"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 July 2010

Gusi Berdarah

Gusi berdarah akan berlaku kepada kanak-kanak yang menggosok gigi dengan cara yang tidak betul ataupun dengan menggunakan berus gigi yang terlalu keras. Ramai kanak-kanak menghidap masalah ini. Sebab-sebab lain termasuklah jangkitan gusi, sakit gigi, penyakit darah seperti hemofilia dan luekimia.

Tanda-Tanda
  • Gusi Berdarah.
  • Gusi bengkak dan merah.

Tindakan Ibubapa
  • Beri anak berus gigi yang lembut.
  • Ajar anak cara menggosok gigi yang betul, iaitu dari atas ke bawah untuk gigi atas dan dari bawah ke atas untuk gigi bawah.
  • Periksa gigi dan gusi anak.
  • Periksa kulit anak untuk memastikan tiada atau adanya pendarahan di dalam kulit seperti lebam-lebam.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Gusi anak berdarah berterusan.
  • Gusi anak bengkak dan merah.
  • Nafas anak berbau.
  • Anak sering demam.
  • Pendarahan di kulit anak, kerap lebam di kulit atau pendarahan dari rongga-rongga lain.
  • Memerlukan siasatan untuk menentukan sebab pendarahan selain daripada yang ada di dalam mulut anak.

4 comments:

  1. Maaf ingin bertanya Dr mana kite kena rujuk kalau gus atau gigi anak berdarah? Dr biasa atau Dr gigi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahieyda,
      Adalah lbh baik jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan dulu. Mungkin jika ada masalah lain doktor gigi akan rujuk doktor biasa @ pakar kanak2. Tq

      Delete
  2. Salam Kak Engku,
    Sy ada pertanyaan. Anak berumur hampir 18bulan. Die mengalami gusi bengkak,dan tak selera nak makan dah lebih kurang 1mgu. 2 hari lepas,sy ada bg ubat surut bengkak n baru saya perasan yg gusi die berdarah sedikit.Mlm td baru die mampu utk makan. Pd waktu yg sama,nafas dia berbau. Serius ke masalah ni? Pd awalnya sy sangka simptom2 tumbuh gigi sperti biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mummy hariz,
      Akak nasihatkan jumpa doktor untuk pemeriksaan detail ye. Tq

      Delete