Serangan parvovirus B19 ketika hamil, boleh menyebabkan keguguran ataupun bayi mati dalam kandungan.
Umumnya, fifth disease adalah masalah kesihatan yang menyerang kanak-kanak. Masalah ini turut dikenali sebagai slapped cheek disease berdasarkan ruam yang timbul pada pipi individu yang diserangnya. Selain kanak-kanak, orang dewasa tidak terkecuali daripada diserang penyakit yang datangnya daripada virus parvovirus B19 ini. Serangan virus ini akan menyebabkan proses penghasilan sel darah merah terhalang.
Bagi individu yang sihat, pemberhentian sementara penghasilan sel baru tidak akan mendatangkan masalah kerana masalah kesihatan yang dialami selalunya tidak akan berlarutan. Akan tetapi, bagi individu yang ada masalah anemia yang kronik, atau sistem imun tubuh yang lemah, juga pada sesetengah bayi dalam kandungan, virus ini boleh menimbulkan masalah yang serius.
Jangkitan selalunya melalui air liur dan rembesan hidung. Ini bermakna, anda boleh mendapat jangkitan jika berada hampir dengan individu yang telah dijangkiti melalui bersin, batuk, ciuman, berkongsi peralatan makanan, berkongsi bekas minuman, dan hubungan tangan ke mulut.
Parvovirus juga boleh disebarkan menerusi pemindahan darah. Jadi, sekiranya anda hamil dan dijangkiti virus ini, kebarangkalian untuk bayi anda terkena jangkitan adalah tinggi. Hal ini adalah kerana virus boleh menyerang melalui plasenta. Walaupun jarang berlaku, serangan virus memungkinkan bayi anda mati semasa masih dalam kandungan.
Sememangnya serangan fifth disease semasa hamil sangat berbahaya terutamanya kepada bayi. Virus ini mampu mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan dan menghentikan proses kehamilan. Kemungkinan untuk bayi mengalami kecacatan juga tinggi. Risiko untuk berlakunya kematian pada bayi adalah sekitar lima hingga sepeluh peratus.
Namum, jika sebelum hamil, anda pernah dijangkiti virus ini, bermakna anda sudah ada antibodi terhadapnya. Dalam erti kata yang lain, risiko untuk anda dijangkiti dan menyebarkannya kepada bayi sangat minimun. Sekiranya anda belum pernah dijangkiti dan diserang semasa hamil, bayi anda lazimnya akan selamat. Walaupun virus menyerang, majoriti bayi akan selamat dan tidak menunjukkan sebarang kesan jangkitan. Pun begitu, tidak semua bernasib baik. Ada kes jangkitan (jumlahnya terlalu sedikit) yang akan berakhir dengan kisah tragis.
Dianggarkan sekitar 11 peratus ibu hamil dijangkiti sebelum minggu ke 20 kehamilan. Dan akibatnya, bayi meninggal dalam kandungan walaupun kematian tidak akan berlaku untuk tempoh beberapa minggu atau bulan selepas dijangkiti. Bayi yang mendapat jangkitan selepas pertengahan kehamilan jarang mengalami masalah.
Setiap individu yang dijangkiti parvovirus B19 akan menunjukkan gejala yang berbeza. Di antara 20 hingga 25 peratus daripada mereka tidak menunjukkan sebarang tanda. Dalam tempoh seminggu dua selepas dijangkiti, seseorang itu mungkin mengalami demam, sakit kepala, lesu, selesema dan sakit tekak.
Lazimnya, kanak-kanak yang dijangkiti fifth disease akan timbul ruam pada pipinya dan ada kalanya gatal. Ruam turut timbul pada badan dan anggota badan. Ruam-ruam ini akan hilang dalam tempoh beberapa minggu. Akan tetapi, keadaan yang berlaku pada orang dewasa sangat jauh bezanya. Orang dewasa tidak akan mengalami sebarang ruam. Cuma, meraka akan rasa sakit pada bahagian sendi. Dan antara sendi yang selalu diserang ialah sendi tangan, pergelangan tangan dan buku lali.
Sekiranya anda rasa diri terdedah kepada jangkitan, segeralah mendapatkan rawatan dan jangan tunggu sehingga muncul tanda-tandanya. Ujian darah untuk mengenal pasti tahap imun anda terhadap virus tersebut akan dilakukan. Jika disahkan anda dijangkiti, siri pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk memeriksa lebihan cecair dalam tisu badan bayi anda juga untuk memeriksa kandungan cecair amniotik dan keadaan plasenta.
Jika bayi anda sihat dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan negatif selepas beberapa bulan, jangan risau kerana dia mungkin selamat. Akan tetapi, sekiranya terdapat masalah pada bayi anda, tindakan segera oleh pakar akan dibuat memastikan bayi anda selamat. Diakui, mengelakkan jangkitan daripada berlaku bukannya satu tugas yang mudah. Namum, menghindari adalah lebih baik daripada mengubati.

No comments:
Post a Comment