Masalah pendengaran adalah antara yang mungkin berlaku pada bayi sekiranya anda hamil dan dijangkiti cytomegalovirus (CMV).
Virus daripada keluarga herpes ini adalah antara virus yang paling sering disebarkan oleh ibu hamil kepada bayinya. Bayi yang diserang cytomegalovirus semasa dalam kandungan akan berpotensi untuk menghidapi masalah mental kongenital.
Apa yang akan terjadi pada anda dan bayi dalam kandungan sekiranya dijangkiti virus sebenarnya bergantung penuh pada masa anda dijangkiti. Untuk pengetahuan, kira-kira 50 hingga 80 peratus wanita telah mengalami masalah ini sebelum hamil. Seperti virus herpes yang lain, virus ini tidak akan aktif pada peringkat permulaan jangkitan.
Namum, masalah ini boleh berulang. Pun begitu, anda masih boleh menarik nafas lega kerana kemungkinan untuk virus ini menjangkiti bayi semasa dalam kandungan sangat rendah iaitu kurang daripada 1 peratus. Begitu juga dengan komplikasi serius yang lain. Jadi, sekiranya anda mendapat jangkitan CMV buat pertama kali kira-kira 6 bulan sebelum hamil, risiko untuk bayi anda berhadapan dengan masalah sangat rendah.
Sekiranya anda mendapat CMV buat kali pertama ketika hamil, anda sememangnya berpotensi untk menyebarkannya kepada bayi dalam kandungan. Begiu juga dengan bayi anda, dia berkemungkinan untuk diserang pelbagai masalah kesihatan yang serius. Dianggarkan 80 hingga 90 peratus bayi yang dijangkiti CMV akan mengalami masalah pendengaran, masalah penglihatan, perkembangan mental terencat dan kesukaran mengkoordinasi dalam tempoh beberapa tahun pertama. Walaupun ada ketikanya bayi CMV kelihatan sihat semasa dilahirkan, masalah masih boleh wujud selepas itu.
CMV boleh disebarkan melalui sentuhan dengan cecair badan individu yang dijangkiti seperti air liur, air kencing, air mani, rembesan vagina, darah, air mata dan susu ibu. Anda boleh mendapatkannya melalui hubungan secara terus seperti ciuman dari mulut ke mulut, berkongsi peralatan makan, menyentuh cecair yang telah dijangkiti atau melakukan hubugan kelamin dengan orang yang dijangkiti.
Ibu hamil yang dijangkiti CMV boleh menyebarkan virus ini kepada bayinya melalui beberapa cara. Antaranya ialah menerusi plasenta, terkena cecair tubuh ibu semasa dilahirkan dan melalui susu ibu selepas dilahirkan. Pun begitu, kebanyakan bayi yang terkena jangkitan semasa dilahirkan atau melalui susu ibu hanya akan mengalami gejala yang sangat sedikit atau ada kalanya tiada langsung.
Sebenarnya, jangkitan CMV ada kalanya tidak menunjukkan sebarang simptom. Ibu hamil yang rasa dirinya terdedah pada jangkitan CMV dan mengalami gejala selesema seperti demam, kelenjar membengkak, kesejukan dan rasa letih mungkin mengalami masalah ini. Namum, semuanya hanyalah jangkaan. Oleh yang demikian, pemeriksaan yang lebih rapi perlulah dibuat untuk memastikan kesahihannya.
Jika sah anda dijangkiti CMV, pemeriksaan melalui ultrasound akan dilakukan untuk melihat perkembangan bayi dalam kandungan dan masalah yang mungkin timbul. Anda juga disarankan agar menjalani ujian amniosentesis (ujian terhadap cecair amniotik) untuk mengetahui adakah bayi anda dijangkiti ataupun tidak.
Sehingga kini, masih belum ada rawatan ataupun vaksin yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Oleh yang demikian, mengelakkan diri daripada sebarang kemungkinan dijangkiti CMV terutamanya semasa hamil adalah satu langkah yang bijak. Antara yang boleh dilakukan ialah:

- Bersihkan tangan selalu terutamanya jika anda bersama individu yang sistem imun badannya lemah. (Sabun dan air bersih sudah cukup untuk membunuh virus CMV).
- Berhati-hati dengan lampin pakai buang, tisu dan apa sahaja peralatan atau barangan yang mungkin mengandungi cecair badan. Jika tersentuhnya, segeralah cuci tangan anda bersih-bersih. Sehubungan itu, penggunaan sarung tangan getah semasa mengendalikan barangan atau peralatan tersebut sangat penting. Walaupun anda menggunakan sarung tangan, jangan lupa mencuci bersih tangan selepas itu.
- Jangan sesekali berkongsi makanan, peralatan makanan dan bekas minuman.
- Elakkan hubungan seksual secara rambang.
No comments:
Post a Comment