Ketika berpantang anda ditegah daripada makan sembarangan mengikut kehendak selera. Informasi ringkas tentang pemakanan yang perlu diamalkan sepanjang tempoh berpantang dan perkara yang harus dielakkan dapat membantu.
Berpantang bukan sahaja melibatkan kesihatan, bahkan ia saling berkait dengan amalan pemakanan. Ini kerana dalam tempoh berpantang, badan anda masih lagi lemah malah sakit ketika bersalin masih belum lagi reda sepenuhnya. Mengikut amalan tradisional masyarakat Melayu, ibu-ibu lazimnya diberikan makanan yang mampu mendatangkan sumber darah di dalam badan, misalnya limpa dan hati. Ia bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran berlangsung. Kaedah memasak bagi ibu dalam pantang juga agak berbeza. Masakan lazimnya dimasak dengan cara tertentu yang dipercayai boleh membantu menghilangkan angin dan kurang lemak selain mengecutkan urat saraf yang mengembang.
Jamu
Kebanyakan ibu-ibu lepas bersalin mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali seperti sediakala. Bagaimanapun, sebaiknya anda tidak mengambil jamu pada peringkat awal kerana kandungan bahan di dalamnya boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan. Makanlah selepas 2 minggu lepas bersalin serta dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda mengambilnya.
Ulam-Ulaman
Anda disyorkan makan lebih banyak ulaman dan sayuran yang sesuai untuk ibu dalam pantang, tetapi elakkan makan petai, jering atau apa sahaja ulaman yang menerbitkan bau yang busuk.
Rempah Ratus
Dipercayai makanan yang dimasak dengan menggunakan pelbagai jenis rempah ratus dapat mengurangkan masalah berat badan yang dialami selain memulihkan tahap kesihatan.
Halia Muda
Sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang mengandungi banyak halia, ia dapat memecahkan angin dalam badan, menghilangkan rasa sejuk dan melancarkan proses penghadaman.
Kunyit
Kunyit yang sering diminum sebagai jamu oleh ibu berpantang dipercayai dapat mengecutkan rahim dan mencuci darah. Bahkan jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka.
Bawang Putih
Bawang putih bukan sahaja berfungi sebagai penyedap makanan, bahkan mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang ketika bersalin. Bahkan ia juga dipercayai mampu membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
Pegaga
Ulam ini cukup terkenal di kalangan ibu berpantang. Daun pegaga disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya membantu menambahkan ingatan dan merehatkan minda serta tubuh badan. Malah ia dapat mengatasi masalah yang dialami selepas bersalin.
Sawi
Di kalangan masyarakat India, sawi menjadi keutamaan ketika berpantang. Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin dalam tubuh badan. Selalunya, sayur ini dimasak dengan cara mencelur terlebih dahulu dan dimakan bersama hidangan nasi panas.
Peria
Amalan memakan peria ketika berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar. Ia juga dapat menambahkan penghasilan susu ibu selain membersihkan dan melancarkan peredaran darah.
Ikan Haruan & Tenggiri
Untuk mengekalkan kesegaran tubuh, kebanyakan ibu berpantang akan mengamalkan pemakanan ikan haruan dan ikan tenggiri. Selain membantu melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia dapat menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ikan haruan dan tenggiri mempunyai kandungan asid amino dan lemak. Apa yang lebih menarik, kedua-dua ikan ini bebas kolesterol yang membuatkan wajah kelihatan berseri-seri.
Asam Jawa
Campuran perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang dapat memudahkan anda membuang air besar selain menyegarkan tubuh badan.
Nasi
Seelok-eloknya, nasi yang dihidangkan mestilah panas dan baru sahaja dimasak. Tujuannya adalah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Untuk mengelakkan kembung perut, elakkan daripada memakan nasi putih yang telah sejuk.
Minuman Berkhasiat
Ingin mengembalikan semula tenaga tubuh yang hilang ketika proses bersalin, anda digalakkan untuk meminum air rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan mengamalkan air rebusan ini pada setiap pagi dan malam, badan akan kembali menjadi ringan dan bertambah tenaga.
Ayam & Daging
Ayam dan daging adalah sumber protein haiwan yang penting untuk membantu memulihkan tenaga ibu selepas bersalin. Cara memasak seperti memanggang atau merebus dapat mengurangan kandungan lemak.
Ibu perlu minum banyak air untuk memastikan susu ibu keluar dengan banyak.

semasa b'pntang buah apr yng boleh dmakan?
ReplyDeletesalam anonymous,
ReplyDeletebuah pisang, oren, prun..... akak ada pos entri kat blog. Nanti baca ye..Tq
salam kak engku..
ReplyDeletenak tanya adakah minum air yg banyak selepas bersalin memepengaruhi kadar susu ibu?
salam anonymous,
ReplyDeleteDalam pantang puan dinasihatkan minum banyak air. Kadar susu ibu dipengaruhi oleh kuantiti air yang di ambil. Ibu yang menyusukan anak memang cepat dahaga. Minum sikit2 tapi kerap....insyaallah takde masalah. Tq
Salam kak engku. Saya ingin minta pendapat tentang makan ikan kering/ikan masin sewaktu berpantang? kebanyakan wanita semase pantang di minta makan ikan kering. setahu saya ikan kering tinggi garam. jadi adakah ia elok untuk ibu masa berpantang? adakah ia satu kemestian?
ReplyDelete