KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

19 July 2010

Pendarahan Ketika Kehamilan

Pendarahan yang berlaku ketika hamil perlu diberikan perhatian wajar agar keadaan tersebut tidak membahayakan diri anda. Ketahuilah bahawa, pendarahan walaupun sedikit, membawa perkhabaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada kandungan anda. Diakui, bagi sesetengah wanita, pendarahan pada peringkat awal kehamilan tidak membawa sebarang komplikasi dan akan berhenti apabila usia kandungan semakin meningkat.

Akan tetapi, ada kalanya pendarahan ini adalah tanda amaran terhadap masalah yang dihadapi. Dianggarkan, di antara 20 hingga 30 peratus ibu hamil mengalami pendarahan pada peringkat awal kehamilan. Pendarahan yang berlaku itu ada kalanya hanya tompokan dan ada juga yang banyak seperti datang haid. Tompokan darah biasanya akan keluar pada sekitar 6 hingga 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Ketika ovum yang sudah disenyawakan mula menempatkan dirinya pada uterus. Pun begitu, tanda-tanda yang dialami antara seorang wanita dengan wanita lain adalah berbeza.

Selain itu, darah yang keluar mungkin disebabkan oleh jangkitan yang berlaku pada pelvik ataupun pundi kencing. Ada kalanya darah turut keluar selepas ibu hamil melakukan hubungan kelamin kerana ketika mengandung, serviks menjadi lembut dan sensitif. Jika hal ini berlaku pada anda, elakkan melakukan hubungan kelamin buat sementara waktu iaitu sehingga pendarahan berhenti.

Atas alasan dia atas, dinasihatkan kepada ibu-ibu hamil agar tidak memandang ringan jika ada darah yang keluar dari faraj ketika hamil terutamanya pada peringkat awal kehamilan. Langkah pertama yang mesti diambil ialah berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Selain daripada pendarahan pada peringkat awal kehamilan, ada sesetengah ibu hamil mengalami pendarahan pada trimester kedua dan ketiga. Jika hal ini berlaku, berhati-hatilah kerana masalah yang dihadapi mungkin serius.

Untuk pengetahuan, pendarahan pada peringkat awal kehamilan mungkin disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah keguguran, kehamilan luar rahim dan kehamilan anggur.

Manakala, pendarahan pada peringkat seterusnya iaitu trimester kedua dan ketiga pula mungkin akibat masalah Plasenta Praevia, Accidental Haemorrhage ataupun Incidental Bleeding.

Akan tetapi, jika ada tompokan darah pada peringkat akhir kehamilan, jangan risau kerana ini adalah tanda-tanda yang anda sudah hampir untuk bersalin. Namum demikian, sekiranya masalah ini berlaku ketika usia kandungan kurang daripada 37 minggu, segeralah berjumpa doktor kerana anak anda mungkin lahir tidak cukup bulan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, doktor akan memberikan rawatan yang sewajarnya.

Info

Pendarahan yang berlaku pada fasa akhir kehamilan mendedahkan wanita kepada risiko kehilangan bayi dalam kandungan dan pendarahan yang melampau.

62 comments:

  1. salam kak,sya mengandung 20 minggu dan pada kandungan usia 18 minggu saya ada keluar darah tapi kuantiti yg sedikit diikuti dgn keputihan.saya refer dgn hospital pakar & doktor check uri ok,rahim pun ok,jln utk gugur mmg x de.doctor buat pep smear & mendapati resultnya terdapat heavy growth enterococcus feacalis.doc bg zinnath & skrg doc bg antibiotik jenis erythromycin utk membunuh kuman.mcm mn saya nk kurangkan keputihan?adakah makanan mempengaruhi?

