"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 June 2010

Masalah Bayi Baru Lahir Dan Cara Mengatasi

Ibubapa mesti prihatin terhadap tahap kesihatan anak-anaknya. Hanya melalui sikap keprihatinan dan pemerhatian yang bersungguh-sungguh, masalah berkaitan bayi yang baru lahir dapat dikawal.


Bayi Tidak Dapat Menyusu


Sekiranya bayi tidak dapat menyusu, sila pastikan apakah sebabnya. Bayi yang sumbing lelangitnya mungkin tidak dapat menelan dengan baik, maka doktor akan menunjukkan cara penyusuan yang berkesan. Kemudian, pembedahan yang sesuai dibuat bagi menutup lelangit atau bibir yang sumbing. Bayi yang terlalu lemah juga kerap tidur dan enggan menyusu.

Pemeriksaan darah, penentuan gula dalam darah dan tube feeding (penyusuan menggunakan tiub) perlu dibuat di 'Special Child Nursery' yang ditubuhkan di hospital-hospital).


Jangan Disangka Bayi Yang Terlampau Tidur Itu Sihat


Biasanya, tidur yang melampau berlaku kerana bayi lemah dan kurang gula dalam darahnya.


Bayi Tidak Henti-Henti Menangis

Jika berhentipun, ia hanya berlaku apabila bayi kepenatan dan perutnya sakit. Mungkin perutnya menjadi kembung kerana terlalu banyak angin dalam ususnya. Colic atau penghadaman yang tidak sempurna juga membolehkan kembung. Terjadi juga keadaan usus terbelit atau tertusuk (Intusseption). Ini merupakan keadaan yang kritikal dan memerlukan perhatian yang serius.


Muntah (Regurgitasi)

Kenapa bayi mudah muntah? Saluran tekak bayi amat pendek. Jadi perut yang penuh menyebabkan makanan ditolak semula ke atas. Apabila bayi membesar, saluran itu menjadi semakin panjang dan bayi tidak lagi mudah muntah. Saiz perut bayi adalah kecil. Apabila bayi menyusu dengan cepat, perut tidak dapat mengembang secara selari dan tekanan dalam perut meningkat. Keadaan ini menyebabkan bayi muntah.

Bayi baru lahir mempunyai sistem pencernaan dan ususnya bekerja dengan lambat. jika terdapat banyak saki-baki makanan lama, maka bayi akan memuntahkan makanan yang baru diberikan.


Najis Berdarah

Jika bayi buang air besar bercampur darah dan muntah, segeralah bawa berjumpa doktor untuk mengelakkan masalah dalam perut yang lebih serius.


Bayi Tidak Kencing

Ini menunjukkan bayi mengalami dehidrasi (kurang cecair dalam tubuh). Sekiranya tidak cukup air, bayi tidak kencing, menjadi resah dan menangis tanpa air mata. Ia cukup berbahaya kerana boleh merosakkan buah pinggang bayi.


Tali Pusat Yang Sihat Tidak Berbau, Kering Dan Jatuh Dengan Sendiri. Cuci Tali Pusat Yang Dibekalkan.

Bagi bayi lelaki, ada kalanya zakar tidak berada di dalam kerandut zakar. Zakar mungkin terhalang oleh tisu-tisu lain. Sekiranya ini berlaku jangan biarkan lagi kerana ia akan menyebabkan kerosakan zakar dan kemandulan apabila ia dewasa. Bawalah berjumpa doktor untuk berbincang cara mengatasinya.


Tanda-Tanda Bahaya Pada Bayi

  • Berterusan menangis dan sukar berhenti.
  • Terlalu banyak tidur dan enggan bangun.
  • Berat badan tidak bertambah atau makin berkurangan selepas 2 minggu.
  • Buang air besar bercampur darah.
  • Tidak kencing atau buang air besar.
  • Kuning (pada kulit)
  • Muntah terlalu banyak.
  • Perut kembung dan keras.
  • Pusat berbau busuk dan tidak sembuh (berair)

17 comments:

  1. cmner nak atasi masalah baby prut kembung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      Cuba barut perut bb, sapukan minyak telon pada perut, blkg,betis, tapak kaki sambil lakukan urutan ringan pd bb. Klau dapat tungku perut bb lagi bagus. Mak pun kena jg pemakanan juga. Tq

