"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

06 June 2010

Meroyan (Post Natal Blues)

Anda pernah dengar istilah meroyan? Menurut orang Melayu dulu-dulu, wanita lepas bersalin boleh mengalami meroyan iaitu ketidakstabilan emosi yang menyebabkan fikirannya terganggu. Bahkan terdapat bukti wanita yang menjadi pengidap kekal masalah jiwa selepas bersalin.

Memang ada benarnya. Dilihat secara saintifik, selepas bersalin, hormon yang tinggi dalam badan bertukar dan mencetuskan kemurungan. Kemurungan akan bertambah jika ibu tidak mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada ahli keluarga serta suaminya dari segi penjagaan bayi dan dirinya sendiri.

Maka wanita yang baru bersalin mesti mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada keluarganya.


Tanda-Tanda Tekanan Emosi
  • Sering risau mengenai keselamatan bayi yang baru lahir.
  • Sukar tidur atau sering mengalami gangguan tidur.
  • Sering termenung
  • Dada berdebar-debar dan degupan jantung yang laju.
  • Tidak gembira dengan keadaan sekeliling
  • Merasakan diri tidak lagi menarik dan cantik seperti dahulu.
  • Kerap mengalami sakit kepala.
Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, luahkannya kepada ahli keluarga terdekat, terutamanya suami atau orang yang dipercayai agar mereka boleh mendengar dan memberikan nasihat.

Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan pastikan anda bebas dari masalah ini. Belajar menerima hakikat bahawa manusia mesti menjalani dan mempelajari semua asam garam kehidupan.

Tanamkan sifat yang positif dan sayangkan diri sendiri. Jagalah kebersihan diri sebaiknya kerana kecantikan bermula daripada kekemasan dan makanan berzat.


Tanggungjawab Suami Dan Keluarga Sekiranya Perkara Ini Terjadi
  • Jangan biarkan ibu sendirian, ahli keluarga perlu menemaninya secara bergilir-gilir.
  • Tanamkan semangat dan ciri-ciri positif ke dalam dirinya.
Serlahkan pengertian kasih sayang kerana ia mampu menjadi ubat paling mujarab bagi segala jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment