"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

27 July 2010

Ubat Dan Kehamilan

Diakui, ada sesetengah ubat-ubatan jika diambil langsung tidak akan memudaratkan ibu hamil. Akan tetapi, kesan buruknya dapat dilihat pada bayi dalam kandungan. Jadi, sekiranya anda hamil dan perlukan ubat, berhati-hatilah. Berjumpa doktor dan dapatkan nasihat mereka adalah langkah yang bijak.

Lazimnya, kesan ubat terhadap bayi bergantung pada waktu pengambilannya. Adakah semasa peringkat awal kehamilan, pertengahan ataupun peringkat akhir. Kebanyakan kecacatan yang berlaku apabila sesuatu jenis ubat itu diambil ketika trimester pertama kehamilan. Hal ini adalah kerana dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan, bayi sedang dalam proses perkembangan. Organ-organnya mula terbentuk. Ketika ini bayi sangat sensitif terhadap sebarang gangguan luar termasuklah ubat-ubatan. Gangguan tersebut boleh mengakibatkan kecacatan kongenital dan ada kemungkinan boleh menyebabkan keguguran.

Walaupun kehamilan sudah masuk trimester kedua, kehadiran ubat-ubatan ini masih mengganggu bayi. Antara yang paling ketara terganggu ialah saraf tunjang dan otak. Akan tetapi, gangguan yang diterima pada tahap ini jarang mengakibatkan kematian. Sekiranya ubat-ubatan terlarang diambil ketika trimester ketiga kehamilan, biasanya masalah akan timbul semasa proses kelahiran ataupun sebaik sahaja selepas dilahirkan. Masalah ini boleh menyebabkan kematian terutama sekali jika bayi tersebut mengalami masalah pernafasan.

Sememangnya untuk mengenal pasti kesan ubat secara tepat terhadap bayi adalah sukar. Yang nyatanya, tiada ubat yang selamat digunakan pada peringkat awal kehamilan. Doktor lazimnya hanya mempreskripsikan ubat semasa hamil jika kebaikan terhadap ibu adalah lebih tinggi daripada risikonya terhadap bayi yang dikandung. Sebaik-baiknya, semua jenis ubat-ubatan mestilah dielakkan ketika trimester pertama kehamilan.

Ubat-ubatan yang boleh mengganggu tumbesaran bayi ialah ubat-ubatan yang dikenali sebagai teratogen. Ubat-ubatan ini ialah seperti antibiotik, ubat barah dan yang mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun, kesan teratogen bergantung pada jumlah dan kekerapan pengambilannya. Secara umumnya, risiko kemudaratan pada bayi akan meningkat jika jumlah dan kekerapan ubat yang diambil meningkat.

Kesan Ubat Penahan Sakit Pada Ibu Hamil

Ubat Penahan Sakit Bukan Narkotik
Bagi ibu hamil yang memerlukan rawatan, ubat penahan sakit perlulah diambil dalam dos yang rendah dan dalam jangka masa yang singkat. Antara ubat yang menjadi pilihan dan selamat digunakan ialah paracetamol atau asetaminofen. Akan tetapi ubat jenis ini boleh menyebabkan keracunan sekiranya diambil berlebihan. Oleh yang demikian, ibu hamil dinasihatakan agar mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya.

Bagi meredakan sakit gigi, sakit belakang dan sakit tulang belakang, kebanyakan pakar perubatan setuju aspirin adalah pilihan yang tepat. Walaupun kesan aspirin pada bayi dalam kandungan tidak jelas, pengambilannya ketika peingkat akhir kehamilan boleh mengganggu pengecutan rahim dan menyebabkan komplikasi semasa proses kelahiran. Selain itu, aspirin boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pada ibu dan bayi. Oleh yang demikian, penggunaan aspirin semasa hamil perlu dielakkan.

Bagi penghidap migrain, penggunaan ubat seperti ergotamin ketika hamil adalah dilarang. Hal ini adalah kerana ubat tersebut memudaratkan. Ergotamin menghalang pengaliran darah ke plasenta lalu mengakibatkan bayi kekurangan oksigen dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Ubat Penahan Sakit Narkotik
Ubat jenis ini akan mendatangkan kesan buruk pada otak dan pernafasan bayi terutama sekiranya diberikan dengan tujuan untuk menghilangkan rasa sakit semasa proses kelahiran. Ubat penahan sakit yang sesuai semasa proses kelahiran ialah yang tidak membahayakan ibu dan bayi. Ubat yang sering diguakan ialah ubat petidin. Ubat ini adalah ubat sintetik dan kurang berkesan dalam mengurangkan kesakitan berbanding morfina tetapi kurang kesan mudaratnya terhadap sistem pernafasan bayi yang baru lahir.

