"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

05 July 2010

Bacterial Vaginosis

Masalah keputihan yang berlaku menimbulkan rasa tidak selesa kepada kebanyakkan ibu hamil. Masalah yang kelihatan remeh ini perlu diberikan perhatian sewajarnya agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat.

Bacterial vaginosis (BV) adalah antara masalah jangkitan yang paling biasa dan penyebab vagina mengeluarkan mukus (keputihan) yang tidak normal. Jangkitan berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan antara bakteria-bakteria yang ada dalam vagina. Lazimnya, bakteria baik yang dikenali sebagai lactobacilli adalah yang paling banyak berfungsi menyeimbangkan keadaan dalam vagina. BV berlaku akibat terlalu sedikit lactobacilli yang terdapat dalam vagina dan seterusnya mengakibatkan bakteria lain membiak tanpa kawalan. Akan tetapi, sehingga kini, masih belum diketahui apakah faktor yang menyebabkan lactobacilli berkurangan. Dianggarkan seorang dalam setiap lima wanita akan mengalami masalah ini semasa hamil.

Menghidap masalah BV ketika hamil akan menyebabkan anda lebih berisiko untuk berhadapan dengan kelahiran pramatang. Sesetengah kajian menghubungkaitkan masalah jangkitan ini dengan risiko keguguran, air ketuban keluar sebelum waktunya dan jangkitan rahim selepas bersalin. Selain itu, menghidapi BV menjadikan anda lebih terdedah kepada penyakit jangkitan kelamin seperti chlamdia, gonorrhea dan HIV.

Untuk pengetahuan, lebih separuh daripada wanita yang menghidap BV tidak menunjukkan sebarang tanda. Sebenarnya antara tanda anda mengalami masalah ini ialah keluarnya lendir yang berwarna putih atau kekelabuan dengan bau yang kurang menyenangkan daripada vagina. Bau tersebut lebih ketara selepas melakukan hubungan seksual. Hal ini terjadi akibat percampuran lendir tersebut dengan air mani.

Tanda lain pula, ialah anda akan rasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil. Pun begitu, tanda ini sangat jarang berlaku. Lazimnya, jika tanda-tanda seperti ini berlaku pada anda, doktor akan menjalankan pemeriksaan lebih lanjut terhadap cecair yang keluar dariada vagina dan rembesan serviks untuk memastikan masalah sebenar yang sedang anda alami.

Pakar menyarankan agar ibu hamil yang pernah melahirkan bayi pramatang agar menjalani pemeriksaan BV. Dan jika hasil pemeriksaan tersebut positif, rawatan segera perlulah diberikan. Akan tetapi, kebiasaannya rawatan BV tidak akan dilakukan pada peringkat awal kehamilan kerana bimbangkan ubat tersebut akan mengganggu perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Maklumat terkini bidang perubatan ada memaklumkan bahawa ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat BV adalah selamat. Pun begitu, adalah lebih baik jika dielakkan pengambilan sebarang jenis ubat pada trimester pertama kehamilan kecuali dengan alasan yang kukuh.

Ibu hamil akan diberikan antibiotik (yang telah disahkan selamat untuk diambil ketika hamil) jika hasil pemeriksaan mengesahkan mereka dijangkiti BV. Dalam kebanyakan kes, penggunaan antibiotik ini akan meredakan jangkitan yang dialami. Hal ini adalah kerana antibiotik selalunya akan membunuh kesemua bakteria yang menyebabkan BV. Akan tetapi, masih belum ada cara untuk membiakkan bakteria yang baik dengan cepat bagi menentang bakteria jahat supaya dapat menyeimbangkan keadaan dalam vagina.

Untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah ini, ada beberapa langkah boleh diambil
  • Jangan gunakan pencuci alat kelamin (feminine hygine) berbentuk semburan atau sabun wangi untuk membersihkan alat kelamin anda. Dikhuatiri bahan-bahan ini mengganggu keseimbangan bakteria yang ada dalam vagina.
  • Jika anda merokok, berhentilah. Ketahuilah bahawa merokok akan meninggikan lagi risiko dijangkiti BV.
  • Amalkan hubungan seksual yang sihat dan selamat.
  • Juga dapatkan info berkaitan merawat keputihan (klik sini).

No comments:

Post a Comment