Masalah keputihan ada kalanya mengganggu kesihatan seorang wanita. Apatah lagi jika keputihan yang berbau, warna bertukar kehijauan, rasa gatal-gatal di vagina dan pelbagai masalah lain akan timbul sekiranya tidak dirawat segera. Ramai yang menggangap masalah ini disebabkan oleh cuaca yang panas dan air yang tidak bersih. Sebenarnya ia berpunca dari jangkitan kuman-kuman tertentu.
Selain kulat Candida, jangkitan bakteria seperti Gardnerella adalah antara punca keputihan. Apa itu jangkitan bakteria? Ia sama seperti jangkitan kulat tetapi sedikit berlainan jika diserang kulat Candida. Ia selalunya berwarna keputihan atau kekuningan dan berbau seperti bau ikan. Bayangkan vagina anda baunya seperti bau ikan busuk? Antara rawatan yang kerap digunakan jika menghadapi masalah ini ialah penggunaan antibiotik jenis makanan seperti Bactrim, Flagyl (mentronidazole) atau pessary seperti Talsutin dan sebagainya. Terbaharu terdapat juga ubat-ubat jenis Vaginal douching yang boleh menghapuskan kuman.
Jangkitan Disebabkan Hubungan Kelamin
Jangkitan yang disebabkan hubungan kelamin memerlukan rawatan yang perlu dilakukan kepada kedua-dua pasangan (sama ada pasangan ada menunjukkan tanda-tanda terkena jangkitan atau tidak, dia tetap perlu dirawat). Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing dan mengakibatkan kemandulan.
Antara penyakit akibat jangkitan hubungan kelamin ialah jangkitan parasit seperti Trichomonas, Chlamydia, Virus herpes dan bakteria Gonorrhoea, yang akan menyebabkan rasa gatal dan pedih di kemaluan dan ia menimbulkan rasa tidak selesa kepada si pesakit. Lendiran yang dikeluarkan tidak berwarna tetapi berbau busuk dan ia menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada si pesakit. Lebih memburukkan keadaan, jika tidak dirawat dengan baik, hubungan kelamin akan terganggu dan individu juga malu untuk bertemu orang ramai kerana bau yang dikeluarkan agak hanyir. Jangkitan kuman jenis Gonorrhoea pula akan menyebabkan lendiran yang dikeluarkan berwarna kehijauan atau gelap.
Aspek kebersihan diri sangat penting dalam menjaga vagina agar tidak dijangkiti penyakit. Pastikan anda membasuh tangan sebelum dan selepas anda menyentuh alat kelamin anda. ini kerana tangan sentiasa terdedah kepada kuman dan kita sendiri tidak pasti, adakah tangan itu bersih. Vagina amat sensitif kepada bakteria. Oleh itu pencegahan awal lebih baik dari anda menderita diserang kegatalan.
Sesetengah dari kita (mungkin tidak bagi bangsa Melayu) ada kalanya tidak menggunakan air untuk membasuh atau mencuci selepas membuang air besar. Sebaliknya sapu dari bahagian depan ke belakang. Ini bagi mengelakkan jangkitan kuman terjadi di bahagian kemaluan sekiranya kita mengelap dari belakang ke depan kerana ia akan menarik kuman ke arah vagina.
Ambil Probiotik setiap hari. Ia boleh didapati di dalam yogurt ataupun tablet / kapsul yang banyak dijual di farmasi. Pengambilan bawang putih secara konsisten juga mungkin boleh membantu mengatasi masalah yang dihadapi.
Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang diproses. Oleh itu makanan seperti roti, mee, kek dan sebagainya hendaklah dikurangkan, sekali gus menyelamatkan kesihatan anda sendiri.
