"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

05 July 2010

Jangkitan Semasa Hamil

Sememangnya bukan sesuatu yang menggembirakan jika anda disahkan menghidap penyakit semasa hamil. Dan antara yang sering mengganggu ialah masalah jangkitan.

Diakui, risiko untuk mendapatkan jangkitan yang serius semasa hamil sangat rendah. Pun begitu, masalah jangkitan ini mampu mengganggu kesihatan anda dan bayi. pada dasarnya, yang terkena jangkitan ialah ibu. Namum, bayi dalam kandungan tidak akan terlepas daripada kemungkinan untuk turut mengalami masalah rentetan jangkitan yang dialami ibu. Pun begitu, peratusan bayi yang akan turut terkena jangkitan bergantung kepada organisma yang terlibat. Adakah anda mempunyai antibodi terhadapnya, adakah jangkitan itu boleh dirawat dan bilakah anda mula diserang masalah tersebut?

Ketahuilah bahawa sesetengah jangkitan jika menyerang ketika hamil akan menjadikan anda lebih bermasalah. Walaupun anda tidak mampu mengelakkan diri daripada terkena jangkitan ketika hamil, namum ada beberapa perkara boleh diambil bagi mengurangkan kesakitan yang dialami sekaligus mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang lebih besar sama ada pada anda juga pada bayi.

Melalui pemeriksaan kesihatan semasa hamil seperti ujian darah, anda boleh mengetahui adakah anda imun kepada sesetengah jangkitan ataupun tidak. Misalnya, chicken pox atau rubella. Selain itu, anda boleh juga menguji jangkitan untuk mengetahui sama anda menghidapnya ataupun tidak. Antara masalah jangkitan yang selalu menyerang ibu hamil ialah jangkitan Group B Streptococcus (GBS), Hepatitis B dan HIV. Jika anda rasa diri terdedah kepada jangkitan atau rasa tidak sihat, jagalah diri sebaiknya untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Selain itu, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan sendiri untuk menghindar risiko jangkitan. Perkara yang paling asas boleh dibuat ialah membasuh tangan, tidak berkongsi gelas minuman ataupun barangan keperluan lain, sentiasa membersihkan najis haiwan peliharaan seperti kucing, menggunakan sarung tangan semasa berkebun, dan menjauhkan diri daripada individu yang menghidapi penyakit berjangkit.

Mengamalkan hubungan seks dengan cara yang selamat dipercayai dapat mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan penyakit kelamin. Selain berhati-hati dengan aktiviti harian, anda perlu juga menjaga pemakanan. Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan masalah jangkitan. Pada masa yang sama, cuci bersih semua sayuran dan buahan yang ingin dimakan. Pastikan juga daging, ikan dan telur cukup masak sebelum dimakan. Turut tidak terlepas ialah kebersihan persekitaran dapur anda. Pastikan semuanya berada dalam keadaan yang bersih dan tidak tercemar.

Antara Jangkitan Yang Boleh Menggganggu Kehamilan
1. Bacterial Vaginosis
2. Chlamydia Trachomatis
3. Fifth Disease
4. Gonnorrhea
5. Hepatitis B
6. Herpes simplex Virus
7. Listeriosis
8. Mumps
9. Syphilis
10. Trichomoniasis
11. Chicken Pox
12. Cytomegalovirus
13. Genital Warts
14. Group B Streptococcus
15. Hepatitis C
16. HIV
17. Lyme Disease
18. Rubella
19. Toxoplasmosis
20. Yeast

No comments:

Post a Comment