Bayi meninggal dunia atau stillbirth merujuk kepada bayi yang dilahirkan mati. Kejadian ini berlaku selepas 20 minggu kehamilan iaitu dari bulan kelima hingga kesepuluh. Ia mungkin berlaku sebelum atau selepas waktu bersalin.
Jika anda mengalami tanda pergerakan dan tendangan oleh fetus yang semakin berkurangan. Awas! Anda mungkin berisiko mengalami stillbirth. Dengan alat bantuan ultrasound, pergerakan fetus dapat dilihat sama ada fetus (bayi) dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Jika fetus telah mati, satu bedah siasat dan pemeriksaan plasenta dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya mengenal pasti keadaan sebenar yang berlaku. Bagaimanapun sukar untuk menjelaskan kenapa hal ini berlaku. Jika anda mengandung dan tahu mengenai stillbirth, tanya pada doktor jika ada cara untuk mengetahui pergerakan bayi dalam tempoh kehamilan. Kes ini dikatakan melibatkan 1 peratus untuk semua kelahiran.
Antara Penyebab Yang Berlaku:
Kehamilan Semula
Bagi wanita yang ingin hamil semula, mereka boleh meneruskan niat sucinya itu. Jika kematian bayi disebabkan oleh kecacatan atau masalah tali pusat, peluang untuk hamil semula adalah minimum. Namum, jika punca adalah disebabkan oleh penyakit kronik atau penyakit genetik, risiko untuk menghadapi masalah ini adalah tinggi.
Anda perlukan masa untuk tenangkan hati. Fizikalpun perlu kembali sihat setelah kematian bayi anda. Walaupun kehilangan bayi, hidup mesti diteruskan. Jangan salahkan diri anda. Beri masa untuk diri anda menerima situasi yang sukar dalam hidup.
Kaunseling membantu anda menghadapi situasi yang sukar ini. Kumpulan sokongan juga mungkin menjadi satu sumber yang berharga untuk anda dan suami. Bertanyalah kepada doktor anda untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang sesi kaunseling yang diadakan dan kumpulan-kumpulan sokongan. Sekurang-kurangnya cara ini dapat membantu anda tabah menghadapi sebarang kemungkinan untuk kehamilan seterusnya. Bincang dengan doktor anda untuk mengenal pasti masa yang sesuai untuk kembali hamil. Ini adalah supaya fizikal dan kesihatan anda stabil masa sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Sesetengah pegawai perubatan akan mencadangkan tempoh masa tertentu sebelum mengandung.

- Masalah berkaitan dengan plasenta atau tali pusat. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh fetus menghadapi masalah untuk mendapat oksigen, darah dan nutrien daripadanya sehingga mengganggu perkembangan janin.
- Keadaan perubatan dan pilihan gaya hidup ibu. Sesetengah penyakit yang dialami ibu atau rawatan yang dilakukannya kadang kala menjadi penyebab bayi yang dilahirkan itu mati. Sesetengah keadaan ini termasuk tekanan darah tinggi, pra eklampsia (tekanan darah tinggi dan bengkak pada akhir bulan kehamilan), kencing manis, penyakit hati atau penyakit tiroid dan jangkitan-jangkitan tertentu yang disebabkan virus atau bakteria. Wanita hamil yang berusia biasanya berisiko untuk mengalami masalah ini. Tabiat merokok, minum minuman beralkohol dan mengambil ubat-ubatan tertentu semasa kehamilan (tanpa nasihat daripada doktor) juga dikatakan berisiko tinggi untuk menyebabkan kematian bayi.
- Kecacatan kelahiran. Dianggarkan 1 hingga 4 orang bayi yang mati semasa dilahirkan. Lazimnya adalah disebabkan oleh kecacatan kelahiran. Kes seumpama ini dikesan setelah melakukan bedah siasat ke atas bayi berkenaan. Malangnya sehingga kini kejadian stillbirth tiada penjelasan yang lengkap. Sebaliknya menambah kesedihan di hati ibubapa yang mengalami situasi ini.
Kehamilan Semula
Bagi wanita yang ingin hamil semula, mereka boleh meneruskan niat sucinya itu. Jika kematian bayi disebabkan oleh kecacatan atau masalah tali pusat, peluang untuk hamil semula adalah minimum. Namum, jika punca adalah disebabkan oleh penyakit kronik atau penyakit genetik, risiko untuk menghadapi masalah ini adalah tinggi.
Anda perlukan masa untuk tenangkan hati. Fizikalpun perlu kembali sihat setelah kematian bayi anda. Walaupun kehilangan bayi, hidup mesti diteruskan. Jangan salahkan diri anda. Beri masa untuk diri anda menerima situasi yang sukar dalam hidup.
Kaunseling membantu anda menghadapi situasi yang sukar ini. Kumpulan sokongan juga mungkin menjadi satu sumber yang berharga untuk anda dan suami. Bertanyalah kepada doktor anda untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang sesi kaunseling yang diadakan dan kumpulan-kumpulan sokongan. Sekurang-kurangnya cara ini dapat membantu anda tabah menghadapi sebarang kemungkinan untuk kehamilan seterusnya. Bincang dengan doktor anda untuk mengenal pasti masa yang sesuai untuk kembali hamil. Ini adalah supaya fizikal dan kesihatan anda stabil masa sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Sesetengah pegawai perubatan akan mencadangkan tempoh masa tertentu sebelum mengandung.
kak engku,
ReplyDeletesy nk tanye la. skang ni sy preggy about 38weeks.pergerakan baby sy aktif. cume masuk 38weeks ni pergerakan die agak slow.maksudnye, nk ckupkan 10 dri kul 9am-9pm tu agak lambat tp still ckup.sblm2 ni time petang je da ckup 10gerakan.pastu skang ni die gerak mcm main2 jek.xde la menyentap mcm slalu.normal ke tu??