    ReplyDelete
  2. saya baru berkahwin selama 2bln lebih. minggu lepas saya datang haid tp hanya 4 hari sahaja. kemudian ia stop. dan beberapa hari kemudia sy bersama suami dan kelihatan tompokan darah keluar. adakah sy mengandung atau itu perkara normal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mrs.BudiBilis,
      Kemungkinana mengandung tetap ada. Untuk 3 bulan pertama masa pembentukan janin jadi dinasihatkan banyak rehat, jangan ambil ubat tanpa arahan doktor dan jangan buat aktiviti berat serta hati2 bila sama suami ye. Akak nasihatkan jumpa doktor jika darah masih berterusan. Tq

      Delete
  3. Salam kak Engku,
    Saya dan suami dah cuba pregnant anak ke 3. Last period sy 10.8.12 tp pd hr next period 6.9.12 takde period jd pada 13.9.12 sy check +ve tp hr sama ada discharge warna pink cair, jumpa doktor check urine +ve jd doktor suruh rehat katanya nk scan pn x npk lg. Tp discharge berterusan hingga 16.9.12 agak byk jumpa doktor lg urine +ve katanya threatend abortion jd doktor bg duphaston, dicharge masih ada agak byk mcm period warna merah pekat tp tak sakit takde contraction. Pg ni 19.9.12 sy tgk di pad ada cebisan mcm daging tp masa period juga kadang2 ada mcm ni, jumpa doktor tjk sample tu dia tanya ada contraction tak sy ckp takde langsung. Check urine still +ve, scan npk ada kantung cuma doktor x pasti kosong atau tidak. Suruh rehat & terus mkn ubat & acid folic.
    Cuma sy ni rasa agak tertekan sbb tertanya2 samada kandungan masih ada atau tidak, risau if byk gerak/aktif ganggu kandungan, risau tertunggu2 nti sebenrnya kandungan dah tiada,sebelum ni dah 2 anak tak pernah jd mcm ni. Jd sy nk minta pendapat kak Engku pasal ni...adakah urine test tu bley diguna pakai/hanya false info, dgn pendarahan yg byk sejak 3 hr lepasadakah peluang kandungan selamat dan patutkah sy terus mengharap? Diharap kak Engku dpt membantu sy yg sedang buntu ini.
    Terima kasih.

    * kalau tak keberatan tlg reply ke email sy 'norwami@gmail.com'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lynn Danial,
      akak reply thru email ye. Tq

      Delete
  4. salam,

    nk tanye kalau pendarahan semasa awal kehamilan ( 5-6 minggu )adakah normal untuk :
    1) selepas bersama suami
    2) selepas makan durian
    saya dah 2 kali bleeding tp dlm skala kecil. adakah kemungkinan utk keguguran tinggi, sebab saya ni jenis yg aktif. kalau tak keberatan tlg reply ke email sy 'sarahandrew1@hotmail.com' tq - sarah samat..

    ReplyDelete
  5. Kaka...i da check n comfirm as at 17.10.12 dkt klinik kesihatan yg saya pregnant da 14minggu(last period 3.8.12)... then on 14.11 ada tompok spott coklat gelap klr dr vagina...thn d next day g jumpa doc kat klinik scan da ckp xpape n dia ckp i pregg with twins sn ada 2 sac n usia kandungn kedua2nya baru 6 minggu actly (i confius jap sb i mmg confirm with my date coz sy n hubby sma2 mark our calander)n suru rehat n x angkat berat...d next day waktu ptg hari ke-3 darah pekat keluar dr bawah lg mcm period tapi kita xrasa sakit apa pon cuma rasa penat jer....im goin' to c pakar today (now waktu solat subuh) but i really need your opinion since d sabah x ramai pakar ong... pls advise.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam karmila,
      Tahniah for twin pregnancy. Sbg langkah keselamatan, hopefully karmila dpt jumpa pakar n buat pemeriksaan detail. Bykkan rehat n jangan stress. Tq

      Delete
  6. Salam kak engku,

    saya mengandung 2 bulan. semalam ada bersama dengan suami, lepas tu ada keluar darah tapi sekejap je. ada dalam 4 lendir darah keluar masa buang air kecil dan 2 tompokan darah dekat underware. hari ini dah tak ada darah keluar.

    masih perlu ke saya jumpa doktor ye kak engku? emel saya: nadhirah13@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Okay akak reply thru email ye. Tq

