikan anda menggunakan peralatan yang sudah disterilkan. Tutup botol dengan ketat dan masukkan ke dalam peti sejuk atau sejukkan dan dinginbekukan. Cairkan selama 4 jam pada suhu bilik. Jangan biarkan puting tercelup ke dalam susu. Jika anda hendak mendinginbekukan susu, jangan sertakan puting susu.

4 comments:

  1. Kak Engku, boleh ke kalau akak buat entry khas untuk set breastfeeding tu? saya tak berapa faham la , cthnya apa fungsi pump tu, set tu napa ada yang murah napa ada yang mahal, barang-barang yang disertakan dalam set breastfeeding tu, fungsi-fungsi barang tersebut, kenapa ibu patut beli set ni,adakah wajib atau sekadar barang yang tak penting (ye lah, mak-mak kita tak pakai pun kita ok je..hehe), set ni untuk ibu bekerja ke atau ibu surirumah tak payah pakai ke, dsbg..terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Lina: InsyaAllah kalau ade kelapangan nanti akak akan usahakan ye hehehe

    ReplyDelete
  3. salam kak engku,

    saya sdg pregnant twin, insyaAllah akan deliver lepas raya ni. Cemana nk bf twin babies? Bleh kak engku citer utk twin babies pula. TQ.

    ReplyDelete
  4. salam syieda, tahniah ngandung bb twin. Twin atau single cara bf sama je. Lagi mudah untuk menyusu bagi bb twin nie sebab ia boleh menyusu di kedua belah payudara dalam satu masa. Cuma syieda memang perlu sedikit bantuan dan sokongan dari keluarga terdekat.

    ReplyDelete