Ubat NSAIDs
Ubat yang tergolong dalam kelas anti inflamasi (non steroidal antiinflamatory drugs) ini menghalang rasa sakit dan mengurangkan keradangan. Lazimnya, ubat seperti ini diberikan untuk meredakan sakit kepala, gout, sakit tulang belakang dan sakit otot. Ubat ini turut boleh merencatkan proses pengecutan rahim dan mengganggu proses kelahiran. Atas sebab inilah, pengambilan ubat jenis ini perlu dielakkan terutamanya ketika 3 bulan terakhir kehamilan.

Ubat-Ubatan Yang Boleh Membayahakan Bayi Dalam Kandungan
  • Ubat Sedatif
  • Ubat Kardiovaskular
  • Ubat Antibakteria
  • Ubat Penahan Sakit
  • Ubat Antikoagulan
  • Ubat Hormon

49 comments:

  1. saya plan nak preganant, makan asid folik dengan kapsul EPA&DHA beli dari farmasi tak apa kan Kak..?

    ReplyDelete
  2. Lina: Boleh hehehe, yg penting masa pregnant jgn ambil ubat sebarangan ye, rujuk kat doktor dulu tau.

    ReplyDelete
  3. salam..kak, su ada nk ty skit

    1. sy tgh pregnt 4bln & skrg mengalami batuk2 hingga mbuatkn perut sakit bl tekak mula gatal2. selasa lps sy g checkup n mtk ubat,tp doc x galakkn makan tkot ada effect pd baby..ubat still dia bg cm tpulang pd saya samada nk mkn @ tdk. betul ke ubat batuk+selsema blh mdatgkn kesan pd bayi?

    2. apa yg sy tau nescafe n teh mngandungi kafien. jk ibu hamil minum air tersebut adakah mberi kesan keatas bayi? kesan yg bagaimana dimaksudkan.

    thanks

    ReplyDelete
  4. Suzarina: w/salam, ubat-ubat tu memang boleh mendatangkan kesan pada bayi, tapi selalunya doktor yang akan menasihatkan pesakit sama ada boleh atau tidak utk makan sesuatu ubat itu. Nasihat akak cuba su tanya pada doktor yg lain sebelum sue makan ubat yang diberikan dan tanya pada doktor lebih detail mengenai kesan terhadap ubat tersebut, agar sue lebih jelas dalam membuat pilihan utk makan atau tidak ubat tersebut.

    Kafein iaitu sejenis bahan yang terdapat dalam semua minuman ini memberi kesan yang membahayakan sistem penghadaman. Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein tidak lebih daripada tiga cawan sehari, dan jika boleh, henti daripada meminum minuman ini. Sebaiknya minumlah air mineral dengan banyak. Kesan yang macamana kat baby tu akak pun tak pasti.

    ReplyDelete
  5. salam kak Engku,

    kalau preggy baru sebulan lebih,bolehx minum susu kambing macam susu hi-goat tue?ada kesan sampingan tak dengan baby dalam kandungan saya.saya bercadang nak minum untuk tambah tenaga lebih2 lagi di bulan uasa nie.

    thanks

    ReplyDelete
  6. w/salam, nasihat akak sebelum ambil sesuatu ubat atau produk, lebih baik dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dulu yek, lebih lebih lagi di awal kehamilan...hehehe tahniah n jumpe lagi

    ReplyDelete
  7. salam,kak engku.
    sy haslina sudah berkahwin hampir 3 tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata.tp utk pengetahuan kak engku berat badan sy naik mendadak setelah berkahwin.sy ingin memintak pendapat dr kak engku mungkin kak engku ada cara atau pandangan utk membantu sy dalam berikhtiar utk mendapatkan cahaya mata...terima kasih

    ReplyDelete
  8. salam haslina, mekasih sudi mintak pandangan akak. Nasihat akak mula2 cuba turunkan berat badan ke beratbadan unggul ye. Dlm jangkamasa yang sama cuba makan pil folic acid yang boleh diperolehi di mana2 klinik kesihatan. Dan cuba buat ujian minum air gula untuk memastikan puan adalah bebas dari masalah penyakit kencing manis. Dan jika perlu cuba buat pemeriksaan tahap kesuburan suami dan isteri di mana2 hospital.Mekasih dan jumpa lagi..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...
    skg sy mgandung 5 bulan semasa kandungan 12 minggu sy di diagnosis hypertanstion kronik da doktor bagi sy tab melthadopa 500mg 2 kali sehari n aspirin 75mg 2 kali sehari...adakah ia membawa apa kesan pada kandungan saya?
    terima kasih....

