Hamil dan pada masa yang sama ada cyst membuatkan seseorang wanita itu rasa tertekan. Namum, itu bukan masalah yang besar kerana lazimnya cyst tidak membahayakan. Secara umumnya, cyst adalah kantung yang mengandungi cecair yang boleh berada di mana-mana tempat seluruh tubuh. Pada ovari sendiri, pelbagai jenis cyst boleh terbentuk. Dan antara yang paling biasa dikenali sebagai functional cyst. Cyst jenis ini selalunya terjadi semasa kitaran haid normal.
Setiap bulan, ovari wanita membentuk cyst yang kecil untuk memegang telur. Setelah telur tersebut matang, kantung yang yang memegangnya itu pecah seterusnya membenarkan telur bergerak melalui salur falopio untuk proses persenyawaan. Kantung yang tinggal kemudiannya diserap.
Selain itu, ada sejenis lagi functional cyst yang dikenali sebagai follicular cyst. Ini adalah cyst yang kantungnya tidak boleh dipecahkan untuk melepaskan telur. Kantung tersebut terus membesar. Cyst jenis ini selalunya akan hilang dalam tempoh satu atau tiga bulan. Corpus luteum cyst pula terbentuk jika kantungnya tidak dapat diserap.
Sebaliknya kantung tersebut akan terus tertutup selepas telur dikeluarkan. Cecair kemudiannya akan mula memenuhi kantung tersebut. Cyst jenis ini biasanya akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu. Walaubagaimanapun, cyst tersebut boleh membesar sehingga 4 inci dan mungkin menyebabkan pendarahan atau ovari akan terbelit. Akibatnya, penghidapnya akan rasa sakit.
Ubat
Untuk pengetahuan, ada juga ubat-ubatan yang digunakan untuk merangsang ovulasi meninggikan kemungkinan seseorang itu mendapat cyst. Ubat-ubatan itu ialah seperti Clomid atau Serophene. Pun begitu, cyst kebanyakannya tidak ada kaitan dengan kanser. Kebanyakan wanita yang mengalami ovarian cyst jarang menunjukkan simptomnya. Akan tetapi, antara masalah yang dikatakan ada kaitannya dengan cyst ialah:
Untuk memastikan adakah cyst tersebut adalah sel kanser ataupun tidak, doktor akan membuat ujian darah. Pada kebiasaannya, wanita yang dikenal pasti mengandungi cyst akan disuruh menunggu sehingga satu hingga tiga bulan sebelum diperiksa semula untuk mengetahui sama ada saiz cyst itu bertambah ataupun tidak. Sekiranya selepas beberapa kali kitaran haid dan cyst masih ada bahkan semakin membesar dan menyakitkan, doktor biasanya akan menyarankan wanita tersebut menjalani pembedahan untuk membuangnya.
Bahaya
Secara umumnya, cyst tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, masalah ini selalunya tidak menunjukkan simptom-simptomnya dan yang nyata tidak ada kaitannya dengan kanser malah sering kali hilang dengan sendirinya.
Bagi wanita hamil, cyst bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dianggarkan satu daripada seribu wanita hamil akan ada cyst. Majoriti cyst yang ada semasa hamil adalah yang lemah dan tidak membahayakan. Ujian imbasan sangat berguna untuk mengenal pasti adakah cyst itu membahayakan ataupun tidak. Sekiranya berdasarkan ujian imbasan didapati cyst hanya mengandungi air tanpa bendasing lain, maka tidak berbahaya.
Namum, jika cyst yang ada itu besar, mungkin bahaya bagi ibu hamil. Hal ini adalah kerana cyst tersebut mungkin akan pecah atau berbelit. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kesakitan pada ibu hamil tersebut dan berpotensi untuk menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang. Cyst yang besar iaitu bersaiz lebih 8cm, selalunya dibuang melalui pembedahan. Itupun sekiranya saiznya tidak membesar secara drastik dalam tempoh beberapa minggu.
Dalam kehamilan, waktu terbaik untuk menjalankan pembedahan ialah pada trimester kedua iaitu ketika kandungan berusia 14 hingga 16 minggu. Kadang-kadang pembedahan untuk membuang cyst ini dibuat menerusi pembedahan secara laparoskopi, namum jika saiz tersebut besar, pembedahan seperti biasa akan dilakukan.