      Delete
    2. salam kak engku..sy pon mengalami masalah ini..terdapat lendir berwarna coklat cair dan kadangkala gelap spt darah..namun dlm kuantiti yg sedikit...usia kandungan sy baru 11 minggu..sy agak risau...jika tidak keberatan boleh akk reply di emel sy knp perkara ini boleh terjadi dn bagaimana cara mengatasinya..emel sy ctkusfarhana@yahoo.com

      Delete
  7. Salam Kak Engku,

    saya mengandung 6 minggu. tapi dah 6 hari bleeding kuar tompok2 coklat. brownish spotting. saya da pegi klinik, doc ckp takde apa2. mgkin sebab implantasi. then doc bg duphaston utk kuatkan rahim. doc pesan slagi tak keluar darah merah segar..tak pyh pegi klinik. tp saya risau laa kak, dah 6 ari tak hilang2. slalu implantasi ni bape lama ye kak?

    kalo tak keberatan, reply kat email saya ye kak.. :)

    nottygirlz86@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mizz farah,
      Akak dah reply thru email. Dapat tak?

      Delete
    2. salam kak engku, sy mempunyai msalah yg sama seperti diatas.. cm bezanya sy bleeding start 8 minggu dan skang x ilang lg.. msuk arini da 9 mggu 4 hari.. lendir coklat n ada bau.. blh bgtau implikasi x melalui email sy co86camp@yahoo.com.. tq kak.. :)

      Delete
    3. Salam kak..sy pon mngalami mslh spt di atas..sy preggy 5 minggu..sy dah jmpa doc GNA..katanya kantung dah ada..ni ank 2nd sy & sy still fully breastfeed anak 1st st..plz advice me sis..

      noraishahmsa@gmail com..tq sis

      Delete
  8. salam..kak engku..sy dh berkahwin selama 2 tahun 6 bulan..period sy tetap 28 days n dh missed period 10 hari..semalam try buat upt n result +ve..then hari ni tgh hari td ada pendarahan yg heavy jgk n warna darah tu sama mcm darah haid biasa..tp tak ada ketulan atau gumpalan darah yang keluar..ptg td sy dh berjumpa dengan doktor tp dktor pn x pasti sama ada sy keguguran atau tak n then sy diberi ubat untuk hentikan pendarahan tu..jadi sy nk minta pandangan kak engku mengenai masalah saya ni..sy risau sangat dengan pendarahan yang berlaku ni sebab ni adalah kandungan pertama saya...pliz reply to email sy..roslinmaat@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. slm kak engku,saya mengandung 30 minggu sekarang ini. saya ada 3 masalah nak tanya
    - saya mengalami pendarahan,tapi tak banyak..
    - gusi saya selalu berdarah,masa saya tidur pun bdarah jugak,mcm mana nk kurangkan pendarahan tu?
    - baru2 ini saya pgi klinik n HB saya 7.7..sedangkan saya mkn ubat yang di sarankan ileh doktor..n sekarang ini,doktor sroh saya mkan ubat iron 3x sehari...adakah kak engku ada ikhtiar lain untuk menaikkan HB darah? kak engku tolong reply kat nurshahayu88@gmail.com..TQ kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nurshahayu,
      Okay akak reply thru email. Tq

      Delete
  10. salam kak. sy nk tnye. pd usia kandungan 3m++ sy ade bleeding. satu tompokkan darah coklat kehitaman. sxli je.sy check ngn hosp katenye baby ok xde ape2. pd kandungan 4m++ perut sy sakit mcm ade contraction kecil.kerap selang beberapa mnit.perut mengeras.check doc katenye baby ok tp sy ade kencing kotor yg truk smpai kuar darah.die suh bykkan mnum air, mnum air dr serbuk ural tu.dlm sminggu da xrasa sakit da tp sy dapati sy ade keputihan yg diserai dgn darah.sy dah guna ubat keputihan masuk trought vagina tu.mula2 keputihan da ok,kluar putih2 je.tp skg da 3 ari sy rsa kan sy seperti period.kluar darah mcm period tp xsakit.adakah sy tergolong dgn org yg hamil tp still dtg period or darah ni disebabkan oleh mslh keputiha atau kncng kotor td.trima ksh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shila,
      Akak nasihatkan jumpa doktor untuk pemeriksaan detail ye. Tq

