Tidak dinafikan bahawa walaupun zaman semakin maju, masih ramai wanita yang kurang prihatin terhadap penjagaan payudara. Penjagaan bukan saja bermaksud mengekalkan kecantikan dan keseksiannya semata-mata. Sebaliknya merangkumi penjagaan keseluruhan, dalaman dan luaran, terutamanya bagi mencegah kanser payudara.
Perlu diingat, setiap wanita berdepan dengan risiko menghidap kanser payudara. 75 peratus kes kanser payudra berlaku pada bahagian puting aerola atau di bahagian atas payudara (berhampiran dengan ketiak). Oleh itu, lakukan pemeriksaan sendiri terutamanya di bahagian berkenaan. Teliti 7 masalah payudara yang mungkin anda hadapi.
1. Cyclic Mastalgia
Payudara terasa sakit tetapi tidak keterlaluan dalam jangka masa yang agak lama. Gejala ini akibat fluktuasi hormon yang berlaku pada wanita setiap bulan. Untuk mengurangkan kesakitan, anda disarankan supaya mengamalkan diet rendah lemak dan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dalam pemakanan harian.
2. Fibrosostik
Penyakit ini terjadi apabila kelenjar susu melebar dan berisi air kerana ketidakseimbangan hormon. Jika anda mengalaminya, cuba kurangkan pengambilan garam dan coklat.
3. Kista
Kista biasanya menyerang wanita yang berusia sekitar 40an. Penyakit ini merupakan lanjutan daripada masalah fibrosostik atau tumor yang membesar dan mengandungi cecair.
4. Fibroadenomas
Tumor 'jinak' yang lambat membesar. Tetapi ia tidak boleh dibiarkan dan harus dibuang segera kerana membuktikan keadaan yang tidak normal.
5. Paget Desease
Simptonnya, luka pada puting susu yang tidak sembuh-sembuh selama sekurang-kurangnya 2 bulan. Penyakit ini merebak dengan cepat dan terus tersebar ke saluran kelenjar susu dan berakhir di bahagian puting.
6. Inverted Nipple
Puting payudara yang tenggelam adalah normal jika sudah terjadi sejak awal. Apabila tiba saat wanita akan menyusukan anak, puting akan keluar dengan sendirinya kerana desakan kelenjar susu yang berkembang. tetapi, jika sebelum itu puting tidak tenggelam, ia mungkin salah satu petanda barah.
7. Tumbuh Rambut Di Bahagian Puting
Satu keadaan yang normal dan rambut itu boleh dicabut. Tetapi anda perlu berhati-hati kerana kesan cabutan itu ditakuti boleh meninggalkan luka dan menyebabkan jangkitan.
Pemeriksaan Sendiri Payudara

- Berdiri di hadapan cermin, letakkan kedua-dua belah tangan di bahagian punggung. Kemudian perhatikan jika terdapat sebarang benjolan, perubahan saiz, warna dan bentuk pada payudara anda. Cari samada terdapat lekukan asing atau tidak.
- Sekiranya puting payudara anda memang sedia tenggelam, keadaan itu dikira normal. Jika sebaliknya, cuba pastikan adakah puting tertolak ke dalam.
- Ulangi langkah pemerhatian atau pemeriksaan seperti tadi dengan kedudukan tangan diletakkan di belakang kepala.
- Tekan kedua-dua puting payudara untuk memeriksa samada terdapat sebarang luka.
- Baring dengan sebiji bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di bawah kepala. Rapat dan luruskan jari-jari tangan kanan dan tekan bahagian atas payudara kiri secara perlahan-lahan dengan gerakan membulat mengikut arah jam. Cuba kesan jika terdapat benjolan atau bengkak pada payudara.
- Setelah sekeliling bahagian payudara ditekan, ulangi langkah tadi ke bahagian yang lebih dekat dengan puting.
- Setelah seluruh bahagian payudara kiri diperiksa, alihkan bantal dan periksa pula payudara kanan dengan langkah yang sama menggunakan tangan kiri.
- Periksa juga bahagian payudara yang berdekatan dengan ketiak.
- Sekiranya terdapat benjolan atau bengkak, segeralah membuat pemeriksaan doktor. Kebanyakan benjolan tidak membahayakan, namum hanya doktor yang boleh menentukannya.
salam kak..breast saya gatal di kawasan areola n merebak smpi ke puting sampi saya gosok dgn kain hingga kdg2 meyebabkan melecet n gatal makin teruk..apa yg patut saya buat..saya pernah ke farmasi dn diberi krim zink....tapi pedih sgt n kurang gatal tp bl stop pengunaannya gatal semula..
ReplyDeleteSalam,
DeleteLebih baik ke mana2 klinik untuk pemeriksaan ye. Mungkin doktor blh berikan ubat yg sesuai. Tq