Penggunaan alat pencuci yang dirumuskan khusus untuk vagina juga boleh dilakukan bagi memastikan kebersihan alat kelamin terpelihara dan bebas dari jangkitan kuman yang sememangnya merumitkan. Namum begitu dinasihatkan supaya tidak menggunakan alat pencuci khas ini terlalu kerap tetapi memadailah mengikut keperluan anda sendiri. Ini kerana penggunaan alat pencuci yang berlebihan akan mematikan bakteria baik yang sedia ada di vagina anda. Jika pengawalan sudah tiada, amat mudah alat kelamin anda dijangkiti kuman.
Penggunaan alat pencuci ini tidak baik digunakan oleh ibu-ibu yang mengandung kerana ditakuti udara boleh masuk ke dalam sistem badan anda melalui vagina. Ini akan memberi kesan buruk kepada vagina dan sekaligus bayi dalam kandungan.
Dapatkan Rawatan Lanjut Sekiranya
Perkara-Perkara Lain Yang Perlu Anda Ketahui
Masalah keputihan ini, suatu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan kekurangan Vitamin B di dalam badan. Oleh itu pengambilannya mungkin membantu. Bukan sahaja Vitamin B namum vitamin jenis anti oksidan yang dipercayai dapat membantu menguatkan mukosa.
Kekurangan zat besi dan tahap daya menahan sakit (imuniti) yang rendah juga dikaitkan dengan perkara lain malah stres yang berterusan juga boleh mengurangkan daya imuniti anda.
Wanita yang mengalami menopaus akan mengalami kekeringan vagina. Ia menjadi lebih nipis dan lembut sehingga cenderung kepada masalah luka dan sebagainya. Perkara ini biasanya berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan.
Bagi yang terasa pedih ketika membuang air kecil, ada kemungkinan saluran kencing dijangkiti kuman. Pengambilan antibiotik amat diperlukan di samping ubat yang mampu mengalkalikan air kencing.
Kegatalan dibahagian alat sulit disebabkan oleh digaru dengan kuku. Ia kerap kali luka dan pedih.
Dapatkan Panduan Merawat Keputihan
Klik Sini (Merawat Keputihan)

- Keluarnya lendiran diikuti dengan rasa sakit perut. Ini berkemungkinan berlakunya radang pelvik dan pemeriksaan lanjutan oleh doktor perlu dilakukan.
- Jika masalah berlaku kepada kanak-kanak yang belum akil baligh lagi.
- Ianya disebabkan oleh pengambilan ubat terutamanya antibiotik.
- Anda mengesyaki ia terjadi akibat jangkitan kelamin bersama pasangan.
- Penyakit yang dihadapi tidak pulih sepenuhnya dalam masa 2 minggu atau ia menjadi teruk.
- Anda menggunakan IUD kerana ditakuti adanya jangkitan kuman pada alat kelamin.
- Ada darah yang keluar ketika membuang air kencing.
Perkara-Perkara Lain Yang Perlu Anda Ketahui
Masalah keputihan ini, suatu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan kekurangan Vitamin B di dalam badan. Oleh itu pengambilannya mungkin membantu. Bukan sahaja Vitamin B namum vitamin jenis anti oksidan yang dipercayai dapat membantu menguatkan mukosa.
Kekurangan zat besi dan tahap daya menahan sakit (imuniti) yang rendah juga dikaitkan dengan perkara lain malah stres yang berterusan juga boleh mengurangkan daya imuniti anda.
Wanita yang mengalami menopaus akan mengalami kekeringan vagina. Ia menjadi lebih nipis dan lembut sehingga cenderung kepada masalah luka dan sebagainya. Perkara ini biasanya berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan.
Bagi yang terasa pedih ketika membuang air kecil, ada kemungkinan saluran kencing dijangkiti kuman. Pengambilan antibiotik amat diperlukan di samping ubat yang mampu mengalkalikan air kencing.
Kegatalan dibahagian alat sulit disebabkan oleh digaru dengan kuku. Ia kerap kali luka dan pedih.
Dapatkan Panduan Merawat Keputihan
Klik Sini (Merawat Keputihan)
No comments:
Post a Comment