      Delete
  11. Salam kak engku..sy mengandung 3 bln, selepas bersame dengan suami saya dapati ada pendaran tetapi warna cair, bila basuh dengan air dh x ade pula..apakah masalah yang saya alami? Email man_jc@ymail.com

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Kak Engku...sy tidak mempunyai masalah haid. Seperti biasa haid sy akn dtg setiap bln. Bln ini sy period pd 4hb dan 6hb period sy berhenti. Kebiasaan sy period 7 hari setiap bln. Pada hr ini 16hb sy mndapati ada darah berlendir keluar seakan tanda2 nak period. Sakit di bhgn ari2 mcm sengugut.Apakah masalah sy kak Engku. Ada kh kemungkinan sy mengandung. Utk pengetahuan kak Engku...anak sulung sy berusia 10 tahun. Sehingga sekarang sy masih mencuba utk mengandung anak ke 2. Kak Engku boleh email sy yasminburhanuddin@hotmail.com.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  13. Assalam, Kak Engku..
    Sy period pd 13-17 Jan 2013 yg lalu.
    Selepas itu pada 20-23hb ada cecair warna merah cair keluar, terpaksa sy pakai panty liner utk cover panties. Flow laju.. adakalanya mcm spotting je. Tetapi cecair merah yg cair itu tidak berbau.
    Adakah sy pregnant/keguguran? sy telah 2 thn brkahwin tetapi belum punyai cahayamata.

    Mohon khidmat nasihat Kak Engku..
    r_race717@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, akak nasihatkan jumpa doc buat scan untuk kepastian ye. Tq

      Delete
  14. Assalam kak Engku..

    Subuh ni lps besama suami bila lap vagina ada kesan darah.. suami pun sama bila dia bersihkan alatnya.. saya mgandung dlm 7-8mggu... saya risau.. perlukn sya ke klinik sbb sya di kg skrg.. sya mmg berklinik dgn doc pakar swasta.. tp susa atila bila kat kg ni

    Pls reply : yan_mbg@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, akak nasihatkan jumpa doc untuk pemeriksaan detail. tq

      Delete
  15. akak,saya pregnant dah 23 minggu... 2 hari lepas, V saya kuar darah... tp lepas "bersama" suami saya... nak pegi check klinik tp klinik tutup.. hari ni, takde darah dah kuar... saya takut la klu kandungan terjejas... saya rasa baby bergerak... baby saya ok kot...apa pendapat akak tentang masalah saya ni? akak balas dalam emel saya eak... nurhafidah89@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak engku.. Sy ada kemusykilan, harap kak engku dpt bantu. 1st time sy missed priod slpas 4 thn prkhwinan. blm prnah mgndung. sy check upt, samar2. tp kwn2 yg ada pglmn ckp memg +ve pregnt even garisan tu blur. Sy buat ultrasound, dr cakap macam ada kantung tp kecik sgt.Dr suruh dtg lg 2 mggu. Utk pgthuan k.engku, sy last priod 30 dis 2012. Pd 4 feb, ada brownish spotted, makin hari makin byk..& disusuli dgn flesh blood jgk. Hr ni 9feb, sy rasa sgt sakit pinggang n atas ari2.. kemudn sy rasa ada bnda kluar, then sy check ada seketul (macam daging) sebesar ibu jari kluar n diikuti dgn darah mcm drh priod. Adakah itu tnda keguguran ringan atau normal bagi org baru hamil? k.engku emel sy ye..tQ. anaasylina@hotmail.com

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak engku.sya pregnant bru 6mggu.harini hari ke3 sya alami tompok2 kaler coklat mcm awal period.tp xbyk.adakah kandungan sya berisiko?

