"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 July 2010

Gigi Timbul

Gigi akan timbul apabila bayi berumur di antara 6 bulan hingga 3 tahun. Ramai ibubapa berpendapat bahawa bayi akan demam apabila munculnya gigi. Memang ada kaitan di antara tumbuh gigi dengan demam pada anak tetapi tidak semua demam disebabkan oleh tumbuhnya gigi.

Tanda-Tanda
  • Gigi timbul
  • Demam, bayi gelisah, menangis, air liur meleleh.
  • Anak kerap menggigit jari, kain baju, perabot dan perkakas-perkakas rumah.

Tindakan Ibubapa
  • Bayi mungkin demam apabila giginya timbul tetapi demam ini mungkin disebabkan oleh penyakit lain.
  • Ubat paracetamol boleh diberi.
  • Jangan beri makanan yang keras kerana ini akan menyakitkan gusi bayi.
  • Krim menahan sakit boleh dibeli dari farmasi.
  • Pastikan bayi minum secukupnya.
  • Belikan alat gigitan bayi (teething ring) yang lembut.

Rujukan Kepada Doktor

Kadang-kadang demam yang dialami oleh bayi yang baru tumbuh gigi berpunca daripada jangkitan dan bukannya masalah pergigian. Oleh itu, rujukan kepada doktor perlu jika demam berpanjangan atau bersamaan dengan kurang menyusu.

Komen : Adakalanya bayi dilahirkan dengan gigi. Sila berhubung dengan doktor gigi kerana gigi itu mungkin perlu dicabut. Manakala puting yang diberi kepada anak untuk sentiasa dihisap akan menjejaskan pertumbuhan giginya kelak.

No comments:

Post a Comment