      Delete
  2. Saya dalam 40hari berpantang,masa awal2 dlu anak saya akan buang air besar 2kali sehari Pagi dan Malam..tapi sejak minggu lepas dah 2-3hari tak buang air besar...Boleh tolong x macamane nk atasi? Saya harap anda dapat sama2 membantu..Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam. Tahniah. Anak yg semakin mmbesar corak buang najis pun turut berubah. Klau fully bf, anak tak berak seminggu @ 2 minggu malah ada yg sampai 1 bulan. Tak perlu risau ye. Teruskan bf ye. Tq

    ReplyDelete
  4. salam.

    bayi saya hingga kini tidak kencing. hanya 2 kali semenjak dia lahir (lahir 4/11/12). Sedangkan berak sudah berkali kali.

    ape masalah ye? ada jalan penyelesaian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Masalah bb tidak kencing, mungkin bb kurang menyusu. Bg bb susu ibu dgn lbh kerap dan pakaikan bb dgn kain lampin supaya senang puan nak observe. Bila pakaikan bb dgn pampers, bb kencing akan di serap n mungkin kita tak perasan. Teruskan bf n observe ye. Tq

      Delete
  5. Salam

    Bayi saya dh 4 hri tidak berak...dia baru berusia 23 hari...saya beri dia susu badan dan susu formula (tp susu formula x bg byk sgt, lbh pd susu badan)..mcm mana saya nk buat? Klu bwk pegi klinik msti kena masuk ubat ikut bontot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Susu ibu adalah makanan terbaik buat bayi. Susuilah bb HANYA DGN SUSU IBU DARI LAHIR HINGGA 6BULAN. DAN MENERUSKAN HINGGA BB UMUR 2 TAHUN. Banyak kebaikan dapat diperolehi. Masalah SEMBELIT & CIRITBIRIT serta BERKAITAN PERNAFASAN sentiasa timbul bg bb yg dah campur susu @ bb yg minun susu formula. Jika perlu bawalah bb jumpa doktor untuk pemeriksaan ye. Tq

      Delete
  6. Baby sya dh msuk 56hari..sblm nie etiap hari dia berak...tp sekarang perut dia kembung setiap masa n setiap hari...tp dia selalu kentut n kencing...cuma dia selalu meneran seperti nk berak tp x berak pun...aya dh cmpur susu..bf n fm...ada x cr utk atasi mslh nie??tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Bb yg fully bf tak berak seminggu ia masih normal. Sbb dah campur susu n ada masalah kembung.....ibu bf kena jg mkn n bb yg minum botol...posisikan botol dgn betul ye. Sapukan minyak telon pd perut ye. Tq

      Delete
  7. Anak saya sering menangis beterusan terutama pada waktu malam. Dengar dari pendapat orang, mereka kata anak saya sakit perut dan perut meragam....anak saya baru berumur 54 hari.....ada yg suruh ambil perubatan cina "ubat sarat".....betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak menangis mungkin ada sebab. Cuba check pampers, sapu minyak telon pada betis, perut dan blkg bdn bb. Bg bb susu dan jgn biarkan dia nangis ye. Cuba angkat dan pujukbb. Jgn percaya sangat pasal perubatan cina tu ye. Selalulah baca ayat kursi @ surah 3 Qul...mudah2an bb dilindungi olehNya.

      Delete
  8. slm,

    Bby sy 29 hr.Pg td dia berak berdarah cmpur lendir.Dia bnyk bf.Cuma mlm td sy ad bg susu formula 2 auns je.lpas tu najis dia jd cm tu dn baby sy demam pula. mohon pandangan

    ReplyDelete
  9. Salam..saya nak tanya pasal anak sy nie..anak lelaki sy skang ni nak masuk 5 bulabln.sejak 2 3 hari ni sy dapati dia mcm kurang kencing je..selalunya kalau bgn pagi, pampers dia agak berat la jugak.tp semalam pampers dia kering. Kami pon pegi ke klinik pakar kanak2 & doctor mcm agak terkejut bila kami bgtau baby x kencing semalaman..tp mujur bila time kat klinik dia kencing dan pampers mmg ada tanda dia kencing..tp yg musykilnya sy skang nie..kalau baby sy nie x kerap kencing tp dia nmpak sehat dan aktif..adakah sy patut risau dan bawa baby sy ke hospital..susah ati bila fikir pasal nie

    ReplyDelete
  10. Salam sya nk tanya kalau tali pusat bby dah tertanggal tapi yg di pusatnya itu tak kering smpi ke hari ni.bby dah masuk 1bln 2mimggu minta penjelasan .. anak pertama .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Chop nak tanya, ada letak apa apa tak kat pusat baby tu?

      Delete
  11. Bayi saya b'salin pkul 2 smlam.. tp smpai skrg blum kencing lg.. ad ape2 cra tak nak buat??

    ReplyDelete