    ReplyDelete
  18. kak engku, sy dh overdue period seminggu lbh...tp pada hari ke 9 overdue...saya keluar darah...saya keliru asedakah darah tersebut darah haid atau implantation bleeding...kuantitinya lbh kurang mcm darah period..sebelum ni sy mmg ada simptom2 pregnant cthnya demam kerap kali...pastu berangin seluruh bdn smpai termuntah n rasa nk pitam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kepastizn, akak nasihatkan tunggu slps 2minggu lewat period baru check kencing @ UPT ye. Tq

      Delete
  19. Salam kak engku...menurut doktor saya skrg pregnant 5 minggu walau rasanya sya acctually masuk 7 minggu based on my last period 26.12.12....masalahnya sya keluar darah sejak 3 hari lepas... tak banyak sangat keluar sikit2 tapi tak berhenti sampailah skrg...darah yang keluar mcm darah haid warna coklat+merah+lendir dan ada kalanya gumpalan darah kecil-kecil seperti yg selalunya keluar bila datang haid....namun tidak ada rasa sakit perut tapi sya sangat risau kerana darah terus keluar....saya dah ada 3 org anak dan sepanjang pregnant ketiga-tiga anak sya itu tidak pernah mengalami masalah sebegini...saya juga pernah keguguran sekali....saya sdh jumpa doktor kemarin,doktor juga sdh scan tapi belum nampak sangat sb masih kecil cuma nampak kantung baby ja....saya disuruh datang 2 minggu lagi....adakah saya akan mengalami keguguran?....sekiranya tidak keguguran adakah kandungan saya ini akan mengalami masalah?....kecacatan atau seumpamanya kerana darah yang keluar ini....saya sangat risau kak....ada kalanya saya berfikir mungkin ada baiknya kandungan sya ini gugur saja sekiranya ianya bermasalah,walau doktor kata tidak semestinya mendatangkan masalah pada kandungan namun sya masih risau.....apa yg perlu saya lakukan kak?....saya amat perlukan nasihat dan harap kak engku dapat balas di email sya skyytna@ymail.com.....tq

    ReplyDelete
  20. Kak Engku.. saya nak tanya.. saya dah pregnant 4 weeks untuk anak ke-2.. anak pertama gugur..yang merisaukan saya untuk anak ke-2 ader bleeding... keluar warna coklat and skit2 darah ketul2... xsakit... doktor nasihatkan saya amik ubat hormon dan folic asid.. saya memerlukan nasihat bagaimana untuk menyelamatkan kandungan saya dan apa possibility akan saya hadapi.. Last scan baby ada gerak2... harap akak dapat balas di email saya(little_starbees84@yahoo.com) terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Tahniah atas kehamilan. Okay akak reply thru email.

      Delete
  21. kak engku...saya hamil 6minggu...tapi saya dapati ada darah dan ada sikit tompokan berwarna coklat keluar dari vigina saya.....saya dah berjumpa doktor...doktor kata,itu cuma spoorting.darah semasa permulaan hamil.....saya cuma ingin kan kepastian dari kak engku......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ellanah,
      Darah yg berwarna coklat tak perlu risau ye. Apa yg doktor ckp tu nmg betul. Klau fresh blood yg kluar kena segera ke spital ye. Jg diri n bykkan rehat tau.

      Delete
  22. salam kak engku ..saya hamil 6 minggu. semalam ada tompokan darah wrna coklat kluar, tetapi dalam kuantiti yg sedikit shaja. sya belum berjumpa dengan doktor utk membuat pemeriksaan.adakah itu bahaya kak engku

    ReplyDelete
  23. Salam kak engku.
    Sy ada masalah. 3 hari before period... ada keluar lendir coklat.
    1minggu lepas period which dah sah sy preggy.. lendir coklat keluar lg. Sy dah jumpa doc dan dia gtau sy threatened miscarriage. Dia tak bagi duphaston sbb sy ada ovarian cyst. Katanya ubat tu akan membesarkan cyst tu. Dia bg mc 2 hari. Sy dah rest tp still lendir coklat tu keluar. Takde darah. Cuma lendir coklat. Setakat hari ji dah 3kali. Boleh bg pendapat kak engku?
    Tlg email sy kat hunny_ars@yahoo.com. tq

    ReplyDelete
  24. Askum kak sy nk tanya sy hamil 5minggu bru semalam saya scan an nampak.kantung baby..tp sejak.2hari lepas hingga hari ni.keluar tompokan.coklat kemerahan..kuantiti sikit saja tp hari-hari ada..saya ada tanya doc dan diberitahu normal diawal kehamilan..tetapi saya tetap risau apa2 terjadi paa kandungan saya sebab ni first baby saya dan suami..
    Ni email sy zuefiqha@yahoo.com

