Masalah kehamilan terancam (threated miscarriage) kerap dikesan pada 20 minggu pertama kehamilan. Selalunya ia ditandai dengan pendarahan yang serius atau kekejangan pada abdomen dengan atau tanpa pendarahan. Ketua Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Hashim Omar, berkata umumnya kehamilan terancam adalah keadaan yang biasa. Lebih 30% wanita hamil mengalami pendarahan dalam tempoh 20 minggu kehamilan, iaitu antara seorang daripada 4 wanita hamil.
Bagaimanapun, untuk sebahagian besar daripada kumpulan ini akan meneruskan kehamilan seperti biasa dan pendarahan juga akan berhenti. Namum, untuk sebahagian kecil lagi, ia kemudian akan membawa kepada keguguran janin. Lebih teruk, ada kala keguguran itu dialami sebelum kehamilan mencecah 12 minggu.
Umumnya, jika servik kekal tertutup ketika terjadinya simptom kehamilan terancam, peluang untuk fetus terus bertahan sangat tinggi berbanding jika serviks terbuka. Keguguran pada 3 bulan pertama kehamilan selalunya disebabkan oleh fetus yang abnormal. Ia terjadi apabila berlaku masalah pada gen. Separuh daripada keguguran disebabkan masalah keabnormalan ini. Risiko berhadapan dengan keabnormalan fetus meningkat seiring dengan usia si ibu. Sementara keguguran pada bulan keempat dan keenam kehamilan selalunya berpunca daripada masalah kesihatan ibu.
Antara 40 ke 60 peratus punca keguguran boleh dikenalpasti manakala selebihnya tidak dapat dipastikan. Punca paling kerap keguguran yang dapat dikenal pasti adalah faktor genetik dan kebiasaannya berlaku dalam 3 bulan pertama kehamilan.
Semasa kehamilan, janin akan terbentuk dan mengandungi gen-gen daripada sperma dan telur. Namum, ada kala kromosom embrio mungkin mengalami masalah seperti kehilangan maklumat gen akibat proses pindah silang yang berlaku sewaktu kehamilan. Keguguran akibat keabnormalan kromosom mungkin berlaku secara kebetulan. Keguguran sedemikian tidak akan berulang.
Punca yang tidak dapat dikenal pasti selalunya berkait dengan sistem imun ibu dan kesihatan rahimnya - atas sebab-sebab tertentu, janin tidak dapat melekat pada lapisan dalam rahim dengan sempurna. Umumnya kehamilan terancam ditandai dengan rasa kejang pada bahagian perut dengan atau tanpa pendarahan. Simptom lain adalah berlakunya pendarahan pada vagina ketika kehamilan berusia 20 minggu.
Warna darah mungkin merah terang mungkin merah jambu terang atau warna gelap. Sementara pendarahan itu boleh berlaku sama ada sedikit atau banyak. Rasa sakit atau kekejangan itu berlaku pada bahagian bawah abdomen. Ia mungkin terjadi pada sebelah abdomen saja atau kedua-duanya atau di bahagian tengah. Kesakitan itu boleh menjalar ke bahagian belakang badan, punggung atau bahagian alat sulit.
Umumnya tidak dapat dipastikan dengan jelas faktor berlakunya pendarahan ketika kehamilan. Bagaimanapun, sebahagian daripada sebab-sebab adalah seperti berikut:

- Fibroid
- Jangkitan
- Radang pada servikal ketika hubungan intim
- Kehamilan luar rahim
- Komplikasi plasenta
- Pendarahan banyak
- Pendarahan disertai darah beku atau tisu
- Kekejangan yang serius (seperti ketika datang haid)
- Kekejangan atau pendarahan yang disertai dengan demam.
- Pendarahan atau kekejangan yang berlaku pada wanita yang memiliki sejarah masalah kehamilan luar rahim.
- Muntah yang sangat teruk.
- Selain mengekalkan endometrium yang sihat, hormon semulajadi tubuh - progesteron juga mempunyai kesan imun yang sangat penting dalam tubuh. Hormon ini juga mengeluarkan protein yang dirujuk oleh ahli sains sebagai faktor penghalang cetusan progesteron (PIBF progesterone induced blocking factor) satu daripada protein yang penting bagi perkembangan sistem imun ibu.
- PIBF sebenarnya penghubung antara endoktrin tubuh dan sistem imun. Ini menghasilkan molekul yang dikenali sebagai sitokin iaitu penghantar sistem imun sama seperti hormon yang sebagai penghantar bagi sistem endokrin manusia dengan melepaskan sitokin penting yang dipanggil Th2, PIBF boleh membantu memastikan kehamilan sihat.
- Di pasaran, terhasil satu ubat dikenali sebagai Duphaston yang mirip progesteron. Ia menghasilkan tindakbalas imunologi yang sama seperti hormon semulajadi. Secara ringkas bermaksud, Duphaston berkesan meingkatkan pengeluaran PIBF kerana struktur molekulnya agak sama dengan hormon semulajadi progesteron tubuh.
No comments:
Post a Comment