"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

21 June 2010

Rambut Gugur

Rambut adalah mahkota dan memainkan peranan penting dalam mencorak wajah seseorang. Dari segi kesihatan mahupun kecantikan, rambut mampu mencerminkan keperibadian seseorang. Rambut yang cantik berkilau akan memukau pandangan mata, sebaliknya rambut yang tidak terurus dan berserabut meninggalkan persepsi negatif.

Kini, masalah rambut nipis dan botak menjadi masalah serius di kalangan wanita tanpa mengira peringkat umur. Sekiranya masalah ini mendapat rawatan segera, ia boleh dipulihkan. Tetapi jika diabaikan, masalah keguguran akan terus kekal dan rambut tidak tumbuh lagi.


Mengapakah Ia Berlaku?
  • Berlaku kerana penyakit tertentu seperti diabetes dan jangkitan kulit.
  • Kekurangan zat makanan seperti zat besi dalam gizi pemakanan.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu seperti ubat sakit sendi artritis, depresi, masalah jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Demam panas turut mengurangkan pertumbuhan rambut. Namum, keadaan kembali normal dalam jangka masa 4 bulan. Fenomena ini biasanya bersifat sementara.
  • Bayi yang sedang dalam proses membesar sering mengalami keguguran rambut pada bulan-bulan pertama. tetapi rambut akan tumbuh secara perlahan-lahan menjadi lebih kuat dan kekal.
  • Gangguan hormon setelah bersalin.
  • Jangkitan kulit kepala seperti kurap dapat menyerang kulit kepala.
  • Androgenic alopecia menyebabkan kehilangan rambut seawal usia 10 tahun. Masalah ini biasanya serius dan kekal.
  • Alopecia aerata merupakan masalah antibodi dalam sistem tubuh yang merosakkan akar rambut. Masalah ini biasanya bersifat sementara.
  • Rawatan menggunakan bahan kimia yang kuat seperti pewarna, peluntur mahupun pelurus tidak terkecuali menjadi punca rambut gugur.

Rawatan

  • Pengambilan anti fungus dan antibiotik yang sesuai sekiranya ia berpunca daripada jangkitan kuman serta fungus.
  • Melakukan transplan rambut adalah kaedah yang mahal dan memerlukan pembedahan.
  • Penggunaan Lilt laser merupakan kaedah yang tercanggih, selain berkesan dan kosnya juga amat rendah.
  • Laser akan merangsang sel rambut supaya tumbuh dengan lebih lebat dan cantik. Ia merupakan rawatan bersiri yang mudah. Anda hanya perlu duduk di bawah pancaran laser dalam tempoh 30 hingga 40 minit pada setiap sesi rawatan.
  • Dapatkan saranan doktor dan lakukan sesi rawatan yang sesuai untuk anda.

No comments:

Post a Comment