- Rasa tekanan dan sakit pada bahagian abdomen.
- Bermasalah untuk membuang air kecil.
- Sakit ketika melakukan hubungan intim.
- Pertambahan berat badan.
- Sakit ketika datang haid dan pendarahan yang luar biasa.
- Loya dan muntah-muntah.
- Sakit berserta demam dan muntah
- Sakit sangat pada bahagian abdomen.
- Pucat, lesu dan rasa seperti hendak pitam.
- Bernafas dengan kadar yang cepat.
Untuk memastikan adakah cyst tersebut adalah sel kanser ataupun tidak, doktor akan membuat ujian darah. Pada kebiasaannya, wanita yang dikenal pasti mengandungi cyst akan disuruh menunggu sehingga satu hingga tiga bulan sebelum diperiksa semula untuk mengetahui sama ada saiz cyst itu bertambah ataupun tidak. Sekiranya selepas beberapa kali kitaran haid dan cyst masih ada bahkan semakin membesar dan menyakitkan, doktor biasanya akan menyarankan wanita tersebut menjalani pembedahan untuk membuangnya.
Bahaya
Secara umumnya, cyst tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, masalah ini selalunya tidak menunjukkan simptom-simptomnya dan yang nyata tidak ada kaitannya dengan kanser malah sering kali hilang dengan sendirinya.
Bagi wanita hamil, cyst bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dianggarkan satu daripada seribu wanita hamil akan ada cyst. Majoriti cyst yang ada semasa hamil adalah yang lemah dan tidak membahayakan. Ujian imbasan sangat berguna untuk mengenal pasti adakah cyst itu membahayakan ataupun tidak. Sekiranya berdasarkan ujian imbasan didapati cyst hanya mengandungi air tanpa bendasing lain, maka tidak berbahaya.
Namum, jika cyst yang ada itu besar, mungkin bahaya bagi ibu hamil. Hal ini adalah kerana cyst tersebut mungkin akan pecah atau berbelit. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kesakitan pada ibu hamil tersebut dan berpotensi untuk menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang. Cyst yang besar iaitu bersaiz lebih 8cm, selalunya dibuang melalui pembedahan. Itupun sekiranya saiznya tidak membesar secara drastik dalam tempoh beberapa minggu.
Dalam kehamilan, waktu terbaik untuk menjalankan pembedahan ialah pada trimester kedua iaitu ketika kandungan berusia 14 hingga 16 minggu. Kadang-kadang pembedahan untuk membuang cyst ini dibuat menerusi pembedahan secara laparoskopi, namum jika saiz tersebut besar, pembedahan seperti biasa akan dilakukan.
Cyst ni membahayakan bayi tak? kalau pembedahan dilakukan tak effect pada bayi ke?
ReplyDeleteLina: Cyst nie, kalau tak silapa akak tak effect kat bayi, tapi boleh menyebabkan keguguran ataupun lahir pramatang
ReplyDeletewife sy ada mslh cyst tp pakar nasihatkan xperlu bedah. skrg da selamat bersalin tp cyst terus mmbesar . stkt ni cyst tu xmemberikan kesan sampingan lg la. tgu untuk pemeriksaan selanjutnya
ReplyDeleteTuan: Nasihat akak cuba tuan bertanyakan dengan lebih detail kepada doktor yang merawat mengenai keadaan cyst tersebut dan juga cara rawatan yang terbaik (serta tanyakan juga rawatan alternatif jika ada), agar tuan dan isteri boleh membuat keputusan yang terbaik. Akak harap tuan dan isteri banyak bersabar ye dan jangan lupe sentiasalah berdoa agar perkara begini tidak mendatangkan kemudaratan kesihatan terhadap isteri tuan ye.
ReplyDeletesy sudah 3 thn berkahwin tp masih tiada anak.baru2 ni sy ada buat pemeriksaan di hospital pakar,didapati sy ada cyst 2.7cm.doktor mencadangkan supaya di bedah utk buang cyst.Klau sy x buang adakah ia bahaya pd sy?
