Chlamydia boleh disebarkan kepada bayi semasa proses kelahiran. Pun begitu, masalah ini boleh dielakkan jika tindakan segera diambil.
Penyakit jangkitan bakteria ini disebarkan daripada satu individu kepada individu yang lain melalui alat kelamin, hubungan seksual melalui dubur dan daripada ibu hamil kepada bayinya. Secara amnya, chlamydia adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku terutamanya bagi wanita yang aktif melakukan hubungan seksual dan berusia di bawah 25 tahun.
Wanita yang terkena jangkitan ini semasa hamil berisiko untuk menyebarkannya kepada bayi dalam kandungan. Antara yang mungkin berlaku ialah jangkitan pada kantung dan cecair amniotik, kelahiran pramatang dan masalah preterm premature rupture of the membrannes (PPROM). Pun begitu, rawatan segera berupaya mengurangkan risiko.
Chlamydia yang tidak dirawat turut menyebabkan seseorang itu lebih mudah diserang HIV dan beberapa penyakit kelamin lain jika terdedah padanya. Selain itu, penghidap chlamydia juga berisiko untuk mendapat jangkitan uterus selepas bersalin.
Sekiranya seseorang ibu hamil itu menghidap chlamydia dan masih belum sembuh semasa proses kelahiran berlaku, bakteria yang ada mungkin akan disebarkan kepada bayi yang bakal dilahirkan. Pada dasarnya, hampir separuh daripada bayi yang dilahirkan secara normal (ada juga yang dilahirkan melalui pembedahan) oleh ibu yang menghidapi chlamydia akan terkena jangkitan. Masalah yang akan dialami oleh bayi tersebut ialah jangkitan mata (conjunctivitis). Jangkitan ini mengganggu bayi untuk tempoh beberapa hari dan berkemungkinan berlarutan hingga beberapa minggu selepas dilahirkan.
Selain daripada itu, ada juga bayi yang diserang pneumonia. Dianggarkan antara 5 hingga 20 peratus daripada bayi mengalami ini untuk tempoh beberapa minggu selepas dilahirkan. Dan ada di antara mereka menghidapi pneumonia untuk satu jangka masa yang agak lama iaitu sehingga beberapa bulan.
Walaupun kesemua jangkitan ini boleh jadi serius, bayi yang diberikan rawatan segera terutamanya dengan antibiotik akan pulih. Akan tetapi, langkah terbaik ialah mendapatkan rawatan semasa hamil dan mengelakkan bayi terkena jangkitan ini.
Dianggarkan 75 peratus wanita yang menghidapi masalah ini tidak menunjukkan sebarang tanda. Dan jika adapun tanda, hanya akan muncul sekitar 1 hingga 3 minggu selepas terdedah kepada jangkitan. Simptom-simptom penyakit ini adalah seperti rasa tidak selesa semasa membuang air kecil, keradangan pada serviks dan peningkatan keputihan. Sekiranya pada masa yang sama, ada melakukan hubungan kelamin pada bahagian dubur, rektum anda turut mengalami keradangan.
Untuk pengetahuan, sama ada sebelum ataupun selepas hamil, jangkitan chlamydia boleh menular ke bahagian serviks seterusnya menjangkiti uterus ataupun salur falopio yang akan mengakibatkan penyakit keradangan pelvik (pelvic inflammatory disease - PID). Walaupun PID jarang menyerang ibu hamil, namum perkara tersebut bukan mustahil. Gejala PID adalah seperti sakit pada bahagian bawah abdomen, sakit semasa melakukan hubungan kelamin, pendarahan vagina, demam dan rasa loya serta mual. PID juga boleh menyebabkan kerosakan kekal pada salur falopio dan kemandulan. Selain itu, risiko untuk berhadapan dengan kehamilan luar rahim (pada kehamilan akan datang) meningkat.
Jika seseorang ibu hamil itu berpotensi untuk dijangkiti chlamydia ujian akan dilakukan untuk memastikan masalah tersebut tidak mengganggu proses kehamilan seterusnya mengelakkan jangkitan pada bayi ketika proses kelahiran.
Chlamydia akan dirawat menggunakan antibiotik dan ubat ini selamat diambil semasa hamil. Sekiranya anda dijangkiti masalah ini, ikuti arahan ini:

- Teruskan pengambilan ubat-ubatan seperti yang disarankan walaupun tanda-tandanya sudah hilang.
- Sekiranya gejala-gejalanya masih ada walaupun sudah lebih daripada seminggu ubat yang diberikan habis, segeralah berjumpa doktor.
- Adalah penting bagi anda untuk memberitahu pasangan tentang jangkitan yang anda alami itu agar mereka turut diperiksa untuk memastikan adakah mereka mengalami masalah yang sama ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment