"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 July 2010

Hernia Pusat

Kawasan perut diliputi oleh otot-otot perut yang menjaga rupabentuknya. Ketegangan otot-otot tersebut memastikan perut tidak buncit. Walau bagaimanapun, sesetengah bayi dilahirkan dengan otot-otot perut yang tidak tegang. Kawasan yang tidak tegang itu boleh melibatkan kawasan di sekeliling pusat. Hernia pusat berlaku kerana sebahagian daripada usus menonjol keluar akibat kurangnya ketegangan otot-otot perut di kawasan pusat.

Tanda-Tanda
  • Bonjol di pusat.
  • Bonjol membesar apabila bayi menangis dan hilang apabila bayi berbaring tanpa menangis.

Tindakan Ibubapa
  • Jangan balut kawasan itu dengan kain yang ketat. Ini tidak akan menolong menghilangkan bonjol itu.
  • Kenal pasti ukuran bonjol kerana sekiranya ia membesar ibubapa akan mengetahuinya.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Bonjol semakin membesar (lebih daripada 2cm).
  • Bonjol menjadi keras dan tidak tenggelam apabila bayi berehat.
  • Bayi menangis dengan tidak henti-henti.
  • Bayi muntah berterusan.

Komen : Kebanyakan hernia pusat akan hilang apabila bayi berumur setahun. Jarang sekali pembedahan diperlukan untuk menghilangkan hernia pusat. Sila lihat Hipotiroid kerana bayi yang menghidapi hipotiroid kerap mendapat hernia pusat.

No comments:

Post a Comment