"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 July 2010

Gonorrhea

Gonorrhea adalah penyakit jangkitan yang serius dan boleh disebarkan kepada bayi semasa proses kelahiran. Ketahuilah bahawa gonorrhea berjangkit melalui alat kelamin, hubungan seksual menerusi dubur dan daripada ibu yang dijangkiti kepada bayi dalam kandungan semasa proses kelahiran. Wanita yang mengalami masalah ini ketika hamil berisiko untuk berhadapan dengan keguguran, jangkitan pada kantung dan cecair amniotik, kelahiran pramatang, dan preterm premature rupture of membranes (PPROM) atau air ketuban pecah awal.

Bakteria yang menyebabkan penyakit ini hidup dalam persekitaran yang suam dan lembap. Hal ini bermakna, antara kawasan yang berpotensi untuk menjadi habitatnya ialah serviks, tiub fallopio, salur kencing, mulut, tekak, mata dan dubur.

Gonorrhea yang tidak dirawat akan menyebabkan seseorang itu lebih mudah dijangkiti HIV dan penyakit jangkitan kelamin yang lain. Sekiranya anda terdedah kepada masalah yang disebutkan itu, bermakna anda turut berisiko untuk berhadapan dengan masalah jangkitan pada uterus selepas bersalin.

Pada masa yang sama, anda turut berpotensi untuk mendapat penyakit keradangan pelvik (pelvic inflammatory disease PID). Wanita yang menghidapi PID jarang menunjukkan tanda yang nyata. Sekiranya ada tanda, ini bermakna penyakit tersebut sudah berada pada tahap yang membimbangkan. Masalah ini seterusnya boleh menyebabkan kemandulan dan kehamilan luar rahim.

Sekiranya rawatan masih tidak diberikan semasa proses kelahiran, bakteria akan mudah menjangkiti bayi. Jangkitan ini boleh menyebabkan bayi yang baru lahir mengalami masalah mata dan tanpa rawatan segera, bayi mungkin buta. Selain penglihatan terjejas, masalah lain mungkin timbul. Antaranya ialah jangkitan serius terhadap sendi, darah dan meningitis.

Jangkitan Gonorrhea Boleh Dikesan Dengan Cara
  • Mengambil contoh rembesan (swap sample)
  • Spesimen daripada cecair badan yang disyaki dijangkiti seperti yang terdapat pada serviks, rektum atau tekak akan dihantar ke makmal untuk ujian.
  • Ujian air kencing (urine test)
  • Gonorrhea yang wujud dalam serviks dan salur kencing boleh dikesan melalui ujian air kencing.
  • Ujian tisu (gram stain).
Kebanyakan wanita yang dijangkiti gonorhhea tidak menunjukkan sebarang tanda. Pun begitu, tanda jangkitan biasanya akan muncul dalam tempoh 10 hari selepas dijangkiti. Jika jangkitan berpunca daripada hubungan kelamin, tanda yang akan muncul ialah keputihan yang tidak normal, sakit dan rasa seperti terbakar semasa membuang air kecil dan berlakunya pendarahan semasa melakukan hubungan intim.

Bagaimanapun, jika jangkitan berpunca hubungan kelamin melalui dubur, anda akan rasa sakit atau gatal setiap kali menggerakkan usus. Namum, jangkitan pada tekak dan mulut jarang berlaku. Cuma anda mungkin akan mengalami sakit tekak. Jangkitan pada mata pula boleh mengakibatkan kesan kemerah-merahan dan gatal serta bertahi.

Semasa hamil, jangkitan gonorrhea lazimnya terhad pada bahagian serviks, salur kencing dan vagina. Akan tetapi, bahagian lain pada tubuh turut berpotensi untuk terkena jangkitan. Dan sekiranya bakteria dapat masuk ke dalam saluran darah (kes yang jarang berlaku) keadaan akan menjadi bertambah rumit. Walaupun penyakit ini serius, masih ada cara untuk menyembuhkannya. Gonorrhea boleh dirawat dengan antibiotik dan selamat untuk ibu hamil.

No comments:

Post a Comment