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum, kak engku.
    Saya hamil 3 bulan tapi tadi pukul 2.40 ptg ada darah warna merah keluar dari faraj saya. Bila saya memakai pad, darahnya masih tidak berhenti mengalir di pad. Saya keliru sbb ini adalah anak ke 4 saya (memandangkan saya czer bagi ketiga-tiga anak terdahulu). Faraj saya berdenyut-dengut diikuti dgn perut saya rasa spt memulas-mulas mcm nak dtg bulan tapi sy hamil.Pelik? Bahaya tak? Saya sudah telefon suami tapi suami berkeras mahu siapkan kerja sampai tamat waktu kerja baru mahu balik tengok saya. Suami suruh saya rehat tapi ketiga-tiga anak bawah 6 tahun sangat lasak dan perlu dijaga. Saya duduk seorang diri dgn anak-anak shj. Terima kasih.

    ReplyDelete
  26. Salam..Kak

    Sy dah pregnant 6 minggu 3 hari.hr ni masa sy buang air sy nmpak ade sedikit darah merah didalam lendir..adakah sy akan mengalami keguguran..

    harap dpt membantu..
    asyila@fpsoventures.com

    ReplyDelete
  27. wsalam semua, mengenai pendarahan yang berlaku semasa kehamilan nie kita boleh lihat dari segi kalernye. klu darah berwarna coklat mungkin ia adalah pendarahan yg telah lama berlaku, ataupun sisa darah lama yg terdapat dlm rahim kita, perkara ini tida perlu dibimbangkan sgt, tetapi kalau pendarahan yg berlaku tu berwarna merah atau kelihatan fresh akak nasihatkan cuba buat pemeriksaan di klinik ye, kerana sepanjang kehamilan jika berlaku pendarahan kita tidak boleh ambil ringan kerana ia memberikan sesuatu petunujuk awal terhadap kehamilan kita. so nasihat akak buat pemeriksaan ye.

    ReplyDelete
  28. Salam kak,isteri sy mengandung 25minggu.tetapi tadi pagi terdapat tompokan coklat kehitaman pd pantiliner.tgh hari pun keluar lg.ape tandanye ye.adakah keadaan ini serius?mhn penjelasan kak engku,mhn kak engku balas di emel: aizuddin.zakaria@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, akak nasihatkan pergi ke klinik utk pemeriksaan ye.

      Delete
    2. Isteri dh pg klinik tetapi disebabkn doktor tiada, jururawat minta dtg esk...tq atas nasihat kak engku

      Delete
    3. sama sama, suruh isteri banyakkan rehat dan berdoalah ye agar segalanya dipermudahkan

      Delete
  29. Slm kak engku, bidan mengatakan bahawa saya pregnant dan sekarang dah masuk lima bulan, tapi bila scan dan check upt -ve. Doktor2 pun cakap saya tak pregnent. Sekarang ni saya mengalami bleeding yang memaksa saya untuk memakai pad. Darah yang keluar berketul2 dan ada rasa sedikit cramp. Boleh tak bagi nasihat or petunjuk since nak g klinik pun tak tau nak cakap apa utk kes saya ni tq. Asnietza84@gmail.com

    ReplyDelete
  30. assalam kak engku, bole tlg sy yg runsing ni.. last period sy 25/3/2013, biasenye selang 30-35 ari. tp sampai hari ni x period2 lagi, sy mule risau sbb smlm ptg tibe2 ade sedikit darah coklat di pantyliner, sy pon trus pakai pad. dah redha, xde rezki bln ni. tp sampai la hari ni xde kuar ape2 darah pon. mungkinkah sy pregnant? sbb sy serik nak wat upt, slalu kecewa.. ehhehe.