ReplyDeletePn: Assalamualaikum Puan, akak nak kasi pandangan pun tak berani gak, sebabnye akak tak berapa arif dlm kes macam nie, so nasihat akak supaya puan berbincang dengan doktor berkenaan dan dapatkan rawatan yang sebaiknya, kerana doktor yang merawat puan adalah lebih arif dengan keadaan yang puan alami, thanks ye sudi singgah blog akak.
ReplyDeleteAssalamualaikum, baru-baru2 ini sudah hampir 2 minggu saya tidak datang haid. selama ini, haid saya sangat teratur. Apabila melakukan pregnancy test sebanyk 3 kali, didapati satu daripada ujian itu negatif, dan dua daripadanya posditf. Memandangkan tiada pengalaman tentang kehamilan,saya dan suami berjumpa doktor.Namun, semalam, apabila berjumpa dgn doktor untuk scan, tidak ada tanda2 mengandung tetapi ada cyst sebsar 5 cm.Ujian air kencing jg menunjukkan negatif. Saya disarankan berjumpa dengan doktor sakit puan.saya sedang mencari pakar sakit puan di sekitar kota kinabalu.
ReplyDeleteAdakah cyst itu akan membsar dengan cepat..Risau sgt...
wsalam, akak nasihatkan jangan terlalu stress dengan perkara tersebut. Takpe cuba buat pemeriksaan dahulu, tengok keputusannya dan dapatkan rawatan sebaik yg mungkin, insyaAllah segalanya akan kembali normal, bykkan berdoa ye dan ceria selalu.
ReplyDeleteslm kak engku...kalo doc ckp bb yg ada cyst, bahaya ke?ms kandungan sy 31 mggu sy ada pegi scan utk tau jantina..tp, doc ckp bb sy ada cyst. ada kemungkinan ke utk cyst tu hilang? kalo bahaya, apa simptom2 yg boleh kte lihat pd bb tu lpas melahirkannya ?
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekak engku..saya disahkan hamil 8 minggu..tp pada masa yang sama doc ckp saye ade cyst bersaiz 2.6cm..doc bg tau saya tak perlu risau kerna cyst tue adalah karung yg sepatutnya telah kecut..saya risau..saya hairan kerana saya pernah buat scan n pap smear..n disahkan sihat..adakah cyst ini berlaku kerna kehamilan saya? apa yang saya perlu buat sekarang?
salam, tahniah atas kehamilan puan. Akak dah reply kat email nanti baca ye. Bye n jumpa lagi
ReplyDeletesalam kak engku, adakah cyst ini hanya untuk yang golongan berkahwin shj atau ada potensi boleh di hadapai oleh orang yang belum berkahwin
ReplyDeletehadida: wsalam,akak rasa belum kahwinpun boleh kene.
ReplyDeletesalam...sy skrang pregnant 3 bulan..n bru mnjalani pembedahan mmbuang cyst yg dah 7 cm.. alhamdulillah baby okey.. klau cyst da lebih 5 cm semasa mengandung lbih baik dkeluarkn.. dan jaminan doktor utk baby selamat pun adlh 99%.. cuma nak berkongsi pengalaman.
ReplyDeletesalam anonymous,
ReplyDeleteMekasih sudi kongsi pengalaman puan.Moga puan dan bb dalam kandungan dirahmati. Amin
salam,kepada semua yg ada cyst semasa mengandung jgn la putus asa coz sy juga ada cyst seberat 4.2kg smasa pregnant.n sy juga dh operate secara laparatomy n bius seluruh badan smsa mgndung 13 mggu utk buang cyst dan tiub fallopio.tp allamdulillah jika kita berpegang dan berdoa pd Allah segalanya akan dipermudahkan coz bby sy slmt dan ok.Saya mendoakan semua yg ada mslh ini slmt
ReplyDeleteAssalam kak engku....saya juga ada cyst dua2 belah ovari.7cm dan 3 cm.pada mula pemeriksaan saiz hanya 5cm dan membesar 7cm dalam tempoh 2 minggu.doc advise soh operate.masih ada peluang utk saya pregnant x kalau lepas operate buang cyst...?saya dah berkahwin tapi belum dikurniakan cahayamata....
ReplyDeletesalam anonymous, mekasih atas perkongsian pengalaman puan, Moga menjadi panduan dan semangat untuk mereka yang ada cyst. Tahniah dan terima kasih.
