Demi kesihatan yang baik dan keselamatan diri semasa hamil, pemeriksaan dan penjagaan kesihatan diri perlulah dilakukan awal iaitu ketika merancang untuk hamil. Akibat perubahan hormon ketika hamil, jangkitan pada alat kelamin yang disebabkan oleh virus human papiloma (HPV) ini akan bertambah serius.
Jangkitan ini akan menyebabkan ketuat pada bahagian genital. Pun begitu, kebanyakan individu tidak menyedari dirinya dijangkiti HPV. Sesetengah wanita akan ditumbuhi ketuat atau mengalami perubahan pada serviks, vulva (bahagian luar alat kelamin) atau dubur. Selain tumbuh ketuat, kehadiran HPV turut dapat dikesan dengan ujian pap smear.
Ketuat atau juga dikenali sebagai kutil ini akan membesar sehingga ada kalanya kelihatan seperti bunga kubis. Ketuat ini lazimnya tidak menyakitkan tetapi ada ketikanya boleh menyebabkan rasa gatal, terbakar atau berdarah. Sesetengah ketuat tumbuh sukar dilihat terutamanya jika tumbuh pada bahagian dalam alat kelamin. Perubahan hormon yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil akan menyebabkan ketuat bertambah besar, banyak dan berkemungkinan berdarah.
Jika ketuat yang tumbuh itu membesar, ibu hamil yang menghidapnya akan rasa tidak selesa. Sesetengah ketuat terutamanya yang bersaiz kecil boleh dirawat walaupun ketika hamil. Akan tetapi, jika ketuat yang tumbuh itu besar, selalunya kaedah rawatan menggunakan laser akan dilakukan. Ada segelintir pakar menyarankan agar ketuat ini dirawat semasa hamil dan sesetengah lagi berpendapat, elok jika dilakukan selepas bersalin.
Ada di antara ibu hamil mendapati ketuat yang tumbuh pada alat kelamin mereka hilang selepas bersalin iaitu setelah sistem imun tubuh kembali stabil. Dianggarkan 20 peratus wanita akan pulih daripada masalah ini dalam tempoh 3 bulan. Jika tidak, rawatan akan diberikan.
Kebanyakan ibu hamil yang mendapat jangkitan ini sekiranya saiz ketuat yang tumbuh besar dan menghalang proses kelahiran normal atau boleh menyebabkan pendarahan, kelahiran dengan cara pembedahan caesarean akan dilakukan.
Didapati ada di antara bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti HPV turut mengalami masalah yang sama iaitu tumbuh ketuat pada genitalnya. Selain itu, bayi juga mungkin akan berhadapan dengan masalah laryngeal warts (ketuat pada bahagian tekak). Walaupun demikian, perkara penting yang perlu diketahui di sini ialah kes jangkitan terhadap bayi sangat jarang berlaku dan mereka jarang mendapat komplikasi kesihatan daripada penyakit yang dialami oleh ibu.

adakah cara rawatan terutamanya secara traditional dapat menyembuhkan masalah ketuat yg dihidapi?
ReplyDeletemaksudnya... ketuat kelamin nie....
ReplyDeletecara tradisional akak tak pasti la pulak hehehe
ReplyDeletesalam kak Engku, saya sekarang sedang prgnnat ank ke 3 27 weeks. dlm bbrapa minggu lps sya terperasan ada lebihan daging di bibir kemaluan saya. sekarang di 4 tempat. tidak menyakitkan tp akan berdarah jika saya garu secara kuat. adakah itu skin tag atau warts?. bila sy tgk di internet kedua2 nye lebih kurang serupa jer.adakah ia bahaya.?
ReplyDelete