Keinginan untuk menurunkan berat badan sentiasa menghantui wanita. Lebih-lebih lagi apabila berat badan mula bertambah ketika mengandung dan selepas bersalin. Walau apa jua diet yang ingin diaplikasikan, pastikan anda mendapatkan pemakanan seimbang dan senaman secara berterusan demi memperolehi bentuk badan idaman.
Selepas melahirkan anak, ibu perlukan tambahan zat makanan untuk menyusukan anaknya, sehinggalah anak berhenti menyusu badan. Sekiranya tahap pemakanan ibu adalah optimum dan dapat dikekalkan sepanjang 40 minggu kehamilan, anak yang bakal dilahirkan biasanya sihat. Penambahan berat badan yang normal semasa hamil ialah satu daripada kriteria penting dalam menentukan kehamilan yang sihat.
Penambahan berat badan pada peringkat awal kehamilan disebabkan oleh simpanan tisu badan. Pada peringkat pertengahan pula, ibu mula menyimpan lemak yang bertujuan untuk penyusuan bayi. Menjelang 2 bulan terakhir kehamilan, tenaga diperlukan berikutan penambahan berat janin.
Penting ibu makan makanan seimbang semasa hamil adalah untuk perkembangan dan pembesaran janin.
Kenapa Berat Badan Meningkat Semasa Mengandung?
Anda bertuah sekiranya badan turun ke tahap normal selepas bersalin. Bagi kebanyakkan orang mengandung dan bersalin menjadi alasan konkrit untuk menjelaskan kenapa badan mereka semakin gemuk.
Antara faktor yang menyebabkan berat badan meningkat semasa hamil dan selepas bersalin ialah:
Waktu Yang Sesuai Untuk Berdiet
Pengawalan berat badan semasa mengandung cukup penting. Diet yang sesuai bagi ibu mengandung ialah makanan rendah lemak, tetapi kaya dengan vitamin dan serat. Ibu mengandung digalakkan melakukan senaman terutamanya yang melibatkan otot-otot pelvik.
Sebaik sahaja bersalin, senaman kurang sesuai dilakukan kerana ibu perlu berehat bagi menyembuhkan luka pada vagina (kelahiran normal) atau perut (kelahiran caesarean). Ibu memerlukan vitamin dan kalsium tambahan bagi memastikan penyusuan yang sempurna. Jangan ambil makanan berlemak atau terlalu masin pada waktu ini.
Selepas 3 bulan bersalin, pemulihan ibu sudah sempurna. Usaha untuk mengembalikan bentuk badan atau berat badan yang unggul perlu dititikberatkan. Pelajari cara dan panduan untuk menurunkan berat badan yang betul (Rahsia Diet Wanita dan Ingin Langsing) dan jangan lakukan diet secara membuta tuli, ini boleh menjejaskan kesihatan anda.
Diet Bagi Ibu Yang Menyusukan
Diet ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protein dan vitaminnya. Kalori juga harus dikira supaya ada penyusutan berat badan.
Perlu diingat, kalori yang sesuai bagi ibu menyusu adalah sekitar 2500 kcal. Kalau terlalu kurang, dikhuatiri kualiti susu yang dihasilkan tidak memuaskan.
Oleh itu wanita menyusu memerlukan Vitamin D, ibu perlu memastikan bahawa susu yang diminum itu mempunyai vitamin. Lebihkan sedikit hidangan daging daripada biasa dan satu biji telur. Ia bertujuan memberi protein tambahan , selain mengandungi banyak vitamin B dan ferum.
Sumber diet Vitamin A yang banyak disarankan diambil setiap hari. Walaupun jumlah keseluruhan kalori yang yang terdapat dalam diet yang dicadangkan ini bergantung kepada pilihan makanan sebenar yang dibuat, memang ada kemungkinan jumlah tenaga harian tidak dapat dipenuhi melainkan beberapa makanan tambahan diambil.
Saiz hidangan daging, bijirin dan sayuran boleh ditambah. Beberapa makanan bergoreng atau tambahan sedikit lemak dalam sos salad atau sapuan pada roti, boleh disertakan untuk memenuhi keperluan tenaga badan. Beberapa jenis pencuci mulut (desert) juga boleh ditambah.

- Simpanan untuk bayi
- Perkembangan uterus, uri dan payudara
- Simpanan ibu untuk penyusuan bayi
- Mengelakkan kekurangan zat makanan berlaku ke atas ibu yang kerap hamil.
Kenapa Berat Badan Meningkat Semasa Mengandung?