    ReplyDelete
  10. Azriani: Wsalam, tahniah atas kehamilan puan. Ya, kronik hpt masa hamil boleh memberi kesan pada puan dan kehamilan puan. Bykkan rehat, ikut tarikh temujanji spt yang diberi, makan ubat spt arahan doktor dan kenalpasti tanda tanda pre eclampsia.Jika ada tanda tanda tersebut sila ke hospital dengan segera. Bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum....

    saya mengandung 6 bln...semasa trimester pertama saya mengalami sakit gigi yg teramat sangat dan bengkak gusi...doc gigi menyarankan saya mengambil ubat penahan sakit(parasetamol) dan antibiotik untuk bengkak gusi selama seminggu sebelum proses cabutan dilakukan adakah ia selamat untuk bayi dlm kandungan....

    ReplyDelete
  12. Pn: Wsalam, utk pengetahuan Pn. selalunya doktor akan memberikan kaedah rawatan yang terbaik kepada pesakitnya lagi lagi pn hamil ketika itu, jadi pada pandangan akak InsyaAllah tidak ada apa apa yang perlu dirisaukan ye. Ok bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum wbt..

    saya baru je check pregnancy dan resultnye +ve baru sebulan usia kandungan..saya berumur 37thn dan ini merupakan anak yg ke 6.saya nak tanya kak engku...saya mengalami demam 2 minggu lepas dan makan ubat pcm 500 dan antibiotik EES..baru makan sebijik antibiotik..saya mengalami alahan dan doktor bagi ubat gatal dan alahan..last week saya mengalami cirit-birit dan makan ubat sakit perut (Duspatalin),gastrik(pariet)dan angin(ultracarbon).Soalan saya..adakah ianya meninggalkan kesan pada kandungan saya?Utk pengetahuan Kak Engku

    ReplyDelete
  14. salam nanie, Tahniah atas kehamilan anak ke6. Untuk pcm dan antibiotic EES...insyaallah tak memberi kesan. Tapi untuk ubat sakit perut, gastrik dan angin...akak mintak maaf sbb akak tak pasti kesan ubat nie. Klau goverment lain nama ubatnya....uhuhu sory ye. Nanie boleh mintak doc yg mmberi nanie ubat tu untuk pengesahan ye. Mekasih n jumpa lagi

    ReplyDelete
  15. salam kak engku..

    sy membuat ujian pregnant dan dapati +ve..tetapi sekarang sy demam n batuk..then sy pergi ke klinik dan di beri ubat batuk bena expectorant..sy nk tnya bhya x sy minum ubt batuk ni kepada awal kandungan sy ni..?lagi satu batuk boleh menyebabkan gugur x...?

    ReplyDelete
  16. salam siti,

    Mekasih sudi bertanya dengan KE. Tahniah atas kehamilan puan. Bila hamil, kita tidak disarankan ambil sebarang ubat tanpa arahan doktor. Ubat2 nie sebenarnya mmberi kesan yang tersendiri jika kita mengambilnya. Jika puan megalami batuk yang teruk, puan boleh mengambil ubat batuk spt yang disarankan. Jika batuk tidak teruk, KE sarankan puan minum banyak air dan banyakkan rehat ye. Tq

    ReplyDelete
  17. assalamualaikun KE..

    saya hamil anak pertama trimester pertama..ketika usia 1-3 minggu kehamilan, saya tidak menyedari tentang kehamilan saya..dan saya telah mengambil ubat bagi menggalakkan datang bulan dah sejenis jamu dengan fungsii yang sama..adakah kandungan saya akan terjejas dan berlaku kecacatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam,sy nk tny..mst puan dh bersalin kan?sy juga mengalami masalah yang sama...adakah anak puan yg dilahirkan sempurna dan tidak ade kesan sampingan?

      Delete
  18. wsalam, sebenarnya susah gak akak nak explain, tapi nasihat akak klu risau mengenai kandungan tersebut cuba buat pemeriksaan kat klinik ye. Tq

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum kak...sy nak tnya....sy telah lewat haid selama 5 ari...dan sy buat pemeriksaan dan resultnye +ve...ttp sy blum bersedia tuk mengandung lagi.....sy cuba minum air lengkuas yg di tumbuk bersama lada hitam dan ragi agar haid datang....tetapi selepas 3 mlm mkn berturut...kesan hanyalah sakit perut....semasa sy minum air tersebut, sy mkn bersama ubat lewat period selama 2 mlm....tetapi haid tidak datang jg....jika sy teruskan kandungan ini....adakah..kandungan sy sihat dan tidak ade sebarang kecacatan berlaku.....

    ReplyDelete
  20. wsalam, huhuhu akak tak pasti la ngan keadaan nie, sorry ye

    ReplyDelete
  21. salam kak engku..trimaksh wujudkn blog y bolh dijadikan perkongsian ini..utk pgtahuan akk,sy dh berkhwin slama 5 bulan n mrncng utk hamil dlm masa terdekat..sy juga mengalami tekanan darah rendah..maka, apa saranan akk pd sy?trmksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dila,
      Sama2 dan Terima kasih jugak kerana menjadi salah seorang pembaca blog akak. Akak nasihat ambil asid folic dan jaga pemakanan. Jika disahkan hamil lakukan pemeriksaan seawal mungkin di mana2 klinik ye. Tq

      Delete
  22. saya nak tanya...sy ade seorang kwn...die ade 2 orang anak...anak yang kecik umur 6bulan...sekarang kemungkinan die mengandung lagi...die dah makan macam2 ubat untuk gugurkan kandungan sebelum kandungan 4bulan..tp semua x jadi...die makan ubat ponstan + air gas,nanas,air tebu..semua xjadi...bukan die tak nak anak tp die darah rendah dan anak2 masih kecil..adakah boleh die gugurkan kandungan tersebut?dan andainya boleh, macam mana die nak gugurkan kandungan tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Terima kasih sudi tanya akak. Menjarakkan keluarga adalah langkah terbaik merancang keluarga. Mohon maaf akak tak dapat bantu untuk gugurkan kandungan yg tidak terancang. Perkara nie bukan sahaja salah di sisi agama, malah akak taknak terlibat dgn dosa. Jika kawan mmg tidak inginkan kehamilan lagi, adalah lbh baik mengambil apa2 kaedah untuk merancang keluarga. Tq

      Delete
  23. salam..k engk, skrg usia kandungan sy masuk 17 minggu, semasa kandungan berusia 13minggu sy diserang sakit tekak dan dimasukkan ke wad. Doktor mengeshakan saya bengkak tonsil.sy diberi antibiotik penicilin, ubat selsema dan paracetemol.problemnya skrg sy tersangat risau kesan pada bayi saya..adakah ubat2 tersebut selamat utk baby..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lily,
      Untuk detail pasal kesan pengambilan ubat, lily blh tanya doktor yg merawat ye. Maaf ia di luar bidang kuasa akak....uhuhu

      Delete
  24. as salam kak engku...sy nk tny,sy bru disahkan hamil 4bln...sebelum sy menyedari sy hamil,sy telah mengambil pelbagai ubat-ubatan seperti ponstan,ubat untuk period,majun dan lain-lain..adakah ubat-ubat tersebut boleh memberi kesan sampingan kepada kandungan sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Tahniah atas kehamilan puan. Pengambilan ubat semasa hamil mmg mmberi kesan pd kehamilan. Sejauhmana kesannya akak tak dapat nak pastikan tp puan perlu buat pemeriksaan kehamilan seawal mungkin di klinik dan mmberitahu pd doktor yang memeriksa puan. Mungkin doktor akan merujuk puan ke hospital untuk pemeriksaan yg lebih detail. Tq

      Delete
  25. assalamualaikum . saya tak tahu kitaran haid saya . rasanya mcm sudah lewat . mcm mana sy nak tahu sy pregnant atau pun tidak -siti-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Jika nak tau pregnant atau tidak. Boleh beli urine pregnancy test @ upt untuk check. Tq

      Delete
  26. assalamualaikum..sye dah hamil selam 14 minggu..ttp pada minggu 11 sye mengalami semput dan batuk yang amat teruk..doktor ade bagi sye oksigen dan ubat batuk semput. bila mkn ubt batuk tu alhamdulillah semput dan batuk berkurangan..tp bile bace artikel akk ni sye rase takot tjdi ape2 plak pade kandungan..

    ReplyDelete
  27. Wsalam no name,
    Tiap yg berlaku pasti ada hikmahNya. Pengambilan ubat n oksigen tanpa arahan dari Doktor amat merbahaya. Jika pengambilan ubat dgn arahan doktor...insyaallah takde apa2. Byk2 doa ye...insyaallah.

    ReplyDelete
  28. Salam,
    Saya mengandung sebulan. Sblm ini saya mengambil cetirizine sblm saya tahu saya mengandung. Masa tu usia kandungan saya sebulan. Kata pharmacist tak bahaya. Tapi risau jgk bila baca dlm internet. Takut ada efek pada bayi.

    ReplyDelete
  29. Wsalam, insyaAllah takde efek, so jgn risau sgt ye.

    ReplyDelete
  30. salam kak engku...sye ni pregnant 6 bulan tp sye teringin nk minum air tebu tp sye ragu2 takut ade effect ape2 kt bby sye sye...klu sye mnum akn mendatngkn risiko x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Pd akak teringin nak minum, minum je. Jgnlah terlalu byk. Insyaallah tak effect bb.

      Delete
  31. salam kak...usia kandungan saya 20weeks..sy ad mslh seperti hypertirodsme..makan ubat carbimazole 3biji sehari..dan skrg dlm hampir sebulan saya kerap batuk waktu mlm..agak teruk jugak la..ad cara len x melega batuk saya..bukan sebab ubat ke sy kerap batuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, akak nasihatkan jumpa doc untuk pemeriksaan ye. Bykkan rehat n jgn stress ye.

      Delete
  32. Salam Kakak,

    Isteri saya pernah keguguran thn lepas, dan Alhamdulillah baru dpt tau dah 8minggu hamil. Cuma skrg klu isteri aktif (jalan2,buat keje rumah) ada pendarahan coklat sikit je. Jadi doc suruh amik asid folic+duphaton dan aspirin. Cuma sy risau pngambilan aspirin ni, ada kesan ape2 pada2 ibu dan anak kami ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Tahniah atas kehamilan.Pendarahan yg berwarna coklat adalah darah lama, tak perlu risau. Kena suruh wife bykkan rehat. Asid folicn duphaston boleh ambil. Akak pun tak sure kenapa doc bg aspirin. Cuba confirmkan dengan doktor ye. Aspirin insyaallah tak effect bb. Biasa klauibu hamil ada darah tinggi mmg mkn ubat nie.

      Delete
  33. Salam Kak Engku,

    Di awal perkahwinan saya terkena infection yg dikategorikan sebagai vaginal candidiasis. Masa tu saya agak risau dan xtau mengandung. So Dr. bagi ubat antifungal (ubat telan) dan sejenis ubat masuk dlm kemaluan. Seminggu selepas tu saya baru dapat tahu yg saya mengandung 4 minggu. Adakah ubat yg saya makan tu akan effect pada kandungan? Apa perlu saya lakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, mengenai ubat yg telah diambil tu akak nasihatkan jgn risau ye, sebabnya perkara nie telahpun berlaku, apa yg penting banyakkan berdoa agar janin pn sihat serta akak nasihatkan agar teruskan kehamilan ini dengan menjaga kesihatan ye, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

      Delete
  34. Salam...

    Kalau sy menggunakan bam gatal (semasa mengandung) kerana mengalami kegatalan pada kemaluan, adakah akan memberi sebarang kesan

    ReplyDelete
  35. salam k.engku.
    sy dah lewat period seminggu tp hasil test pregnancy sy buat sendiri masih negatif.naluri sy kuat meyatakan sy memang pregnant.
    cuma sekarang ini boleh tak sy beli je duphaston sendiri tanpa arahan doc, dan makan?
    sy nak ke klinik kerajaan mengambil masa lama nak tunggu, nak ke klinik swasta pula sedang kekeringan wang ;P
    boleh ke consume duphaston tanda rahan doc, untuk kuatkan rahim?

    ReplyDelete
  36. salam...
    kak engku sy nak tanya, sy baru mengandung 6minggu..tapi menghadapi masalah bengkak gusi..sy refer pd doc gg, dia bagi antibiotik dan beri penerangan pd sy. sy takut nk mkn antibiotik tu coz gnggu bby.apa pndangan akak...tq

    ReplyDelete
  37. salam kak engku,
    hari tu saya ada makan ayam goreng, lepas je makan terus sakit tekak bahagian kiri ngan hidung n telinga.. saya mengandung 14 minggu... sebab apa ye jadi cam tu ada apa2 effect kat baby x?

    ReplyDelete
  38. Salam kak, sy pregy 2 bln alhamdulilah....tp masalah nye sy ada masalah bleeding selps berjumpa doc bg duphaston dan sekarang dah tak ada spotting tu cuma kdg2 dia dtg balik...ada kesan ke makan ubat duphaston berlebihan ketika hamil

    ReplyDelete
  39. Salam..kak engku..sy baru sedar yang sy megandung sebulan..minggu lepas sy makan sebiji ubat selsema..ada kesan tak pada bayi yang akan lahir nanti.

    ReplyDelete