ReplyDeletesalam noor,
ReplyDeleteakak nasihatkan noor dapatkan pemeriksaan rapi oleh doktor dan dapatkan keterangan yang jelas oleh doktor kerana doktor adalah orang yg berhak untuk menerangkan pada noor. moga noor tabah hadapi uijian Allah s.w.t.
salam. smlm sy scan. doc sahkan pregnant 6 mgu. tp ade cyst..dh sebesar 6cm. doc sarankan sy jmpe pakar. tp sy risau sgt2..sy risau. klu operate. bby mcm mane? buang skali or tak. cyst sy sblah kanan..
ReplyDeleteSalam intan,
DeleteMaaf akak lambat reply. Pasal cyst intan jgn risau sangat. Jumpa doktor pakar dulu. Dengar penjelasan doktor pakar. Segala kemusykilan n persoalan blh ajukan pd doktor ye. Sebelum nie mmg ada yg buat operate buang cyst walaupun hamil. Alhamdulillah ia tidak memberi kesan pd bb. Tq
assalam,k.engku...sy mgalami pendarahan dari 12hb jan sampai 31hb jan. kengdian dia berenti. tiba2, 3hb, drh turun xhenti2. sy g buat check up. doc ckp sy ada cyst di ovari sblh kanan sebesar 3cm...wallahualam...doc suh sy buat check up semula pas darah berhenti stlh duberi ubat hormon dgn hrpn pndrhn sy adalah disebabkan hormon. @ ada kmgknn sy perlu buat chec up di hosp utk pastikan kebrgkalian pembekuan darah sy. anak sy baru berusia 3 bln 1 mggu.
ReplyDeleteSalam zakiah,
DeleteMaaf lambat reply. Akak nasihatkan teruskan pemeriksaan dan rawatan di mana2 hospital ye. Jgn takut. Insyaallah takde apa2.
SALAM...SAYA MASIH BUJANG BERUMUR 23 THN MENGALAMI CYST SEBESAR 6.85CM LEBAR DAN 4.25 TINGGI INI.. SAYA MENGALAMI PENDARAHAN YG LAME.. APEKAH RAWATAN YG PERLU SY AMBIL..
ReplyDeleteSalam anonymous,
DeleteMohon maaf banyak2, ini di luar bidang tugas akak. Akak nasihatkan jumpa doktor yg memeriksa n dptkan rawatan ye. Tq
Salam Kak Engku...
ReplyDeleteSaya mempunyai ovarian cyst disebelah kanan ovari saya. Sejak itu saya sering sakit pinggang mungkin kerana tekanan dari ovari cyst ini. Saya ingin mndpt pendpt kak engku mcm mana nk mengurangkn rasa sakit pinggang ni atau menghilangknnye. Terima kasih kak engku
Salam,
DeleteMohon maaf banyak2, ini di luar bidang tugas akak. Akak nasihatkan jumpa doktor yg memeriksa n dptkan rawatan ye. Tq
ovarian sebesar 22cm apa yg ptt dilakukan..kena operate jgak ke
ReplyDeleteSalam en jerry imran,
DeleteMaaf ini di luar bidangkuasa akak. Lebih baik dptkan info dari doktor yg menjaga ye. Tq
kak engku sy juga mempunyai ovarian cyst sebesar 3.2x2.5cm..tp doktor hanya kate tidak bahaya..cuma cecair..tp saya amat takut apabila m'dgr berita tersebut..apa yg perlu saya lakukan..adakah rehat yg cukup boleh mengecil ovarian cyst yg sy alami..
ReplyDeleteSalam natasyarida,
DeletePasal ovarian cyst nie di luar bidang kuasa akak. Klau menurut kata doktor ia tidak mmbahayakan. Jadi puan tak perlu risau ye. Bykkan rehat n jg pemakanan puan. Tq
Salam Kak Engku..
ReplyDeleteSy dah 3x sakit yg at sgt bile suami bawa klinik ujian air kncng sah kn sy prgnant tp bile scan rahim sy kosong xde ape2 pon. Bila rujuk pakar, doc scan rupa2 ye cyst sy menutup janin sy..sy bru 5 weeks pregy n dlmse yg same cyst sy da besar 8cm..doc sarankan buat pbedahan tp sy xnk cz nie my 1st prgnant..tlg kak ape2 yg patut