Anda bertuah sekiranya badan turun ke tahap normal selepas bersalin. Bagi kebanyakkan orang mengandung dan bersalin menjadi alasan konkrit untuk menjelaskan kenapa badan mereka semakin gemuk.
Antara faktor yang menyebabkan berat badan meningkat semasa hamil dan selepas bersalin ialah:
- Paras hormon yang tinggi. Hormon mengandung meningkatkan pengumpalan lemak dan air dalam sel. Jadi berat badan mudah naik.
- Keadaan fizikal yang kurang aktif dan pembakaran lemak yang jarang berlaku.
- Makan mengikut nafsu. Boleh makan, tetapi ikutlah gizi pemakanan dan ambil dalam jumlah yang betul.
- Mengalami masalah kencing manis semasa mengandung.
Waktu Yang Sesuai Untuk Berdiet
Pengawalan berat badan semasa mengandung cukup penting. Diet yang sesuai bagi ibu mengandung ialah makanan rendah lemak, tetapi kaya dengan vitamin dan serat. Ibu mengandung digalakkan melakukan senaman terutamanya yang melibatkan otot-otot pelvik.
Sebaik sahaja bersalin, senaman kurang sesuai dilakukan kerana ibu perlu berehat bagi menyembuhkan luka pada vagina (kelahiran normal) atau perut (kelahiran caesarean). Ibu memerlukan vitamin dan kalsium tambahan bagi memastikan penyusuan yang sempurna. Jangan ambil makanan berlemak atau terlalu masin pada waktu ini.
Selepas 3 bulan bersalin, pemulihan ibu sudah sempurna. Usaha untuk mengembalikan bentuk badan atau berat badan yang unggul perlu dititikberatkan. Pelajari cara dan panduan untuk menurunkan berat badan yang betul (Rahsia Diet Wanita dan Ingin Langsing) dan jangan lakukan diet secara membuta tuli, ini boleh menjejaskan kesihatan anda.
Diet Bagi Ibu Yang Menyusukan
Diet ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protein dan vitaminnya. Kalori juga harus dikira supaya ada penyusutan berat badan.
Perlu diingat, kalori yang sesuai bagi ibu menyusu adalah sekitar 2500 kcal. Kalau terlalu kurang, dikhuatiri kualiti susu yang dihasilkan tidak memuaskan.
Oleh itu wanita menyusu memerlukan Vitamin D, ibu perlu memastikan bahawa susu yang diminum itu mempunyai vitamin. Lebihkan sedikit hidangan daging daripada biasa dan satu biji telur. Ia bertujuan memberi protein tambahan , selain mengandungi banyak vitamin B dan ferum.
Sumber diet Vitamin A yang banyak disarankan diambil setiap hari. Walaupun jumlah keseluruhan kalori yang yang terdapat dalam diet yang dicadangkan ini bergantung kepada pilihan makanan sebenar yang dibuat, memang ada kemungkinan jumlah tenaga harian tidak dapat dipenuhi melainkan beberapa makanan tambahan diambil.
Saiz hidangan daging, bijirin dan sayuran boleh ditambah. Beberapa makanan bergoreng atau tambahan sedikit lemak dalam sos salad atau sapuan pada roti, boleh disertakan untuk memenuhi keperluan tenaga badan. Beberapa jenis pencuci mulut (desert) juga boleh ditambah.
salam kak engku..
ReplyDeletesaya skrg mengandung 6 bulan.berat badan sebelum mengandung 43-45 kg.masa awal2 pregnant, berat saya turun cecah 38 kg (mungkin sebab morning sickness yang teruk)..apa yang buat saya risau,sehingga dah 6 bulan pregnant ni, berat badan masih belum cecah 43kg..is this normal??
salam deena, berat badan kurang 45kg nie abnormal. Memrlukan perhatian rapi dan biasanya kes2 camni kami rujuk pada doktor. Deena jangan risau, akak nasihatkan deena datang klinik ikut appoitment yang diberikan dan amalkan pemakanan yang seimbang untuk ibu hamil. Ada masalah boleh bincang dan rawatan boleh diberikan ikut keperluan.
ReplyDeletesalam, kak engku. saya bersalin 6 bulan lepas secara c-zer. saya amat stress dgn berat badan saya skrg.before preggy berat saya 58kg. bila preggy berat saya naik sehingga 92kg. 2 kali check kencing manis tp -ve. skrg berat saya 76kg dan tak mau2 turun. saya tak makan sebarangpil coz fully breastfeed. pernah terdetik nak stop tp kesian plak kat baby. Kak engku tlg la bagi any tips kat saya plzz
ReplyDelete