"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 July 2010

Glomerulonefritis Akut

Glomerulonefritis akut adalah sejenis penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh reaksi jangkitan kuman. Dalam kebanyakkan kes, pesakit akan menghidap jangkitan 1 -3 minggu sebelum bermulanya masalah buah pinggang. Jangkitan tersebut terdiri daripada infeksi kulit berkudis, sakit tekak ataupun infeksivirus. Penyakit ini selalunya dihidapi oleh para pelajar sekolah. Dengan rawatan tertentu ke semua kes begini akan pulih.

Tanda-Tanda
  • Air kencing berdarah.
  • Bengkak di sekeliling mata.
  • Demam, letih dan sakit kepala.
  • Air kencing berkurangan, kenaikan tekanan darah (hipertensi).

Tindakan Ibubapa
  • Sekiranya anak mengalami penyakit kudis yang teruk, rawatan antibiotik harus didapatkan segera daripada doktor untuk menghapuskan kuman.
  • Kudis harus dibersihkan dengan teliti.
  • Ibubapa harus berwaspada terhadap tanda-tanda glomerulonefritis akut boleh berlaku apabila jangkitan kulit merebak ke buah pinggang. Hanya sebilangan kecil kes penyakit kudis atau sakit tekak akan mengalami glomerulonefritis.

Rujukan Kepada Doktor

Semua kanak-kanak dengan tanda-tanda di atas mesti dirujuk kepada doktor. Jururawat akan menguji air kencing dan mencatatkan tekanan darah anak semasa di dalam wad. Ketika dirawat di hospital, jumlah air minum yang diberi akan dikurangkan apabila air kencing anak berkurangan.

Komen : Rawatan ini bertujuan untuk menghapuskan jangkitan kuman dengan ubat antibiotik dan memastikan fungsi buah pinggang berjalan dengan baik. Semasa anak sakit, kurangkan garam dalam makanannya.

No comments:

Post a Comment