    ReplyDelete
  31. As'salamualaikum kak engku.. Setelah 9 bulan berkahwin 8.4.2013 bila sy check UPT +ve tapi bila bangun pagi 10.4 ade bleeding darah merah. Disebabkan sy risau sgt dan takde pengalaman sy ke GH utk rawatan lanjut. Pada mulanya doc takut kandungan luar rahim tp lepas da check Alhamdulillah kandungan da 5 mggu. Doc just bg folic acid utk makan. 15.4 ade bleeding lagi dan paling teruk pd 17.4 smpai sy kena tukar pad overnight 2 kali. Bila pegi hospital ampang doc ckp kandungan ok 6mm=6w3d dan kena dtg 2 mggu lagi utk repeat scan.Spnjg 2 mggu tu ade bleeding skit tp x byk so sy abaikan je. 3.5 tarikh sy scan amat sedih bila doc scan kandungan 21mm=6w3d jugak,kantung kosong dan heartbeat takde lg..Dr 22.4 smpai la ke harini sy ade bleeding lg berterusan selama 8 hari tp cuma coklat+lendir pekat.. Adakah kandungan sy ni tidak ade harapan..???? sejak scan aritu hati sy tak tenang dan asyik murung je...Harap akk dpt beri pendapat dan tips sbb sy mmg buntu skrg ni.. :(

    ReplyDelete
  32. Salam kak engku.. sy nak cerita masalah tu kat sini tapi segan la plak. klu boleh kak engku reply email sy ni, dan sy akan hantarkan email kepada kak engku. email sy xicgroup.agency@gmail.com
    thanks kak engku. Harap kak engku akn email sy.. :)

    ReplyDelete
  33. Salam kak...sy nk tumpang btnya....last 2 days sy p cekup kt klinik since dk dmam 2ari dh...then doc said sy +ve prgnant tp line samar-samar lg...the next day sy cek sndri kt umh gna UPT..tp result -ve...smlm sy ada bsama husben...then da darah kluar gk...so how ya kak???did i prgnant...somemore priod sy dh lwat 12ari dr biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hrap kak bley bg feedback kt sy by email edayu_rani90@yahoo.com

      Delete
  34. Salam k.engku..sy disahkan prgnant 6 mggu.masalahnye keluar lendir coklat xberhenti2 smpai ari ni.sy risau k.engku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak engku nasihatkan pergi buat pemeriksaan di klinik

      Delete
  35. salam kak,
    sy baru kahwin 1.6,13
    1st day last period saya pada 30.5.13 hbs pada 10.6 13. lepas itu period saya delay smapai hari ni lbh kurang 50 hari..saya ada buat upt test last week dan result -ve ..tapi hari ni ada tompok2 coklat kuar saya xtau sama ada itu period atau tanda-tanda prgnant..tq
    ni emall sy: amirahmdnor@gmail.com

    ReplyDelete
  36. Salam kak engku,

    Saya telah disahkan mengandung 7 weeks, ini merupakan anak kedua setelah hampir 5 tahun mencuba. tatapi 3 hari lepas keluar darah berwarna coklat dan lendir terutama semasa kencing. Keesokan pg check ke hosp dan scan kantung baby ada tapi xdpt check dengupan jantung krn terlalu kecil. saya dpt mc 3 hari utk rehat dan appointment semula dalam 3 minggu lg utn scan semula. ttp hari ini darah makin byk disertai dengan ketulan spt period. Apa yg perlu saya lakukan krn tiada pula ketulan daging yang keluar. tq Sila reply ke email saya lynn6178@gmail.com

    ReplyDelete
  37. Salam kak Engku, masalah saya sama dgn lynn6178, boleh reply jawapan kat email saya Mdanish1910@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete
  38. salam kak engku,
    sekarang sy pregnant dalam 7minggu,tp da lebih 3minggu saya mengalami pendarahan,saya ada cek doctor,doctor scan masih ade lagi kantung tetapi xdpt nak cek degupan jantung sebab masih kecil,2hari lepas saya ada membuat upt dan masih lagi positif,sekarang saya risau apakah status kandungan saya sebab kena tunggu lagi 2minggu untuk buat repeat scan,bilakah pendarahan ini akan berhenti?email saya teisha2010@yahoo.com

    ReplyDelete
  39. Assalam..sy nak brtnya,pd 14hb april sy ada mengalami jompokan darah seperti akhr period slma 4hr.darah bwarna merah,coklat brcmpur lendir.adakah kemungkinan sy akan 'gamil?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.